Sunday, 22 February 2015

Andai Bisaku Putar Kembali Masa

ASSALAMUALAIKUM!


Dah lama sangat tak update blog ni..Almaklumlah busy katakan...Cuti pun tak serupa cuti..Busy sana busy sini..Tak ada erti cuti dalam kamus hidup ini...Cuti sebulan yang diberikan habis dengan kursus SISPA..Mesti hangpa tanyakan apa benda la SISPA ni?SISPA ni sebuah pertubuhan NGO ka?Kalau nak tau SISPA ni singkatan bagi Siswa Siswi Pertahanan Awam...Mesti hangpa tanya lagi awat masuk SISPA?Awat tak masuk Palapes ka SUKSIS ka BSMM ka kan..Jawapannya senang ja "Ikut suka aku la nak masuk apa pun".STOP dengan pertanyaan..Tak larat nak jawab nanti..

First time masa aku masuk SISPA ni serious talk la aku tak tau apa fungsi SISPA ni sebenarnya..Yang aku tau SISPA,Palapes dan SUKSIS ni sama ja..Kawad,kawad dan kawad..Walaupun aku ni memang tak minat dan tak reti kawad,hati aku ni tergerak nak masuk SISPA.Bila dah aku lalui beberapa siri latihan,baru aku tau yang SISPA bukan kawad ja tapi banyak fungsi dia..Bak kata orang rugi beb kalau tak masuk SISPA..Hangpa tak dapat ilmu tu dekat mana-mana..Aku belajar macam mana aku nak selamatkan orang lain,macam mana aku nak hadapi kebakaran dan macam mana aku nak selamatkan diri kalau aku berada di bangunan tinggi..TAPI...Aku belajar satu benda..Macam mana aku nak handle ular..Serius dulu memang aku takut gila dengan ular but now I love it..

Semua orang tak percaya yang aku ni boleh lakukan jika ada keinginan dalam hati..First jawatan aku pegang dalam SISPA ialah penolong ketua platun aku..Aku pun tak faham pasai apa depa lantik aku sedangkan depa tak kenai pun aku..Nak kata aku ni reti buat kerja tak la sangat..Boleh la cukup-cukup makan pada aku ja..Kalau untuk orang lain macam tak berapa nak lepas la..Tapi aku galas jugak sampai satu masa aku dan beberapa orang lagi di interview untuk menentukan siapa yang akan lead kompeni aku...Masa interview aku jawab bodo-bodo ja..Tak confident pun aku jawab tapi acah-acah buat muka confident tu padahal aku tau jawapan aku tu tak masuk dek akal...Then,sampai masa kami semua pun tau sapa ketua kompeni yang baru dan paling aku tak boleh terima ketua kompeni tu aku..Aku memang tak confident untuk lead orang sebab aku takut nanti aku tak jalankan tugas dengan adil dan saksama..

But salah seorang pegawai bersekutu aku cakap "Awak kena bagi peluang pada diri awak untuk buktikan bahawa awak boleh lead anak buah awak.Jangan down grade kan diri awak.".Pada awalnya memang aku membantah but lama-kelamaan aku akur dengan keputusan tu.Aku cuba untuk hadapi cabaran ni dan sekarang aku faham kenapa aku kena terima semua tu..Baru ni aku ada attend kursus kemahiran dan kursus methodologi serta bakal pegawai..

Aku masih ingat kata-kata jurulatih sorang ni "Jangan jadi ulat buku yg mati dlm buku, tapi jadilah ulat buku yg terbang menjadi rama".Aku nak jadi ulat yang boleh bertukar menjadi rama-rama dan terbang menuju ke destinasi walaupun banyak halangan yang harus aku tempuh..Banyak moment yang aku tak boleh lupa semasa kursus baru-baru ni..Aku kenal depa aku cuba mengenali lagi rapat dengan senior dan seangkatan dengan aku..Kenangan tu memang aku tak akan dapat dekat mana-mana just dekat kursus ja...Ada yang suruh aku bayangkan dia sebagai skeleton..Serius aku rindu sangat moment tu..Kami semua hitam bersama kot...Hangpa ada ka??Tagline dan gaya jurulatih yang aku ingat dan memang tak akan lupa punya..

"Yang sudah tu sudah..Mulakan hidup baru."
"Keluarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Baris!"
"Seteressssssss"

Bila ingat balik semua tu memang gelak sorang-sorang la aku ni..Hangpa memang terbaik la..Tak dapat aku team macam hangpa yang sanggup bersusah payah bersama..

Biar kenangan kita sentiasa tersemat dalam kamus hidup kita..

Tuesday, 25 February 2014

Adakah Cinta Kan Bersatu (Andai Dia Takdirku II)


Assalamualaikum w.b.t

"Kak Wardah!Akak ada nampak buku catatan saya tak?Saya rasa tertinggal di bilik akak."Nazihah yang kebingungan mencari buku kesayangannya yang tercicir.

"Tak nampak la pula.Nazihah cuba ingat balik di mana Nazihah letak.Mungkin Nazihah tertinggal di foyer atau kafe tadi."Kak Wardah membantu Nazihah mencari buku catatan tersebut.

"Mungkin juga!Saya cuba tengok di foyer sebab tadi saya singgah foyer sekejap."Nazihah berlalu pergi.

Dalam perjalanan Nazihah pergi ke Foyer,Nazihah di sapa oleh MEP kolej.

"Nazihah!Awak dah siapkan laporan program kita tu?"tanya Haris merupakan seorang MEP kolej.

"Saya dah siapkan cuma tunggu Haris semak laporan tu dan selepas tu,saya boleh hantar dekat JPPEL.Pelajar yang perlukan LC dah Haris sudah ada dalam sistem ke?"tanya Nazihah.

"Lc tu jangan risau,nanti pihak JPPEL akan uruskan just pelajar-pelajar perlu masukkan pembuktian yang menyatakan mereka mengikuti program.Ok la,Haris ada kelas ni.Nanti kita sambung lagi ye. Assalamualaikum."jawab hari sambil beredar untuk kek kelas.

"Wa'alaikumussalam."salam Haris disambut pergi.

Sambil mencari buku catatannya di dalam foyer.

"Adik cari apa ya?Boleh saya tolong?"tanya salah seorang pekerja pejabat kolej sangat dari awalnya ingin keluar.

"Ya encik.Saya sedang cari buku catatan warna ungu.Mungkin tercicir di foyer."balas Nazihah.

"Adakah buku ini yang adik cari?"sambil menunjukkan buku yang berada ditangannya.

"Ya!Buku inilah..Terima kasih ya encik."balas Nazihah sambil tersenyum dan berasa bersyukur.

.....................

"Kak Wardah,esok jom kita pergi Metro Kajang.Pergi cuci-cuci mata sikit..Asyik-asyik belajar je,penat otak saya ni kak.Nak tak?"sambil buat muka comel untuk memujuk kak Wardah untuk keluar bersamanya.

"Esok ye(sambil tengok jadual yang terletak rapi di notice board).Ermm,boleh je sayang.Esok kita keluar ye."balas kak Wardah dengan penuh senyuman.

"Kita ajak kak Aisyah dan kak Afiza ye..Ramai yang ikut lagi bagus.Boleh la kita pergi tengok baju,skirt,kasut dan beg.Bestnya!"Nazihah begitu teruja dengan penerimaan pelawaannya untuk keluar.

Pada esok petangnya,kak Wardah,kak Aisyah,kak Afiza dan Najwa keluar ke Metro Kajang untuk bersuka-ria.Hidup kampus ini sememangnya sibuk dan memenatkan.Sekali-sekali nak juga untuk melepaskan segala yang terbeban dibahu untuk berehat dan bersuka-ria.

"Kak Aisyah!Kak Afiza!Tengok ni!Cantikkan baju ni?Bertepatan dengan tema MARAK kita nanti.Seblum tu,kita tengok harga dulu.Nak cantik tak semestinya perlu yang mahal."sambil melihat harga baju yang bewarna merah dan disulami kerawang putih.

"Wow!Mantap harganya!Kalau macam ni memang tak mungkin terdaya untuk diri ini membeli baju ini.PTPTN saya bukan untuk bergaya sahaja tapi untuk pelajaran.Kita pilih yang murah lagi jimat.hehehe.."gelak kecil 3 orang sahabat ini.

"Nazihah!Awak tengok dress labuh ni.Cantikkan?Harganya pun murah dan kainnya bermutu.Berpatutan pula tu.Kita beli nak tak?"Najwa teruja dengan kecantikan dress labuh dan jika dipakainya seakan bidadari kayangan.

"Cantiknya!Murah pula tu!Moh la kita beli baju ni!Nanti kempunan pula bila tak dapat baju ni."seloroh kak Afiza.

Semua tergelak kecil dengan usikkan kak Afiza yang sering menggembirakan hati semua orang.

"Kak,jom pergi makan.Saya lapar la.Dari pagi saya tak makan apa lagi ni.Perut dah menyanyi lagu rock plus dangdut ni!"kata Nazihah sambil memegang perutnya menandakan dia lapar.

"Ala kesiannya adik akak seorang ni.Jom la kita makan dulu.Lepas ni kita sambung lagi shopping  ye."balas kak Aisyah sambil mencubit pipi Nazihah yang tembam itu.

Dalam perjalanan untuk pergi ke KFC untuk menyantap sedikit makanan,tiba-tiba suatu kejadian telah menimpa mereka.

SZRUP!

Satu luncuran tajam hinggap di lengan Nazihah dan pendarahan berlaku dengan banyak.

"ALLAHUAKBAR!"

"Ya Allah!NAZIHAH!(sambil memangku Nazihah yang sudah terkulai layu).Darah!"kak Wardah yang terkejut dengan jeritan Nazihah.

"TOLONG!TOLONG!TOLONG!"jeritan kak Aisyah dan Najwa menelefon ambulans untuk menyelamatkan sahabatnya yang sudah tidak sedarkan diri.

Kebetulan anggota polis berada di kawasan yang berdekatan dengan tempat kejadian.

"Kenapa ni cik?"tanya salah seorang anggota polis.

"Kawan saya diragut dan peragutnya dah larikan diri ke arah sana(sambil menunding jari ke arah yang dimaksudkan).Kawan saya tercedera."balas kak Afiza.

Anggota polis tadi mengejar peragut yang telah melarikan diri itu.Dalam masa yang sama,Ambulans Pertahanan Awam sampai di tempat kejadian dan membawa Nazihah ke hospital berdekatan.

....................................

"Siapa keluarga terdekat Ainatul Nazihah?"tanya Dr.Asmadi.

"Ahli keluarganya semua berada di Kedah,yang paling dekat pun di Melaka.Pak ciknya tinggal disana."jawan Najwa.

"Sebenarnya Nazihah perlukan darah.Nazihah kehilangan banyak darah akibat pergelutan dan kecederaan yang dialaminya.Buat masa sekarang,stok darah yang sama jenis dengannya memang tidak ada.Ada dikalangan awak semua jenis darahnya iaitu jenis O-?"panjang lebar penerangan Dr.Asmadi.

"Saya darah O-.Boleh ambik darah saya sahaja."satu suara yang tidak dikenali mencelah.

"Saudara siapa ya?Boleh kami semua tahu?"tanya kak Wardah.

"Saya hamba Allah yang dicipta untuk membantu hamba Allah yang lainnya.Saya tolong sahabat saudari kerana dia saudara seIslam saya."jawab lelaki tersebut.

"Boleh saya tahu siapa nama saudara?"tanya kak Afiza.

"Nama saya Muslim Attar.Boleh panggil saya Attar sahaja."jawab lelaki itu.

"Terima kasih saudara di atas pertolong itu.Kami terhutang nyawa kepada saudara."balas Najwa.

"Boleh ikut saya pergi bilik pemeriksaan dan kita boleh buat pemindahan darah dengan secepat mungkin."Dr.Asmadi memberitahu Attar untuk melakukan pemindahan darah.

Attar dan Dr.Asmadi masuk ke bilik pemeriksaan untuk melakukan procedure pemindahan darah.Jika darah tidak dipindahkan cepat ke dalam tubuh Nazihah.Risiko tinggi akan dihadapi.

Setelah beberapa hari terlantar di hospital,Nazihah di benarkan untuk keluar dari hospital.Namun,Nazihah dinasihatkan supaya tidak melakukan kerja-kerja berat dan tidak terlalu tertekan.

"Attar!"sapa Nazihah.

"Awak dah boleh keluar ke?"tanya Attar.

"Doktor dah benarkan saya keluar hari ni."balas Nazihah.

"Baguslah!Nanti boleh la saya melawat awak di kolej pula.Itu pun kalau awak tidak keberatan la."

"In shaa Allah,boleh je datang melawat saya di kolej.Tak salah pun.Terima kasih ye sebab dermakan darah awak untuk saya..Saya terhutang nyawa dengan awak."dihadiahkan sebuah senyuman untuk Attar tanda terima kasihnya.

"Itu kan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba Allah."senyuman dibalas.

............................
Setelah beberapa bulan perkenalan mereka,Attar dan Nazihah semakin rapat.Attar telah pun merancang untuk menghantar rombongan untuk memetik Nazihah dari keluarganya.Hubungan mereka semakin akrab dan mula membuat persiapan perkahwinan. Namun kehadiran orang yang tidak disenangi telah merenggangkan hubungan mereka.

"You!You dah benci I ke?I'm sorry.Masa tu I silap pilih.Now,I know you are the best for me."Tasya bekas kekasih Attar datang merayu.

"Tasya!Maafkan saya!Saya tak boleh terima awak lagi kerana saya dah ada orang di hati saya."balas Attar yang kurang selesa dengan sikap Tasya yang suka memegangnya.

"Dulu ok je you bila I pengang.Sekarang ni yang nak jadi alim sangat ni kenapa?"amarah Tasya semakin terlihat.

"Itu dulu!Sekarang saya bukan macam dulu lagi.Yang selalu keluar berfoya-foya dengan yang bukan mahram.Saya tak jaga batas pergaulan.Saya tidak mahu kembali seperti dulu.Maafkan saya Tasya,saya tak boleh terima awak lagi."jawab Attar.

Dalam perbincangan antara Attar dan Tasya,Nazihah dan Najwa keluar untuk mencari barang perkahwinan Nazihah.Tidak di sengajakan,Nazihah melihat Tasya sedang bermesra dengan Attar.Matanya berbulu dan hatinya bagai ditusuk duri sembilu.Betapa pedihnya rasa apabila bakal zaujnya bermesra dengan wanita lain.Nazihah pergi kepada Attar.Attar terkejut dengan kehadiran Nazihah.

"Awak!Saya boleh jelaskan.Ini semua salah faham je."Attar yang terkejut dengan kehadiran Nazihah.

"Saya ingat awak dah berubah tapi awak sama je seperti lelaki lain.Buaya darat!Saya percayakan awak tapi awak musnah kepercayaan saya dengan perkara terkutuk ni."Nazihah menahan tangisnya di hadapan Attar.

Nazihah berlalu pergi dalam tangisan yang berderai dipipi.Perkahwinan mereka ditangguhkan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka.

"Ya Rabb,disembah sujudku ini,ku memohon petunjuk dariMU.Andai benar dia itu belahan jiwaku,satukanlah cinta kami dalam keredhaanMu Ya Allah.Andai aku ini adalah rusuk kirinya yang hilang,temukan kami dalam keberkatanMu.Ku mohon petunjuk dariMu Ya Allah yang Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.Aamiin ya rabbal 'alamin."doa di pintanya untuk mengetahui jawapan dari masalah ini.

Setelah beberapa bulan.

"Jemputlah masuk.Kak Wardah,kak Aisyah,kak Afiza dan Najwa datang juga.Nervous la."kata Nazihah.

"Orang yang nak bernikah ni memang darah gemuruh.Tak ada apa la.Baca doa banyak-banyak."balas kak Wardah.

Satu panggilan dari bawah.

"Pengantin perempuan boleh turun sekarang.Kita nak mulakan majlis ni."

"OK!"sahut kak Afiza.

..............................
"Dah bersedia pengantin lelaki dan perempuan."tanya tok kadi.

"Alhamdulillah,sudah tok."jawab pengantin lelaki.Pengantin perempuan hanya mengiakan sahaja.

"Kita mulakan sekarang ya!Bismillahirrahmanirrahim!Muslim Attar bin Zakaria!Aku nikahkan dikau dengan Ainatul Nazihah binti Malik berwakil wali bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya RM884 tunai!"lafaz akad.

"Aku terima nikahnya Ainatul Nazihah binti Malik dengan mas kahwinnya RM884 tunai!"lafaz qabul yang telah terlafaz dari bibir Attar.

"Sah?"tok kadi bertanya saksi-saksinya.

"Sah!"jawab keempat saksi tersebut.

"Alhamdulillah"kat tok kadi.

Linangan air mata kegembiraan mengalir laju dipipi Nazihah kerana dirinya kini menjadi permaisuri dihati Attar.Mereka bersyukur kerana Allah menjodohkan mereka bersama.Akhirnya cinta yang dulunya berputik diawalnya dan sedikit layu di tengahnya kini menjadi halal buat mereka.Segalanya Allah tentukan untuk mereka dan kita sebagai hambaNya haruslah mensyukuri nikmat yang diberi.

-TAMAT-

Monday, 24 February 2014

La Takrabu Zina.

                           
                                        Assalamualaikum w.b.t....

Apakah zina?Bagaimana ianya boleh berlaku?Apakah puncanya?Apakah kesannya?Apakah jalan penyelesaiannya?Wah!Banyaknya soalan untuk kali ni..Sampai orang yang baca pun macam dah pening.Zina ialah seseorang yang bersetubuh dengan bukan mahramnya tanpa ada ikatan yang sah disisi Islam.Tenyata perkara ini telah dijelaskan didalam kalam suci Al-Quran didalam surah Al-Israa' iaitu:


                             32:وَ لاَ تَقْرَبُوا الزّنى اِنَّه كَانَ فَاحِشَةً، وَ سَآءَ سَبِيْلاً. الاسراء
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk. [QS. Al-Israa’ : 32


                 Allah melarang hambaNya untuk mendekati zina malah mengharamkan hambaNya untuk melakukan perkara terkutuk tersebut.Perkara sebegini boleh berlaku sekiranya nafsu seseorang itu melebihi akalnya.Perkara ini selalunya berlaku kepada pasangan yang bercinta dan sanggup menyerahkan apa sahaja untuk kekasihnya aslakan dirinya tidak di tinggalkan.Bercinta itu tak salah malah Allah juga mengurniakan cinta untuk hambaNya.Cuma kita sahaja yang kena pandai untuk mengurus cinta itu.Jangan biarkan cinta itu berlumuran dengan dosa yang dipengaruhi oleh nafsu yang tak pernah luntur.Kawal nafsu dan diri daripada melakukan perkara terkutuk ini.Hukum bagi orang-orang yang melakukan zina ini adalah seperti yang diterangkan didalam surah An-Nuur:


اَلزَّانِيَةُ وَ الزَّانِيْ فَاجْلِدُوْا كُلَّ وَاحِدٍ مّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَّ لاَ تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِيْ دِيْنِ اللهِ اِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَ اْليَوْمِ اْلاخِرِ، وَ لْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مّنَ اْلمُؤْمِنِيْنَ. اَلزَّانِيْ لاَ يَنْكِحُ اِلاَّ زَانِيَةً اَوْ مُشْرِكَةً وَّ الزَّانِيَةُ لاَ يَنْكِحُهَآ اِلاَّ زَانٍ اَوْ مُشْرِكٌ، وَحُرّمَ ذلِكَ عَلَى اْلمُؤْمِنِيْنَ. النور:2-3
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu (menjalankan) agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (2) Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik, dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki yang musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. (3) [QS. An-Nuur : 2-3]

   Punca zina adalah pelbagai. Antara faktor-faktor penyebab kepada gejala zina ini ialah gaya kehidupan yang begitu jauh dengan gaya hidup sihat sebagai seorang Muslim sejati.
Kebanyakannya bermula dan berpunca daripada gaya hidup yang menyeleweng dari gaya hidup Muslim sejati. Di samping itu institusi keluarga yang tidak stabil; masing-masing membawa diri serta masyarakat yang tidak peduli dengan suasana persekitaran mendorong kepada perlakuan zina. Situasi sosial dan hidup moden dalam masyarakat pada hari ini juga  menyemarakkan gejala zina.  Berleluasanya budaya mendedah aurat, penyebaran majalah-majalah yang mengghairahkan disertakan dengan penayangan video dan filem  lucah menyemarakkan tingkah laku zina. Penyebaran berleluasa  bahan-bahan seks  di dalam internet, telefon bimbit serta lain-lain media adalah juga punca peningkatan tingkah laku zina.

Zina juga mempunyai impak yang buruk dan boleh menjejaskan hubungan kita dengan Allah S.W.T.Antara impaknya ialah:

1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya. 

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Setiap masalah ada jalan penyelesaian tersendiri.Masalah zina ini juga mempunya jalan penyelesaian yang mudah dan dalam masa yang sama mengurangkan sarang maksiat.Antaranya adalah dengan perkahwinan.
 Contohnya:

1)Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin

2) Memberi insentif sebagai galakan berkahwin

3)Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan

4)Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma

5)Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan

6)Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan

7)Merendahkan hantaran perkahwinan

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak.Ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk beriadah dan mendengar masalah anak-anak.Jangan abaikan mereka dan hanya mengharapkan guru ataupun pembantu rumah untuk memerhatikan anak.Ibu bapa juga perlu mengawasi gerak-geri anak-anak supaya mereka tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat.Ibu bapa juga perlu mengambil tahu siapa kawan mereka,kemana mereka pergi dan sebagainya.

Masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam hali ini kerana kita adalah bersaudara.Masyarakat juga perlu mengambil tahu apa yang terjadi disekelilingnya.Masyarakat juga boleh menasihati anak jiran yang lain untuk kebaikan mereka dan kita juga.

Mungkin setakat ini sahaja penulisan ana untuk kali ini.Jika Allah melanjutkan umur ana untuk keesokkan hari dan hari-hari lain,In shaa Allah ana akan menulis lagi..Wassalam.

-TAMAT-


Sunday, 23 February 2014

Andai Dia TakdirKu...

Assalamualaikum w.b.t..

Saat kota raya sedang sibuk dengan penghuninya yang berpusu-pusu pulang dari mencari rezeki, ada sekujur tubuh sedang enak dibuai mimpi indah. 

"Nazihah!Bangun la!Dah Asar ni!Kau ni asyik balik kelas ja mesti tidur kan.Dah bangun,bangun!Aku dah belikan makanan untuk kau." kata rakan sebiliknya,Najwa.

"Eh,mak cik ni dah balik ka.Aku ingatkan kau balik lewat sikit. Kau habis kelas pukul berapa mak cik?" soalan yang diajukan sambil mengeliat.

"Eh!Panggil kita mak cik plak. Kelas aku batal petang ni sebab Prof.Akil ada emergency.Anak dia sakit.Malam ni macam mana?Kau pergi tak forum remaja tu?Aku pergi dengan akak-akak dekat depan bilik ni.Kalau kau nak join kami pun boleh juga.Kita pergi lepas Maghrib.Kita jemaah Isya' dekat masjid." balas sahabatnya.

"Aku pergi malam.Aku pergi dengan korang la.Aku mana ada geng nak temankan.Ok jugak tu,lama kita berjemaah dekat masjid."balas Nazihah.

Ainatul Nazihah merupakan seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia merupakan seorang pelajar aktif di kolejnya. Sahabat sebiliknya, Mardiana Najwa merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Biokimia. Mereka saling mengenali sejak dibangku sekolah lagi.

"Rewang d'Kajai bila ye?Aku dah tak sabar ni!Nak tengok adat perkahwinan dari negeri yang berlainan.Tahun ni aku dengar kata nak buat cara perkahwinan adat negeri Johor.Mesti best kan."tanya Najwa.

"Aku pun tak pasti bila.Tak silap aku 20-21 September ni."balas Nazihah.

Tiba hari Rewang d'Kajai,semua pelajar Kolej Rahim Kajai bertungkus-lumus membantu untuk menjayakan termasya tahunan kolej tersebut.Semuanya bergotong-royong menyiapkan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu.

"Ada apa yang perlu saya tolong?"senyuman yang manis dileparkan.

"Tak ada apa yang perlu awak tolong pon.Semuanya sudah tersedia.Tinggal nak makan je."balas Nazihah.

"Owh!Ye ke!Ok la saya pergi tengok post lain ye."jawab Syazwan.

Berbisik kedua sahabat karib ini sambil menyediakan apa yang diperlukan oleh pihak jamuan.

"Kau dengan dia sepadan la.Macam pinang ditetak dengan kapak.Sweet gitu kau."seloroh Najwa.

"Kau ni ada-ada ja la.Aku dengan dia kawan biasa ja.Bukan ada apa pon.Kau jangan nak melebih pulak ye."balas Nazihah yang agak malu dengan usikkan sahabatnya itu.

"Ye ke tak ade apa?Aku tengok kau dengan dia tadi siap bermesra lagi.Siap tanya lagi 'dah berpunya ke?'tu apa maknanya?Jangan nak tipu aku la."usik Najwa lagi.

"Kau ni agaknya dah lama tak makan sambal kasut saiz 5 ni.Nak rasa ke?"tanya Nazihah yang agak kebengangan.

"Hahaha!Aku gurau je la.Tak kan yang tu pun nak marah kot..Tak sporting la macam ni."balas Najwa sambil memegang bahu sahabatnya itu.

Kedua-dua orang sahabat itu terus melaksanakan tugas yang diberi hingga ke akhirnya.Meraka bergembira sepuasnya pada hari itu.

Setelah 1 tahun pengajian.

"Apa yang awak nak lagi daripada saya?Awak dah buat pilihan hati,so why you come and see me?"tanya Nazihah.

"Sebenarnya saya buta selama ini.Saya tak nampak ketulusan dan kejujuran awak terhadap saya selama ni.Saya hanya memandang kecantikan luaran tanpa melihat kecatikan budinya."balas Syazwan yang memujuk Nazihah untuk menerimanya.

"Kecantikan dunia tu hanya sementara tapi kecantikan agama akan kekal hingga keakhirnya.Cukuplah saya terluka sekali dan saya tak mau untuk sakit buat kesekian kalinya.Saya yang sekarang bukan yang dulu lagi.Yang mudah jatuh cinta dan tidak menjaga batas pergaulan.Maafkan saya!Saya tak boleh terima awak lebih daripada seorang kawan.Harap awak faham."balas  Nazihah sambil berlalu pergi.

"Awak dah tak ingat ke kenangan kita bersama dulu?Awak nak lupakan begitu sahaja?"Syazwan yang belum puas dengan jawapan Nazihah.

"Kenangan itu biarlah ia berlalu menjadi masa silam.Saya tak nak lihat masa silam saya yang penuh dengan maksiat dan dosa.Saya ingin melihat masa hadapan yang sedang menunggu di depan.Saya tak nak jatuh di lopak yang sama dua kali."Nazihah berlalu pergi.

Semester 2.

Di fakulti,Nazihah dan Najwa sedang duduk makan di kafe.Sambil menunggu kelas yang akan bermula lagi 2 jam.Mereka berbual sambil menyantap makanan yang di pesan.

"Petang ni kau nak jumpa dengan buah hati pengarang jantung kau kan?"tanya Najwa

"Yup!Petang ni dekat Pusanika.Dia cakap ada hal nak cakap dengan aku dan dia cakap lagi benda yang dia nak cakap tu mustahak sangat.Aku pun tak tau apa benda yang dia nak cakap.Suspen jugak aku ni."jawab Nazihah sambil menyedut air teh o ais nya.

"Good luck ye!"usik Najwa.

Pada petang itu,Nazihah menunggu Syazwan di kafe Pusanika.Setelah 30 minit barulah nampak bayang Syazwan.

"Maaf lambat.Saya ada hal denga lecturer tadi."kata Syazwan.

"Tak apa.Ada hal apa yang awank nak jumpa saya ni?"tanya Nazihah.

Syazwan menarik nafas sedalamnya sebelum menyatakan hasratnya.

"Sebenarnya,saya nak putuskan hubungan kita ni.Saya dah ada orang lain untuk gantikan tempat awak dihati saya."jawab Syazwan.

"Tapi kenapa?Apa salah saya dekat awak?"tanya Nazihah yang agak terkejut.

"Awak tak salah apa-apa."balas Syazwan.

"Habis tu kenapa awak nak putus dengan saya?"nadanya sedikit tinggi.

"SEBAB AWAK TAK CANTIK!AWAK BURUK!DIA CANTIK DAN BERGAYA!AWAK TAK ADA APA."jeritan yang membuatkan pengunjung terkejut.

PAP!
Satu tamparan hinggap dipipi si lelaki.

"Memang saya tak cantik.Memang saya tak pandai bergaya macam orang lain tapi awak tak layak untuk hina saya depan orang ramai.Awak tak ada hak untuk hina saya."katanya dalam sedu.

Nazihah berlalu pergi dari kafe dan terus pulang ke kolej dalam keaadan sedih dan patah hati.Hatinya remuk dan berkecai bagai kaca yang berderai.


"Maafkan saya Syazwan,saya tak boleh terima awak buat kesekian kalinya.Awak pergilah cari orang lain.Dihati saya hanya ada Allah dan Rasulullah.Ruang yang sedikit itu hanya untuk belahan jiwa saya.Andai awak takdir saya,in shaa Allah kita akan bersatu tapi jika tidak setakat ini sahaja hubungan kita.Assalamualaikum."kata Nazihah sambil berlalu pergi.

TAMAT...

Tuesday, 11 February 2014

Siapa mereka dihati kita?

Assalamualaikum w.b.t..

          Rasanya lama sangat dah tak meng'update' blog ni. Masuk ja blog ni tengok-tengok dah bersawang macam rumah usang..Biarlah nak jadi rumah usang ka apa ka itu semua tak penting,yang penting apa yang ingin saya sampaikan kepada semua yang sudi membaca blog ni.


           Siapa mereka dihati kita?Siapa mereka tu?Penuh dengan persoalan dan tanda tanya.Siapakah mereka yang saya maksudkan dekat sini?Andai mereka tiada didunia ni,kita pun tak akan wujud dekat dunia ni..Andai mereka ni tak jaga kita,entahlah apa yang nak jadi dekat kita dekat sini..Andai mereka ini tak sayangkan kita mungkin kita sekarang merempat tiada arah tujuan..Andai mereka ini tidak mengasihi kita,mungkin kita tak akan berjaya sebegini rupa..Siapa mereka sebenarnya?Dimanakah letaknya mereka dihati kita?Itu hanya anda sendiri yang boleh menjawabnya.Mereka adalah manusia yang sangat gembira disaat kita dilahirkan didunia iaitu ibu dan bapa kita.


           Ibu...Panggilan yang diberikan kepada seorang wanita yang menjaga,memberi kasih sayang dan melahirkan sesorang.Panggilan yang sangat lembut dan melambangkan sifat penyayangnya.Bapa...Panggilan yang melambangkan ketegasan tetapi penuh dengan kasih sayangnya kepada seseorang lelaki yang sudah mempunyai cahaya mata..


           Apa yang kita dah berikan kepada ibu bapa kita ya selama kita menjadi anak mereka?Pernah tak kita fikir semua tu sebelum ni?Pernah tak kita check dimana ibu dan bapa kita dalam hati masing-masing?Pernah tak kita berikan apa yang mereka mahukan?Semua itu ada jawapannya dan jawapan itu ada pada anda sendiri.

    “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” 

                         Ibu kita telah mengorbankan nyawanya untuk berperang melahirkan kita diatas dunia.Ibu kita betarung nyawa melawan kesakitan yang dihadapi demi melahirkan kita.Dengan susah payahnya ibu mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa benci langsung kepada kita.Ibu melalui bermacam-macam saat mengandungkan kita,ibu bersabar.Ibu senyum!Ibu belai kita dalam kandungan!Ibu bawa kita kemana saja dia pergi!Ibu membesarkan kita!Ibu berikan kasih sayangnya!Apa lagi yang kita tak dapat daripada ibu?Semuanya kita dah dapat tetapi adakah dia meminta itu semua daripada kita?TAK!TAK!TAK!Ibu tak pernah minta itu semua daripada kita.Ibu tak pernah kata "TAK!" dekat kita tetapi adakah kita pernah katakan YA kepada mereka?Tepuk dada tanya iman masing-masing.

             Kita mesti bersyukur kerana dilahirkan didalam keluarga Islam,dilahirkan didalam keluarga yang bahagia.Pernah tak kita fikir bagaimana seorang mualaf ingin  memeluk Islam sedangkan mereka ditentang habis-habisan oleh keluarga mereka?Mereka berhabis-habisan mempertahankan pendirian mereka untuk memeluk agama Allah,sanggup tinggalkan segala kemewahan dunia untuk mengejar kebahagiaan diakhirat sana.Mereka dibuang oleh keluarga kerana meninggalkan agama nenek moyang mereka,mereka di cerca,di hina,di maki dan berbagai lagi halangan yang diharungi.

             Kita juga mesti bersyukur kerana negara kita aman dan damai tanpa ada sedikit peperangan..Pernah tak kita fikir bagaimana anak-anak kecil di Palestine,di Gaza,di Syiria,di Mesir dan negara-negara bergolak mengharungi kehidupan mereka TANPA KEDUA IBU BAPA mereka?Pernah kita terfikir apakah perasaan mereka disaat jenazah ibu mereka jenazah bapa mereka terkaku dihadapan mereka? Ada otak kita fikir,ada akal kita nilai.

              Bila dah mabuk tahi telinga bercinta,ibu bapa pun kita lupa.Tanggungjawab kita kepada mereka pun kita abaikan.Sekian lama mereka membersarkan,mendidik dan memberi kasih sayang secukupnya kepada kita,kita denga  slamba ja hilangkan diri ikut lelaki lain.

               Andailah kita bergaduh dengan ibu bapa kita,kita keluar rumah tak balik berhari-hari,katanya bawa diri.Tiba-tiba kita balik,orang ramai depan rumah.Dengan van jenazah lagi.Kita masuk tengok,sekujur badan terbaring kaku,apabila dilihat,jenazah itu ibu atau ayah kita.Kita tak sempat nak minta maaf dengan mereka.Masa tu menyesal pun dah tak guna kerana ibu dan ayah kita dah tak ada lagi dekat dunia ni.Berfikirlah sebelum kita bertindak.Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada guna lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=QOUPSXHhYX4



Saturday, 29 June 2013

Ramadhan!Tunggu Aku Datang!

Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada seorang hamba pun yang berpuasa sekalipun satu hari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dirinya dari seksa api neraka sebanyak tujuh puluh kharif (tujuh puluh kharif maksudnya adalah sejauh perjalanan yang menghabiskan masa tujuh puluh tahun)” (HR. Bukhari Muslim).

Assalamualaikum semua,
       
 Pejam celik,pejam celik dah nak sampai bulan yang paling mulia dimana semua pintu neraka ditutup dan semua pintu syurga terbuka luas bagi insan yang berpuasa pada bulan ini,iaitu bulan Ramadhan.Bulan yang penuh dengan rahmat Allah,penuh dengan keampunan daripada Allah dan semua syaitan dan iblis diikat dan dipasung serta ditempatkan dibawah perut bumi yang kita sendiri tak tahu dekat mana.Bulan Ramadhan juga,solat terawih yang tak pernah kita buat pada bulan-bulan yang lain,kita buat pada bulan Ramadhan..Pada bulan Ramadhan ni juga,budak-budak memang suka sangat..Nak tahu kenapa?Sebabnya,budak-budak ni boleh pergi bazaar Ramadhan dan memilih makanan yang mereka suka.

            Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi..Tinggal berapa hari ja lagi nak masuk bulan Ramadhan,kita tanya balik diri kita..Adakah aku dah bersedia untuk masuk bulan Ramadhan?Apa aku dah prepare untuk menghadapi bulan Ramadhan?Recheck balik apa yang kita dah lakukan dan sediakan untuk menghadapi bulan mulia ini.

            
Rasulullah saw bersabda: “Puasa dan (rajin membaca) al-Qur’an, kelak pada hari Kiamat dapat memberikan syafaat (pertolongan) kepada hamba. Puasa kelak akan berkata: “Ya Allah, ia telah menahan dirinya dari makanan dan hawa nafsunya, maka jadikanlah saya sebagai penolongnya”. Al-Qur’an juga kelak akan berkata: “Ya Allah, ia telah rela meluangkan waktunya untuk tidak tidur pada malam hari (karena membaca al-Qur’an), maka jadikanlah saya sebagai penolongnya (pemberi syafa’at)”. Lalu puasa dan al-Qur’an pun, berkat idzinNya, menjadi penolong bagi hamba tersebut” (HR. Ahmad dan Hakim).


             Pada bulan Ramadhan ni juga,amalan kita digandakan pahalanya.Memang bestlah bila bertemu dengan bulan Ramadhan lagi.Nikmat berpuasa tu sendiri dah terlalu best!Nikmat mengerjakan ibadah-ibadah lain memang rasa terlalu dekat dengan Allah..Bukan nak kata bulan-bulan lain kita tak dekat dengan Allah tapi pada bulan Ramadhan ini juga kita banyak membaca al-quran,kalamullah,kita banyak lakukan ibadah-ibadah sunat dan lain-lain amal kebajikan.Ni lah nikmat kita menjadi orang yang beragama Islam,berpuasa pada bulan Ramadhan itu adalah salah satu nikmat yang Allah bagi dekat kita sebagai orang Islam.

             
Rasulullah saw bersabda: “Seluruh amal perbuatan Ibn Adam akan dilipatkan pahalanya. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan bahkan dapat sampai tujuh ratus kali lipat. Allah berfirman: “Kecuali puasa, ia itu khusus bagiKu dan Aku lah yang akan membalasnya secara langsung. Ia meninggalkan syahwatnya, makanannya semata-mata karenaKu. Orang yang berpuasa itu akan memperoleh dua kebahagiaan: Kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika ia berjumpa dengan Tuhannya kelak. Bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah, lebih wangi dari pada wanginya minyak kasturi” (HR. Muslim).

              Rasa hati dah tak sabar nak sambut bulan Ramadhan yang mulia.Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan..Semoga kita semua dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini...Ramadhan!Tunggu Aku Datang!In Shaa Allah..

Sunday, 23 June 2013

Biarkan Ku Pergi......Part 5!

Assalamualaikum..


Sambil berjalan nak menuju ke kafe yang berdekatan dengan dataran pelajar,satu kelibat yang telah mencuri perhatian Salim dan rakan-rakannya.

"Lim,kau nampak tak apa yang aku nampak ni?Johan aku mimpi ke ni?(Johan menampar muka Azizan).Betul aku tak mimpi.."

"Ain dengan Adi ada apa-apa ke wey?"soal Johan..

"Mana aku tau..Adi tu kan baru ja masuk..Aku mana sempat nak pergi interview budak tu lagi."jawab Salim..

Sambil bersembang dengan Ain,Adi perasan bahawa mereka sedang diperhati oleh seseorang..

"Kenapa dengan awak Adi?Ada apa-apa yang tak kena ke?"tanya Ain yang agak kehairanan.

"Tak saya perasan ada orang yang sedang perhatikan kita dari jauh."jawab Adi yang mencari siapa yang memerhati mereka..

Ain mengalihkan pandangannya kearah dataran dan matanya menangkap satu kelibat yang sangat dia kenali..Salim and the gang..Ain sudah mengagak bahawa memang mereka yang memerhatikan perbualan dia dan Adi.

"Adi jom kita pergi daripada sini..Kita pergi sambung perbincangan kita di tempat lain..."ajak Ain.

"Ok!Jomlah!"Adi mengemaskan barang-barangnya dan beredar pergi bersama Ain.

Didalam dewan kuliah,Prof Nelly memberitahu tentang malam Insirasi Cinta yang akan berlansung pada malam nanti.

"Malam ni jangan lupa untuk hadir ke Malam Inspirasi Cinta ye..Make sure pakaian kamu semua kemas dan sopan.."pesanan prof Nelly..

Malam Inspirasi Cinta berlangsung dengan lancar dan gemilangnya.

"Kau cari siapa,Lim?"tanya Zizan kepada Salim yang mencari-cari sesuatu.

"Aku cari Ain la..Aku tak nampak dia lagi ni.Adi pun aku tak nampak kelibat lagi ni..Ntah-ntah dia pergi menggatal dengan Ain ke tak tau la."jawab Salim yang agak kebengangan itu.

"Lim,tu bukan Adi dengan Ain ke?Fuyoo!Siap pegang tangan lagi tu..Romantik gila."kata Johan.

Adi mendekati mereka yang sedang berdiri di tepi tempat persediaan makanan.

"Assalamualaikum..Lama tunggu ke?Sorry lambat sikit tadi ada hal."Adi bersalaman dengan Salim dan rakannya..

"Waalaikumussalam..Tak apa,kami tak kisah pun.."jawab Zizan..

"Lupa aku nak kenalkan dekat korang..Ni Nur Ain Balqis,isteri aku..Kami baru ja nikah bulan lepas."Adi memperkenalkan Ain kepada mereka..

"Assalamualaikum!"hulur salam Ain kepada Salim dan rakannya.

"Waalaikumussalam."jawab Salim dalam keadaan yang kecewa..

"Ok la!Aku nak kena balik dulu sebab ada hal dekat luar..BTW,congratulation!Semoga berbahagia hingga ke syurga."Salim meminta diri untuk menenangkan diri.

Kereta  Salim meluncur laju keluar dari kolej untuk mencari ketenangan hati yang sedang kecewa..Tiba-tiba....

"Adi!Adi!Adi!"jerit Zizan dari jauh yang dalam keadaan cemas..

"Ye!Kenapa ni Zizan?Kenapa cemas ni?"tanya Adi sambil menenangkan Zizan.

"Salim!"

"Kenapa dengan Salim?"tanya Adi.

"Salim dah meninggal dunia..Arwah accident semalam masa balik dari event."Zizan menyampaikan berita itu dan dalam masa yang sama Adi terkejut dengan berita kematian itu..

"Innalillah wainnalillahiraji'un..Ya Allah!"Adi  tergamam..

Mereka pergi menziarahi keluarga arwah Salim.Mereka redha dengan apa yang terjadi  dengan Salim kerana apa yang terjadi ada hikmahnya..

......................................................................

"Mungkin jodohku bukan dengan dia.Mungkin jodohku dengan wanita lain..Aku pasrah dengan ketentuanMu Ya Allah.Biarkan aku pergi dari hidupnya tapi jangan biarkan aku pergi dariMu  Ya Rabbi.Hanya padaMu aku mengadu segalanya..Biarkan ku pergi dari hatinya Ya Allah..Aamiin Ya Robbal'alamin."rintihan Salim dalam doanya.

Salim pergi meninggalkan segalanya untuk mengembara mencari cinta Allah yang sekian lama dia lupakan.Hanya keluarga yang tahu bahawa dia masih lagi bernyawa.Salim mengembara ke kota suci dan menetap disana..Salim sudah mendapat cinta yang dia cari iaitu cinta Allah dan Rasul..Cinta yang dulu dia damba,dia biarkan pergi buat selamanya..

TAMAT!