Assalamualaikum w.b.t
"Kak Wardah!Akak ada nampak buku catatan saya tak?Saya rasa tertinggal di bilik akak."Nazihah yang kebingungan mencari buku kesayangannya yang tercicir.
"Tak nampak la pula.Nazihah cuba ingat balik di mana Nazihah letak.Mungkin Nazihah tertinggal di foyer atau kafe tadi."Kak Wardah membantu Nazihah mencari buku catatan tersebut.
"Mungkin juga!Saya cuba tengok di foyer sebab tadi saya singgah foyer sekejap."Nazihah berlalu pergi.
Dalam perjalanan Nazihah pergi ke Foyer,Nazihah di sapa oleh MEP kolej.
"Nazihah!Awak dah siapkan laporan program kita tu?"tanya Haris merupakan seorang MEP kolej.
"Saya dah siapkan cuma tunggu Haris semak laporan tu dan selepas tu,saya boleh hantar dekat JPPEL.Pelajar yang perlukan LC dah Haris sudah ada dalam sistem ke?"tanya Nazihah.
"Lc tu jangan risau,nanti pihak JPPEL akan uruskan just pelajar-pelajar perlu masukkan pembuktian yang menyatakan mereka mengikuti program.Ok la,Haris ada kelas ni.Nanti kita sambung lagi ye. Assalamualaikum."jawab hari sambil beredar untuk kek kelas.
"Wa'alaikumussalam."salam Haris disambut pergi.
Sambil mencari buku catatannya di dalam foyer.
"Adik cari apa ya?Boleh saya tolong?"tanya salah seorang pekerja pejabat kolej sangat dari awalnya ingin keluar.
"Ya encik.Saya sedang cari buku catatan warna ungu.Mungkin tercicir di foyer."balas Nazihah.
"Adakah buku ini yang adik cari?"sambil menunjukkan buku yang berada ditangannya.
"Ya!Buku inilah..Terima kasih ya encik."balas Nazihah sambil tersenyum dan berasa bersyukur.
.....................
"Kak Wardah,esok jom kita pergi Metro Kajang.Pergi cuci-cuci mata sikit..Asyik-asyik belajar je,penat otak saya ni kak.Nak tak?"sambil buat muka comel untuk memujuk kak Wardah untuk keluar bersamanya.
"Esok ye(sambil tengok jadual yang terletak rapi di notice board).Ermm,boleh je sayang.Esok kita keluar ye."balas kak Wardah dengan penuh senyuman.
"Kita ajak kak Aisyah dan kak Afiza ye..Ramai yang ikut lagi bagus.Boleh la kita pergi tengok baju,skirt,kasut dan beg.Bestnya!"Nazihah begitu teruja dengan penerimaan pelawaannya untuk keluar.
Pada esok petangnya,kak Wardah,kak Aisyah,kak Afiza dan Najwa keluar ke Metro Kajang untuk bersuka-ria.Hidup kampus ini sememangnya sibuk dan memenatkan.Sekali-sekali nak juga untuk melepaskan segala yang terbeban dibahu untuk berehat dan bersuka-ria.
"Kak Aisyah!Kak Afiza!Tengok ni!Cantikkan baju ni?Bertepatan dengan tema MARAK kita nanti.Seblum tu,kita tengok harga dulu.Nak cantik tak semestinya perlu yang mahal."sambil melihat harga baju yang bewarna merah dan disulami kerawang putih.
"Wow!Mantap harganya!Kalau macam ni memang tak mungkin terdaya untuk diri ini membeli baju ini.PTPTN saya bukan untuk bergaya sahaja tapi untuk pelajaran.Kita pilih yang murah lagi jimat.hehehe.."gelak kecil 3 orang sahabat ini.
"Nazihah!Awak tengok dress labuh ni.Cantikkan?Harganya pun murah dan kainnya bermutu.Berpatutan pula tu.Kita beli nak tak?"Najwa teruja dengan kecantikan dress labuh dan jika dipakainya seakan bidadari kayangan.
"Cantiknya!Murah pula tu!Moh la kita beli baju ni!Nanti kempunan pula bila tak dapat baju ni."seloroh kak Afiza.
Semua tergelak kecil dengan usikkan kak Afiza yang sering menggembirakan hati semua orang.
"Kak,jom pergi makan.Saya lapar la.Dari pagi saya tak makan apa lagi ni.Perut dah menyanyi lagu rock plus dangdut ni!"kata Nazihah sambil memegang perutnya menandakan dia lapar.
"Ala kesiannya adik akak seorang ni.Jom la kita makan dulu.Lepas ni kita sambung lagi shopping ye."balas kak Aisyah sambil mencubit pipi Nazihah yang tembam itu.
Dalam perjalanan untuk pergi ke KFC untuk menyantap sedikit makanan,tiba-tiba suatu kejadian telah menimpa mereka.
SZRUP!
Satu luncuran tajam hinggap di lengan Nazihah dan pendarahan berlaku dengan banyak.
"ALLAHUAKBAR!"
"Ya Allah!NAZIHAH!(sambil memangku Nazihah yang sudah terkulai layu).Darah!"kak Wardah yang terkejut dengan jeritan Nazihah.
"TOLONG!TOLONG!TOLONG!"jeritan kak Aisyah dan Najwa menelefon ambulans untuk menyelamatkan sahabatnya yang sudah tidak sedarkan diri.
Kebetulan anggota polis berada di kawasan yang berdekatan dengan tempat kejadian.
"Kenapa ni cik?"tanya salah seorang anggota polis.
"Kawan saya diragut dan peragutnya dah larikan diri ke arah sana(sambil menunding jari ke arah yang dimaksudkan).Kawan saya tercedera."balas kak Afiza.
Anggota polis tadi mengejar peragut yang telah melarikan diri itu.Dalam masa yang sama,Ambulans Pertahanan Awam sampai di tempat kejadian dan membawa Nazihah ke hospital berdekatan.
....................................
"Siapa keluarga terdekat Ainatul Nazihah?"tanya Dr.Asmadi.
"Ahli keluarganya semua berada di Kedah,yang paling dekat pun di Melaka.Pak ciknya tinggal disana."jawan Najwa.
"Sebenarnya Nazihah perlukan darah.Nazihah kehilangan banyak darah akibat pergelutan dan kecederaan yang dialaminya.Buat masa sekarang,stok darah yang sama jenis dengannya memang tidak ada.Ada dikalangan awak semua jenis darahnya iaitu jenis O-?"panjang lebar penerangan Dr.Asmadi.
"Saya darah O-.Boleh ambik darah saya sahaja."satu suara yang tidak dikenali mencelah.
"Saudara siapa ya?Boleh kami semua tahu?"tanya kak Wardah.
"Saya hamba Allah yang dicipta untuk membantu hamba Allah yang lainnya.Saya tolong sahabat saudari kerana dia saudara seIslam saya."jawab lelaki tersebut.
"Boleh saya tahu siapa nama saudara?"tanya kak Afiza.
"Nama saya Muslim Attar.Boleh panggil saya Attar sahaja."jawab lelaki itu.
"Terima kasih saudara di atas pertolong itu.Kami terhutang nyawa kepada saudara."balas Najwa.
"Boleh ikut saya pergi bilik pemeriksaan dan kita boleh buat pemindahan darah dengan secepat mungkin."Dr.Asmadi memberitahu Attar untuk melakukan pemindahan darah.
Attar dan Dr.Asmadi masuk ke bilik pemeriksaan untuk melakukan procedure pemindahan darah.Jika darah tidak dipindahkan cepat ke dalam tubuh Nazihah.Risiko tinggi akan dihadapi.
Setelah beberapa hari terlantar di hospital,Nazihah di benarkan untuk keluar dari hospital.Namun,Nazihah dinasihatkan supaya tidak melakukan kerja-kerja berat dan tidak terlalu tertekan.
"Attar!"sapa Nazihah.
"Awak dah boleh keluar ke?"tanya Attar.
"Doktor dah benarkan saya keluar hari ni."balas Nazihah.
"Baguslah!Nanti boleh la saya melawat awak di kolej pula.Itu pun kalau awak tidak keberatan la."
"In shaa Allah,boleh je datang melawat saya di kolej.Tak salah pun.Terima kasih ye sebab dermakan darah awak untuk saya..Saya terhutang nyawa dengan awak."dihadiahkan sebuah senyuman untuk Attar tanda terima kasihnya.
"Itu kan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba Allah."senyuman dibalas.
............................
Setelah beberapa bulan perkenalan mereka,Attar dan Nazihah semakin rapat.Attar telah pun merancang untuk menghantar rombongan untuk memetik Nazihah dari keluarganya.Hubungan mereka semakin akrab dan mula membuat persiapan perkahwinan. Namun kehadiran orang yang tidak disenangi telah merenggangkan hubungan mereka.
"You!You dah benci I ke?I'm sorry.Masa tu I silap pilih.Now,I know you are the best for me."Tasya bekas kekasih Attar datang merayu.
"Tasya!Maafkan saya!Saya tak boleh terima awak lagi kerana saya dah ada orang di hati saya."balas Attar yang kurang selesa dengan sikap Tasya yang suka memegangnya.
"Dulu ok je you bila I pengang.Sekarang ni yang nak jadi alim sangat ni kenapa?"amarah Tasya semakin terlihat.
"Itu dulu!Sekarang saya bukan macam dulu lagi.Yang selalu keluar berfoya-foya dengan yang bukan mahram.Saya tak jaga batas pergaulan.Saya tidak mahu kembali seperti dulu.Maafkan saya Tasya,saya tak boleh terima awak lagi."jawab Attar.
Dalam perbincangan antara Attar dan Tasya,Nazihah dan Najwa keluar untuk mencari barang perkahwinan Nazihah.Tidak di sengajakan,Nazihah melihat Tasya sedang bermesra dengan Attar.Matanya berbulu dan hatinya bagai ditusuk duri sembilu.Betapa pedihnya rasa apabila bakal zaujnya bermesra dengan wanita lain.Nazihah pergi kepada Attar.Attar terkejut dengan kehadiran Nazihah.
"Awak!Saya boleh jelaskan.Ini semua salah faham je."Attar yang terkejut dengan kehadiran Nazihah.
"Saya ingat awak dah berubah tapi awak sama je seperti lelaki lain.Buaya darat!Saya percayakan awak tapi awak musnah kepercayaan saya dengan perkara terkutuk ni."Nazihah menahan tangisnya di hadapan Attar.
Nazihah berlalu pergi dalam tangisan yang berderai dipipi.Perkahwinan mereka ditangguhkan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka.
"Ya Rabb,disembah sujudku ini,ku memohon petunjuk dariMU.Andai benar dia itu belahan jiwaku,satukanlah cinta kami dalam keredhaanMu Ya Allah.Andai aku ini adalah rusuk kirinya yang hilang,temukan kami dalam keberkatanMu.Ku mohon petunjuk dariMu Ya Allah yang Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.Aamiin ya rabbal 'alamin."doa di pintanya untuk mengetahui jawapan dari masalah ini.
Setelah beberapa bulan.
"Jemputlah masuk.Kak Wardah,kak Aisyah,kak Afiza dan Najwa datang juga.Nervous la."kata Nazihah.
"Orang yang nak bernikah ni memang darah gemuruh.Tak ada apa la.Baca doa banyak-banyak."balas kak Wardah.
Satu panggilan dari bawah.
"Pengantin perempuan boleh turun sekarang.Kita nak mulakan majlis ni."
"OK!"sahut kak Afiza.
..............................
"Dah bersedia pengantin lelaki dan perempuan."tanya tok kadi.
"Alhamdulillah,sudah tok."jawab pengantin lelaki.Pengantin perempuan hanya mengiakan sahaja.
"Kita mulakan sekarang ya!Bismillahirrahmanirrahim!Muslim Attar bin Zakaria!Aku nikahkan dikau dengan Ainatul Nazihah binti Malik berwakil wali bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya RM884 tunai!"lafaz akad.
"Aku terima nikahnya Ainatul Nazihah binti Malik dengan mas kahwinnya RM884 tunai!"lafaz qabul yang telah terlafaz dari bibir Attar.
"Sah?"tok kadi bertanya saksi-saksinya.
"Sah!"jawab keempat saksi tersebut.
"Alhamdulillah"kat tok kadi.
Linangan air mata kegembiraan mengalir laju dipipi Nazihah kerana dirinya kini menjadi permaisuri dihati Attar.Mereka bersyukur kerana Allah menjodohkan mereka bersama.Akhirnya cinta yang dulunya berputik diawalnya dan sedikit layu di tengahnya kini menjadi halal buat mereka.Segalanya Allah tentukan untuk mereka dan kita sebagai hambaNya haruslah mensyukuri nikmat yang diberi.
-TAMAT-
