Assalamualaikum w.b.t....
Apakah zina?Bagaimana ianya boleh berlaku?Apakah puncanya?Apakah kesannya?Apakah jalan penyelesaiannya?Wah!Banyaknya soalan untuk kali ni..Sampai orang yang baca pun macam dah pening.Zina ialah seseorang yang bersetubuh dengan bukan mahramnya tanpa ada ikatan yang sah disisi Islam.Tenyata perkara ini telah dijelaskan didalam kalam suci Al-Quran didalam surah Al-Israa' iaitu:
32:وَ لاَ تَقْرَبُوا الزّنى اِنَّه كَانَ فَاحِشَةً، وَ سَآءَ سَبِيْلاً. الاسراء
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk. [QS. Al-Israa’ : 32]
Allah melarang hambaNya untuk mendekati zina malah mengharamkan hambaNya untuk melakukan perkara terkutuk tersebut.Perkara sebegini boleh berlaku sekiranya nafsu seseorang itu melebihi akalnya.Perkara ini selalunya berlaku kepada pasangan yang bercinta dan sanggup menyerahkan apa sahaja untuk kekasihnya aslakan dirinya tidak di tinggalkan.Bercinta itu tak salah malah Allah juga mengurniakan cinta untuk hambaNya.Cuma kita sahaja yang kena pandai untuk mengurus cinta itu.Jangan biarkan cinta itu berlumuran dengan dosa yang dipengaruhi oleh nafsu yang tak pernah luntur.Kawal nafsu dan diri daripada melakukan perkara terkutuk ini.Hukum bagi orang-orang yang melakukan zina ini adalah seperti yang diterangkan didalam surah An-Nuur:
اَلزَّانِيَةُ وَ الزَّانِيْ فَاجْلِدُوْا كُلَّ وَاحِدٍ مّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَّ لاَ تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِيْ دِيْنِ اللهِ اِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَ اْليَوْمِ اْلاخِرِ، وَ لْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مّنَ اْلمُؤْمِنِيْنَ. اَلزَّانِيْ لاَ يَنْكِحُ اِلاَّ زَانِيَةً اَوْ مُشْرِكَةً وَّ الزَّانِيَةُ لاَ يَنْكِحُهَآ اِلاَّ زَانٍ اَوْ مُشْرِكٌ، وَحُرّمَ ذلِكَ عَلَى اْلمُؤْمِنِيْنَ. النور:2-3
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu (menjalankan) agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (2) Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik, dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki yang musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. (3) [QS. An-Nuur : 2-3]
Punca zina adalah pelbagai. Antara faktor-faktor penyebab kepada gejala zina ini ialah gaya kehidupan yang begitu jauh dengan gaya hidup sihat sebagai seorang Muslim sejati.
Kebanyakannya bermula dan berpunca daripada gaya hidup yang menyeleweng dari gaya hidup Muslim sejati. Di samping itu institusi keluarga yang tidak stabil; masing-masing membawa diri serta masyarakat yang tidak peduli dengan suasana persekitaran mendorong kepada perlakuan zina. Situasi sosial dan hidup moden dalam masyarakat pada hari ini juga menyemarakkan gejala zina. Berleluasanya budaya mendedah aurat, penyebaran majalah-majalah yang mengghairahkan disertakan dengan penayangan video dan filem lucah menyemarakkan tingkah laku zina. Penyebaran berleluasa bahan-bahan seks di dalam internet, telefon bimbit serta lain-lain media adalah juga punca peningkatan tingkah laku zina.
Zina juga mempunyai impak yang buruk dan boleh menjejaskan hubungan kita dengan Allah S.W.T.Antara impaknya ialah:
1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.
11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.
12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.
15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.
16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.
17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.
19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.
20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.
21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.
Setiap masalah ada jalan penyelesaian tersendiri.Masalah zina ini juga mempunya jalan penyelesaian yang mudah dan dalam masa yang sama mengurangkan sarang maksiat.Antaranya adalah dengan perkahwinan. Contohnya:

1)Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak.Ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk beriadah dan mendengar masalah anak-anak.Jangan abaikan mereka dan hanya mengharapkan guru ataupun pembantu rumah untuk memerhatikan anak.Ibu bapa juga perlu mengawasi gerak-geri anak-anak supaya mereka tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat.Ibu bapa juga perlu mengambil tahu siapa kawan mereka,kemana mereka pergi dan sebagainya.
Masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam hali ini kerana kita adalah bersaudara.Masyarakat juga perlu mengambil tahu apa yang terjadi disekelilingnya.Masyarakat juga boleh menasihati anak jiran yang lain untuk kebaikan mereka dan kita juga.
Mungkin setakat ini sahaja penulisan ana untuk kali ini.Jika Allah melanjutkan umur ana untuk keesokkan hari dan hari-hari lain,In shaa Allah ana akan menulis lagi..Wassalam.
No comments:
Post a Comment