Wednesday, 29 February 2012
Doa Dhuha
Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...
Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...
Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh
Thursday, 23 February 2012
Kau dihatiku
Kau datang ketika hati
Dalam kegelapan
Kau hadir ketika
Tiada suria
di jiwa
Kau tiba bak sinar
Yang menerangi dunia
Kau meredah hidupmu
Dengan penuh ketabahan
Kau harungi cabaran
Dengan penuh keyakinan
Kau dihina dicaci
Tapi kau tetap sabar
Kau datang menyelamatkan dunia
Ketika ia dalam kejahilan
Kau menyebarkan sinar
Hingga dirimu dianiaya
Oleh bapa saudaramu sendiri
Tapi kau tetap sabar
Kau dihidangkan dengan kekayaan
Tapi kau menolaknya
Kau ditawarkan oleh wanita
Tapi kau menghindarinya
Kau sanggup menyebar cahaya
Walau dirimu dalam bahaya
Kau insan terpilih
Kau insan tersanjung tinggi
Kau kekasih-Nya
Kau digelar Al-Amin
Kau juga penyeri dunia
Dari segala kekejaman
Akhirnya kau pergi jua
Kau masih ingin menanggung kesakitan
Untuk umatmu yang tercinta
Sakitnya sakratul maut yang kau tanggung
Umar tidak
mempercayai kau telah pergi
Umatmu sangat bersedih dengan pemergianmu
Kau tiada lagi didunia fana ini
Tapi kasihmu terus bersemadi
Menerangi alam ini
Ilmu yang kau wariskan
Terus diamalkan untuk meneruskan perjuanganmu
Kau jua dihatiku wahai Muhamad
Saturday, 18 February 2012
Kasih Tercipta..
BERDERAI AIR MATAKU MENITIS KE PIPI
MENGENANG DOSA-DOSAKU YANG LALU
TERLAFAZ ISTIGHFARKU
DALAM ALUNAN TAUBATKU
TITISAN KEINSAFAN
MENGIRINGI NASUHAKU
YANG LAHIR DARI
KEIKHLASAN NURANIKU
OH TUHANKU
AMPUNKAN DIRIKU
TERIMALAH TAUBATKU
KU DAHAGAKAN KASIHMU
YA RAHMAN
HULURKAN KASIHMU
DI SEJADAH KEINSAFANKU
AGAR KU SENTIASA BERSAMA HIDAYAHMU
KU MENCARI KASIHMU
KU MENDAMBAKAN CINTAMU
DI HALAMAN RINDU RAHMATMU
AGAR KASIHMU TERCIPTA UNTUKKU
SEMOGA REDHAMU
BERSAMA DIRIKU
Wednesday, 15 February 2012
Bicara Hati
Assalamualaikum......Apa khabar semua?Hati pernah berkata 'Mengapa aku jadi begini?'...Dia bertanya lagi 'Kenapa aku menjadi hitam sebegini?'....Dia terus bertanya lagi 'Mengapa aku disini?'...Persoalan demi persoalan dia bertanya dan akhirnya dia tahu kenapa dia jadi begini....Jawapannya:sebab aku jadi mcm ini sebabnya tuanmu mengikut kata nafsunya....Kedua:kerana tuanmu telah mencemarimu dengan dosa-dosa yg dibuat akibat kata nafsunya..Ketiga:sebab Allah telah menentukan kau berada disini....Hati itu pun berkata "semoga tuanku bertaubat kpd Allah kerana aku tidak sanggup lagi menanggung segala kegelapan aku akibat kata nafsu tuanku."
Monday, 13 February 2012
Dunia Hari Ini
Assalamualaikum...Semua mesti dengar dan lihatkan pasal pergolakkan di Syiria tu...Kesian mereka...Itu ujian Allah kepada mereka untuk berjuang mempertahankan agama Allah....Tetapi dekat Malaysia lagi dahsyat...Nak tahu?
Dekat Malaysia boleh dikatakan setiap jam ada ja kes pembuangan bayi...Ni la jadinya jika bila dinasihat,mereka tak nak dengar...Kesian mak ayah mereka nak tanggung malu atas perbuatan anak mereka...You all tak kesian ke dekat mak ayah you all....Mereka jaga kita sampai besar,bg pula didikan agama kepada kita..Inikah balasan kita kepada mereka??
One more,boleh dikatakan setiap minit ada ja jadi ahli penagih dadah yang baru..Tambahan pula,ada yang jadi keldai dadah...Itu bagi yang terkena tu tak apa,ni yang tahu ni buat apa nak jadi keldai dadah....You all tak kesian ka dekat mak ayah you all..Penat tau jaga dari kecil sampai la besar panjang macam sekarang ni...Janganlah you all buat macam tu dekat mother father you all....Kesian tau..You all nak ka mother father you all menangis kerana kejahatan yang you all buat...You all jangan buat macam 2 tau...
Dekat Malaysia boleh dikatakan setiap jam ada ja kes pembuangan bayi...Ni la jadinya jika bila dinasihat,mereka tak nak dengar...Kesian mak ayah mereka nak tanggung malu atas perbuatan anak mereka...You all tak kesian ke dekat mak ayah you all....Mereka jaga kita sampai besar,bg pula didikan agama kepada kita..Inikah balasan kita kepada mereka??
One more,boleh dikatakan setiap minit ada ja jadi ahli penagih dadah yang baru..Tambahan pula,ada yang jadi keldai dadah...Itu bagi yang terkena tu tak apa,ni yang tahu ni buat apa nak jadi keldai dadah....You all tak kesian ka dekat mak ayah you all..Penat tau jaga dari kecil sampai la besar panjang macam sekarang ni...Janganlah you all buat macam tu dekat mother father you all....Kesian tau..You all nak ka mother father you all menangis kerana kejahatan yang you all buat...You all jangan buat macam 2 tau...
Sunday, 12 February 2012
Hidupku Hari Ini
Aku rsa diri ini mcm ja bru dilahirkan semula...Dulu aku rasa hidup aku ni banyak kekosongan yang tidak terisi dengan zikir-zikir Allah yang penuh keindahannya..Aku rasa macam aku baru mengenali Islam dengan sebetulnya dan aku dapat rasa nikmat Islam itu sendiri..Aku rasa hati aku dulu macam tiada panduan dan hala tuju yang betul dan penuh dengan kesamaran..Aku rasa mata aku dulu macam diliputi lapisan yang tebal untuk aku lihat keindahan yang tercipta...Aku rasa hati ini dulu susah nak ucapkan kata syukur kepada Allah atas pemberianNya..Aku dulu masih lagi mencari cinta sejatiku wal hal cinta itu telah pun tersaji dihadapan aku iaitu cinta yang Allah berikan kepada aku...Aku dulu buta dari melihat nikmat dan rahmat Allah yang diberikan kepada aku..Aku syukur kerana Allah masih lagi lihat aku dan membantu aku untuk memandu hati ini kearah kebaikkan dan jalan yang diredhai Allah...Allahuakbar...Alhamdulillah,sekarang aku kenal erti Islam dengan rasa nikmat yang Dia berikan kepadaku hamba yang kerdil lagi hina didunia yang penuh dengan penipuan serta kedustaan..Syukur kehadrat Mu Ya Allah,kau bimbing aku ke jalanMu...
Saturday, 11 February 2012
Amaran Allah
Allah pernah berkata"Sesiapa yang menyayangi hambaKu lebih daripada dia menyayangi KekasihKu,maka dia akan berhadapan denganKu.".
Allah telah memberi amaran ini kepada kita kerana Allah ingin kita mencintai Rasulullah lebih daripada kita mencintai orang lain...Jangan kita mencintai manusia lain lebih daripada Rasulullah kerana ia boleh membawa kita kelembah kehinaan seperti zina..Mencintai Allah dan RasulNya sangat indah dan penuh dengan ketenangan dihati serta ketenteraman di jiwa...
Allah telah memberi amaran ini kepada kita kerana Allah ingin kita mencintai Rasulullah lebih daripada kita mencintai orang lain...Jangan kita mencintai manusia lain lebih daripada Rasulullah kerana ia boleh membawa kita kelembah kehinaan seperti zina..Mencintai Allah dan RasulNya sangat indah dan penuh dengan ketenangan dihati serta ketenteraman di jiwa...
Thursday, 9 February 2012
Wanginya Rasulullah
Rasulullah sangat menyukai bauan yang wangi sehingga peluh baginda pun berbau wangi dan lebih wangi daripada minyak wangi yang terbaik..Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang tidur,isteri baginda,Ummu Salamah datang kepada Rasulullah dan mengambil peluh baginda..Bertanya Rasulullah kepada Ummu Salamah "Apakah yg kau mahu lakukan dengan peluhku ini?".Ummu Salamah menjawab "Aku ingin menjadikan peluhMu sebagai minyak wangi yang terbaik."Bertapa wanginya peluh baginda sehingga dijadikan minyak wangi yang terbaik....
Thursday, 2 February 2012
Ilmu dan amal
Ilmu umpama pokok dan amal umpama buah.Jika kita menanam sebatang pokok,kita akan menjaga,merawat dan menyiramnya setiap hari.Kita akan menambah baja untuk pokok itu subur membesar dan mengeluarkan hasil.Begitulah ilmu yang harus dituntut seluruh umat Islam malah orang bukan Islam juga turut menuntut ilmu untuk kepentingan diri.Kita haruslah menuntut dan menjaga ilmu itu supaya ilmu bertambah dan kita dapat beramal dengan ilmu.Tak guna jika ada ilmu tetapi tidak mengamalnya umpama kita menanam pokok bukan untuk mendapatkan buahnya tetapi dibuat perhiasan semata-mata.Tak guna juga jika kita beramal tetapi tiada ilmu umpama kita mendapat buah tetapi entah dari mana datangnya..Ilmu dan amal amat penting kerana ilmu tanpa amal umpama mencurahkan air didaun keladi dan jika amal tanpa ilmu umpama kita mengamalkan sesuatu tidak mengikut sunnatullah(peraturan Allah).Samalah seperti dunia tanpa siang dan terus dalam kegelapan.Manusia akan terumbang-ambing hidupnya jika ilmu yang ada tidak dipratik dalam kehidupan.Manusia akan terus-menerus dengan kegelapan dan kejahilan jika amalnya terus-menerus penuh dengan kesilapan kerana tanpa ilmu yang cukup untuk diamalkan.Maka jangan kita lakukan perkara yang sia-sia kerana kelak akan merosakkan kita.
Wednesday, 1 February 2012
cerita teladan
Suatu hari ketika di masjid sedang orang ramai sibuk dengan majlis pernikahan,pengantin lelaki ini bertanya kepada ayahnya "Ayah,tok imam tanya banyak tak?Soalan dia tanya susah tak?",peluh penakut telah membasahi pengantin lelaki.Ayahnya menjawab"Tak la.Dia tanya pun doa qunut ja.Jangan la takut."...Tok imam bertannya kepada pengantin lelaki "Rukun islam ada berapa?"..Pengantin lelaki menjawab "Ada 5 tok imam." dan tok imam kata betul.Pengantin lelaki 2 pun pusing belakang dan memberi isyarat kepada ayahnya bahawa jawapan itu betul.Ayah lelaki 2 kata "Aku dah kata betul."Tok imam tnya lagi "Tolong sebutkan rukun islam tersebut."..Lelaki 2 kata "Yang pertama niat."..Tok imam kata betul untuk menyedapakan hati lelaki tersebut."Yang kedua solat,ketiga puasa,keempat zakat dan yang kelima saya tak pernah pergi dan tok imam pon tak pernah lagi pi,semua orang tak pernah pergi lagi."..Tok imam tanya dengan penuh rsa hairan kerana dia baru ja balik dari buat haji..Lelaki ni menjawab "Yang kelima adalah KEMBALI KE RAHMATULLAH."Bapa mentua dengan penuh marah terajang menantu hingga tersungkur makan karpet masjid...Keesokan hari si lelaki dan bapa mentua pergi masjid untuk solat maghrib berjemaah.Kebetulan tok imam dan tok bilal tak boleh datang sebab ada mesyuarat.S,si lelaki ni pun suruh la bapa mentua dia ni jadi imam dan kata dalam hati "Aku nk test bapa mentua aku ni pandai ke tak sebab hari 2 kata kat aku sgt."..Bapa mentua dia kata"Rapat dan luruskan saf.Kalau ada telefon tolong matikan atau senyapkan".Lelaki berkata lagi didalam hatinya "Pandai juga bapa mentua aku walaupun aku tengok dia macam bengong ja muka".lafaz niat pun kedengaran dan apabila takbir bapa mentua 2 kata "Allah Taala".Lelaki ni kata "Confirm dah bapa mentua aku ni bengong"..Tanpa berlengah lagi si menantu ni pun terus ke hadapan dan sepak bapa mentua dia ni sampai terduduk atas papan rehal yang besar.Itu tak apa lagi dan muka bapa mentua dia lekat kat kipas masjid...Lelaki 2 kata "Terbalas juga dendam aku.Hari 2 kata kat aku sgt ni dia pulak dia yang kena."......So,jangan buat mcm ni taw....
hari gembiraku
Assalamualaikum semua...Hari ni best sgt2 coz aku bru je dpt sepupu kembar yg comel..Baby girl...Anak pak long aku...Rsa nk cubit2 je pipi ank dia 2...Best giler kan dpt ank kembar tp....bila dah besar dlm umur 2 tahun mcm 2 mesti pening kpla punya sebab kalau nakal mmg x sempat nk jaga kan kalau sorang2 mesti mak ayah kena kerjasama jaga ank dia orang....Apa yg penting kerjasama!!!!Eh dah mcm wonderpet plak....Aku rsa gembira sgt hri ni pun sebab Allah izinkan aku bergembira dengan nikmatNya....Alhamdulillah...
Subscribe to:
Posts (Atom)