Assalamualaikum...Mungkin ada sesetengah manusia menyimpan rahsia hatinya secara bersendirian dan ada juga yang berkongsi dengan rakan baiknya..Bagi saya,saya rasa lebih senang bila saya kongsikan kata hati saya dengan sahabat yang paling saya percayai..
Dulu ada saya minat seorang mamat ni..Rupa paras tu boleh la tetapi saya terpikat dengan sikap dia..Saya rasa senang bila dekat dengan dia,saya suka dengan attitude dia..Saya buat tindakan yang sangat tidak pandai when I express my feel to him..Tersangatlah malu..
Saya kenal dia masa tingkatan 2 lagi tetapi kami berbeza kelas pada masa tu.Malam tu saya cakap dekat dia kata saya suka dia and untuk esoknya,saya rasa malu sebab cakap macam tu dekat dia.Saya suka dia sampailah saya masuk tingkatan 5.
Masa tingkatan 3,kami satu kelas dan jarak tempat duduk kami tersangatlah dekat.Saya belakang dia depan.Masa tu,saya x expect yang dia akan satu kelas dengan saya.First time,saya rasa kekok juga la sebab ingat balik apa yang saya cakap dekat dia..Dari sejak itulah kami mula rapat(bukan kami berdua sahaja tetapi ada lagi 2 orang).Masa tu saya rasa perasaan saya masih lagi tak boleh buang perasaan sayang tu.
Masa tingkatan 4,kami masih lagi satu kelas yang sama..Saya best sangat masa tu bila tahu dia masuk kelas yang sama dengan saya.Masa tu saya rasa,wow!I'm in heaven..Masa tu perasaan saya mula berbisik..Saya cakap dalam diri "Sampai bila aku nak suka dekat dia.Dia tu kawan aku.Aku tak nak putus sahabat disebabkan perasaan yang tak penting ni."
Masa tingkatan 5,saya mula sedar bahawa dia bukanlah pasanganku didunia dan diakhirat.Saya mula sedar bahawa dia bukan jodoh saya.Saya pada masa itu rasa macam perasaan sayang yang dulunya kuat kian hilang dan menjadikan perasaan kasih terhadap sahabat itu lebih kuat.Pada masa itu,saya mula sedar dan saya kata pada hati"Aku perlu berubah.Berubah kepada yang lebih baik untuk berjaya.".
Now,saya dah berada di tempat yang saya perlu untuk berjuang,berjuang untuk menagmbil kunci untuk membuka pintu kejayaan..Saya rasa, perasaan cinta itu tak perlu hadir sebelum masanya tiba.Cinta pertamaku adalah Allah dan Rasul.Cinta terakhir hanyalah milik insan yang ikhlas memperisterikanku kerana Allah.Cintaku biarlah hingga ke syurga..
Kekuatan cinta yang rakus datangnya daripada hawa nafsu yang membawa kearah kemaksiatan tetapi kekuatan cinta sejati itu hadirnya apabila iman yang memimpinnya..Biarlah kita kawal hati dengan akal dan iman bukannya dengan hawa nafsu..
Thursday, 18 October 2012
Saudara Islam Belajar Solat.
Solat adalah tiang agama.Bagi orang Islam kewajipan solat adalah satu tuntutan yang amat besar ertinya.Banya ayat dari al-Quran dan hadis yang membicarakan tentang solat.Bahkan pada hari ini,ada kajian sains dibuat dan mendapati bahawa solat amat baik untuk kesihatan fizikal malah emosi manusia juga.
Kajian ini juga telah dibukukan dan tajuknya adalah Sains Solat keluaran Universiti Malaya.Mereka mengkaji kesan solat dari sudut anatominya kepada manusia.Jangan terkejut kerana salah seorang daripada pengkaji ini adalah berbangsa Cina dan bukan beragama Islam.
Perkara yang membezakan antara orang Islam dengan orang buka Islam adalah solat.Allah telah menegaskan dalam surah al-Ma'un ayat 4:
(Kalau orang yang demikian dikira daripada bilangan orang yang mendustakan agama),maka kecelakaan besar bagi orang yang solat.
Ada seorang saudara Muslim yang baharu ingin belajar solat.Dia telah datang berjumpa dengan seorang sahabatnya.
"Mansur,saya ingin minta tolong daripada kamu."pinta Lee dengan santun.
"Ya,katakanlah.Jika mampu tolong,saya akan tolong awak,"jawab Mansur.
Jawapan itu sedikit sebanyak meredakan kegusaran di hati Lee.
"Awak tahukan saya baharu saja memeluk Islam?"kata Lee.
"Ya,alhamdulillah.Saya sangat gembira.Kawan-kawan kita semua gembira dengan penghijrahan kamu ni."
"Syukurlah,tapi saya mempunyai beberapa masalah."Lee terhenti disitu.
"Kenapa sahabat?Katakanlah,jika mampu saya tolong maka tanpa syarat saya akan tolong kamu."
"Jika begitu lega hati saya.Begini,boleh kamu ajarkan saya solat?Sudah sebulan Islam,namun tidak sekalipun saya solat."
"Mengapa?Kamu tidak masuk ke kelas pengajian saudara Muslim?"
"Belum berkesempatan.Kamu tahulah kerja kita ni,susah ada waktu lapang.Nasib baik ada kamu dan kawan-kawan lain.Boleh saya belajar daripada kamu semua."
"Itu gunanya kawan.Ok,malam ini kamu datang rumah saya.Pakai elok-elok dan menutup aurat,"pesan Mansur.
Pada pukul tujuh malam,Lee sudah pun berada di hadapan rumah Mansur.Semangat yang membara mebuatkan dia tidak sabar untuk belajar solat dan membaca Al-Quran."Assalamualaikum."ucap salam Lee.
"Waalaikumussalam.Lee,masuklah.Kejap mak cik kejutkan Mansur,dia tertidur selepas pulang daripada kerja tadi.Letih agaknya."kata ibunya Mansur.
"Baiklah mak cik."jawab Lee.
"Kau dah sampai Lee.Kejap aku nak mandi,"kata Mansur yang baru bangun daripada mimpinya.
Selepas Mansur membersihkan dirinya,"Jom,Lee."kata Mansur.
"Nak kemana?"
"Masjidlah.Dekat sana kamu boleh belajar solat."terang Mansur.
Tiba di masjid,kebetulan bilal sudah iqamah.Dalam keadaan yang singkat itu Mansur hanya sempat berpesan kepada Lee.
Katanya,"Itu adalah tempat imam."sambil menunjukkan mihrab,"Kamu hanya perlu ikut setiap pergerakkan imam."
Belum sempat Mansur menghabiskan kata-katanya,Lee sudah pun berada di belakang imam.
Hati Mansur berdebar."Alamak,kacau kalauy begini."
Kebetulan pula budak yang paling nakal dikampung itu datang untuk bersolat jemaah selepas di marahi oleh ibunya.Dek kerana tidak tahan dengan leteran ibunya dia pun pergilah bersama-sama rakannya.Mereka melihat Lee dan berkata "Itu mesti baru masuk Islam.Jom kita kacau dia."Mereka semua bersepakat untuk kenakan Lee.
.
Ketika rukuk budak nakal tadi menarik kain pelikat yang dipakai oleh Lee dengan kuat sekali.Dek kerana tidak kemas ikatan kain itu maka terurailah.Lee berkata dalam hatinya"beginakah solat."Dia pu mendepakan tangan dan menarik kain imam.Kali pertama tidak berjaya kerana ikatannya kemas.Kali keduanya,Lee menarik dengan sekuat hati dan terurai kain imam.Imam yang hilang sabar,dia lantas mengangkat kaki kanan dan menendang Lee tepat ke muka.
"Aduh!"Lee mengaduh."Sakitnya!Ganasnya cara solat.Tidak aku sangka hingga ditendang dan berdarah hidung aku.Aku mesti melakukan perkara yang sama,"lurus fikiran Lee.
Dia lantas mengangkat kaki dan menendang-nendang sebanyak dua kali sekuat hati.
Budak-budak nakal itu mendapat habuan masing-masing atas perbuatan mereka.Kedua mereka patah hidung dan mereka menangis.Maka solat jemaah Maghrib itu batal.
Lee kepeningan dan jatuh tersembam dan mamai.Dibelakangnya kedua-dua budak nakal itu juga tertiarap sambil mengerang kesakitan.
Mansur datang mendapatkan Lee yang hampir pengsan.Terdengar suara Lee terketar-ketar,"Ma....Masya-Allah....sa.....sakitnya solat....."
Mansur rasa bersalah...
Moral of the story:Islam itu mudah,maka permudahkanlah urusannya,jangan disulitkan.Namun,tidak pula bermaksud boleh mempermudahkan ajaran Islam itu.Penting bagi saudara baharu mendapat kefahaman bahawa Islam bukan agama yang susah difahami dan dipraktikkan.Menjadi tugas umat Islam untuk membantu mempermudahkan kefahaman tentang Islam buat golongan saudara baharu ini.
Petikan daripada buku Bukan Susah Nak Faham.

Subscribe to:
Posts (Atom)