Thursday, 2 February 2012

Ilmu dan amal

 Ilmu umpama pokok dan amal umpama buah.Jika kita menanam sebatang pokok,kita akan menjaga,merawat dan menyiramnya setiap hari.Kita akan menambah baja untuk pokok itu subur membesar dan mengeluarkan hasil.Begitulah ilmu yang harus dituntut seluruh umat Islam malah orang bukan Islam juga turut menuntut ilmu untuk kepentingan diri.Kita haruslah menuntut dan menjaga ilmu itu supaya ilmu bertambah dan kita dapat beramal dengan ilmu.Tak guna jika ada ilmu tetapi tidak mengamalnya umpama kita menanam pokok bukan untuk mendapatkan buahnya tetapi dibuat perhiasan semata-mata.Tak guna juga jika kita beramal tetapi tiada ilmu umpama kita mendapat buah tetapi entah dari mana datangnya..Ilmu dan amal amat penting kerana ilmu tanpa amal umpama mencurahkan air didaun keladi dan jika amal tanpa ilmu umpama kita mengamalkan sesuatu tidak mengikut sunnatullah(peraturan Allah).Samalah seperti dunia tanpa siang dan terus dalam kegelapan.Manusia akan terumbang-ambing hidupnya jika ilmu yang ada tidak dipratik dalam kehidupan.Manusia akan terus-menerus dengan kegelapan dan kejahilan jika amalnya terus-menerus penuh dengan kesilapan kerana tanpa ilmu yang cukup untuk diamalkan.Maka jangan kita lakukan perkara yang sia-sia kerana kelak akan merosakkan kita.

No comments:

Post a Comment