Thursday, 13 September 2012

Antara Dua Kasih

Cinta ini terbahagi kepada dua.Cinta itu adalah:
1.Cinta kepada Allah.
2.Cinta kepada manusia.

Cinta kepada Allah adalah cinta yang tinggi darjatnya daripada cinta yang lain.Cinta kepada Allah adalah raja segala cinta didunia ini.Pada hari ini,saya lihat,ramai yang meletakkan cinta pertama mereka adalah cinta sesama manusia.Itu telah menyalahi concept cinta yang sebenar..Sebenarnya cinta yang hakiki hanya milik Allah.Jangan buat statement macam ini:"Aku hanya cinta kau..Tiada yang lain."..Maknanya adakah anda tidak cinta kepada Allah..

Nak bercinta itu boleh tetapi mesti ada batasnya.Jangan sampai kita leka dan lalai daripada mengingati Allah dan jangan sampai tergadai maruah diri dan agama.Ada 3 jenis cinta:
1.Cinta yang datang daripada Allah.
2.Cinta yang datang dari manusia.
3.Cinta yang datang daripada syaitan.

1.Cinta yang datang daripada Allah.
Cinta ini sangat agung dan cinta ini sangat indah.Allah menghadirkan cinta itu untuk dihargai bukan untuk dikhianati.Jika cinta yang lahir dan datangnya cinta itu daripada Allah maka cinta itu adalah cinta yang sejati dan kekal abadi.

2.Cinta yang datang daripada manusia.
Cinta yang datang daripada manusia ini selalunya ada 2 jenis:1.Cinta yang lahir dari hati dan 2.Cinta yang lahir dari nafsu.Cinta yang lahir dari hati ini selalunya akan berkekalan hingga keakhirnya dan ianya ikhlas tetapi kalau cinta yang lahir dari nafsu ini akan musnah ditengah jalan kerana ianya tidak ikhlas.

3.Cinta yang datang daripada syaitan.
Cinta yang datang dari syaitan ini memang akan membawa kita kelembah kehinaan iaitu zina.Syaitan akan membisikkan kata-kata indah kepada manusia untuk terjebak dengan dosa.Maka kuat iman kita dengan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah..

Cinta ini sangat indah tetapi manusia yang membuatkan ianya merana.Maka jika cinta yang hadir itu tulus dan ikhlas,hargailah cinta itu.Allah menghadirkan hambaNya dengan perasaan cinta yang sangat indah tetapi manusia perlulah bijak untuk menguruskannya..Cinta hakiki hanya cinta kepada Allah dan Rasul...

Friday, 7 September 2012

Helaan Nafasku Hanya AdaMu

Aku tak pernah merasai sebegini.Hati mula gundah bercampur resah apabila badai mula melanda di setiap kebahagiaan yang datang menerjah.Aku mulai sedar bahawa diriku mulai berjauhan dengan kekasih hati.Aku mulai bangun dari lena ku yang membuatkan aku melupakan Dia seketika..Sesungguhnya,disetiap denyutan nadiku hanya adaMu..Di setiap helaan nafasku hanya adaMu yang menguasai setiap nafas dan denyutan jantungku.Aku merinduiMu,aku mencintaiMu..Inginku serahkan seluruh jiwa dan ragaku padaMu.Tiada siapa yang boleh memisahkan Kau dan aku lagi.Peganglah aku,peluklah hatiku dan dakaplah jiwaku  disetiap masa dan ketika.Kekuatan cinta kita tiada lagi tandingannya.Kesaktian cinta kita dapat meruntuhkan tembok keresahan.Ya Allah,setiap helaan nafasku hanya adaMu.

Wednesday, 5 September 2012

Ramai Orang Tak Tahu

Pernah tak dengar tentang dulu dia jahat tapi selepas tu dia taubat..Pernah kan?Now,pemilik blog ni nak kongsi la sikit tentang kisah seorang hamba Allah ni (nama dirahsiakan).Dia ni dulu memang baik tapi ada certain part juga la dia macam terleka sikit..Dari segi budi bahasanya,attitude dia memang terbaik tapi dari segi agama dia tak disangka.Apabila diajak solat ada sahaja alasannya,apabila diajak untuk dengar kuliah agama,ada sahaja kerjanya.Macam itulah apabila diajak untuk dekatkan diri dengan Allah,ada sahaja alasan dan benda yang nak dibuatnya.Dia ni bersahabat dengan 2 orang sahabat yang sangat baik dan ingin mengubahnya untuk mendekati dirinya dengan Allah dan agama.2 Orang sahabat ni memang bertungkus-lumus nak bawa dia ke pangkal jalan kembali setelah dia hanyut jauh dipukul ombak kelekaan.Ceritanya bermula macam ni...Pada suatu hari salah seorang daripada sahabatnya bertanya "Kenapa kau bila aku pergi solat je kau mengelak?Solatkan wajib.".Dia menjawab "Aku bukan elakkan untuk solah tapi aku kan ada kerja lain tadi.So,I do my work first ang then,I will go to solah.".Sahabatnya berkata "Kau memang baik dari segi sikap kau tapi dari segi agama aku tak boleh nak kata apa.Aku nak pesan satu je dekat kau,sebaik mana pun kita kalau tak solat,semua kebaikkan itu sia-sia je.Fikirlah.Aku tak nak sahabat aku ni bahagia dekat dunia je tapi dekat akhirat dia diseksa kerana kesilapan dia dulu."..Sahabatnya pun pergi meninggalkannya dengan harapan dia berfikir apa yang disampaikan tadi..Dia pun berfikir sejenak dan akhirnya dia menangis sendirian kerana keinsafannya..Pada malam itu,dia telah bermimpi bahawa dia telah dibakar dan diseksa..Apabila dia terjaga,dia menangis dan memohon keampunan kepada Allah.Dia mula berubah sikit demi sedikit..Akhirnya,Allah telah memilihnya untuk mendapat hidayah Allah dan dia berubah.Sekarang,dia dah menjadi seorang yang sangat baik dan tinggi ilmunya..

Sekian.....