ASSALAMUALAIKUM!
Dah lama sangat tak update blog ni..Almaklumlah busy katakan...Cuti pun tak serupa cuti..Busy sana busy sini..Tak ada erti cuti dalam kamus hidup ini...Cuti sebulan yang diberikan habis dengan kursus SISPA..Mesti hangpa tanyakan apa benda la SISPA ni?SISPA ni sebuah pertubuhan NGO ka?Kalau nak tau SISPA ni singkatan bagi Siswa Siswi Pertahanan Awam...Mesti hangpa tanya lagi awat masuk SISPA?Awat tak masuk Palapes ka SUKSIS ka BSMM ka kan..Jawapannya senang ja "Ikut suka aku la nak masuk apa pun".STOP dengan pertanyaan..Tak larat nak jawab nanti..
First time masa aku masuk SISPA ni serious talk la aku tak tau apa fungsi SISPA ni sebenarnya..Yang aku tau SISPA,Palapes dan SUKSIS ni sama ja..Kawad,kawad dan kawad..Walaupun aku ni memang tak minat dan tak reti kawad,hati aku ni tergerak nak masuk SISPA.Bila dah aku lalui beberapa siri latihan,baru aku tau yang SISPA bukan kawad ja tapi banyak fungsi dia..Bak kata orang rugi beb kalau tak masuk SISPA..Hangpa tak dapat ilmu tu dekat mana-mana..Aku belajar macam mana aku nak selamatkan orang lain,macam mana aku nak hadapi kebakaran dan macam mana aku nak selamatkan diri kalau aku berada di bangunan tinggi..TAPI...Aku belajar satu benda..Macam mana aku nak handle ular..Serius dulu memang aku takut gila dengan ular but now I love it..
Semua orang tak percaya yang aku ni boleh lakukan jika ada keinginan dalam hati..First jawatan aku pegang dalam SISPA ialah penolong ketua platun aku..Aku pun tak faham pasai apa depa lantik aku sedangkan depa tak kenai pun aku..Nak kata aku ni reti buat kerja tak la sangat..Boleh la cukup-cukup makan pada aku ja..Kalau untuk orang lain macam tak berapa nak lepas la..Tapi aku galas jugak sampai satu masa aku dan beberapa orang lagi di interview untuk menentukan siapa yang akan lead kompeni aku...Masa interview aku jawab bodo-bodo ja..Tak confident pun aku jawab tapi acah-acah buat muka confident tu padahal aku tau jawapan aku tu tak masuk dek akal...Then,sampai masa kami semua pun tau sapa ketua kompeni yang baru dan paling aku tak boleh terima ketua kompeni tu aku..Aku memang tak confident untuk lead orang sebab aku takut nanti aku tak jalankan tugas dengan adil dan saksama..
But salah seorang pegawai bersekutu aku cakap "Awak kena bagi peluang pada diri awak untuk buktikan bahawa awak boleh lead anak buah awak.Jangan down grade kan diri awak.".Pada awalnya memang aku membantah but lama-kelamaan aku akur dengan keputusan tu.Aku cuba untuk hadapi cabaran ni dan sekarang aku faham kenapa aku kena terima semua tu..Baru ni aku ada attend kursus kemahiran dan kursus methodologi serta bakal pegawai..
Aku masih ingat kata-kata jurulatih sorang ni "Jangan jadi ulat buku yg mati dlm buku, tapi jadilah ulat buku yg terbang menjadi rama".Aku nak jadi ulat yang boleh bertukar menjadi rama-rama dan terbang menuju ke destinasi walaupun banyak halangan yang harus aku tempuh..Banyak moment yang aku tak boleh lupa semasa kursus baru-baru ni..Aku kenal depa aku cuba mengenali lagi rapat dengan senior dan seangkatan dengan aku..Kenangan tu memang aku tak akan dapat dekat mana-mana just dekat kursus ja...Ada yang suruh aku bayangkan dia sebagai skeleton..Serius aku rindu sangat moment tu..Kami semua hitam bersama kot...Hangpa ada ka??Tagline dan gaya jurulatih yang aku ingat dan memang tak akan lupa punya..
"Yang sudah tu sudah..Mulakan hidup baru."
"Keluarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Baris!"
"Seteressssssss"
