Tuesday, 11 February 2014

Siapa mereka dihati kita?

Assalamualaikum w.b.t..

          Rasanya lama sangat dah tak meng'update' blog ni. Masuk ja blog ni tengok-tengok dah bersawang macam rumah usang..Biarlah nak jadi rumah usang ka apa ka itu semua tak penting,yang penting apa yang ingin saya sampaikan kepada semua yang sudi membaca blog ni.


           Siapa mereka dihati kita?Siapa mereka tu?Penuh dengan persoalan dan tanda tanya.Siapakah mereka yang saya maksudkan dekat sini?Andai mereka tiada didunia ni,kita pun tak akan wujud dekat dunia ni..Andai mereka ni tak jaga kita,entahlah apa yang nak jadi dekat kita dekat sini..Andai mereka ini tak sayangkan kita mungkin kita sekarang merempat tiada arah tujuan..Andai mereka ini tidak mengasihi kita,mungkin kita tak akan berjaya sebegini rupa..Siapa mereka sebenarnya?Dimanakah letaknya mereka dihati kita?Itu hanya anda sendiri yang boleh menjawabnya.Mereka adalah manusia yang sangat gembira disaat kita dilahirkan didunia iaitu ibu dan bapa kita.


           Ibu...Panggilan yang diberikan kepada seorang wanita yang menjaga,memberi kasih sayang dan melahirkan sesorang.Panggilan yang sangat lembut dan melambangkan sifat penyayangnya.Bapa...Panggilan yang melambangkan ketegasan tetapi penuh dengan kasih sayangnya kepada seseorang lelaki yang sudah mempunyai cahaya mata..


           Apa yang kita dah berikan kepada ibu bapa kita ya selama kita menjadi anak mereka?Pernah tak kita fikir semua tu sebelum ni?Pernah tak kita check dimana ibu dan bapa kita dalam hati masing-masing?Pernah tak kita berikan apa yang mereka mahukan?Semua itu ada jawapannya dan jawapan itu ada pada anda sendiri.

    “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” 

                         Ibu kita telah mengorbankan nyawanya untuk berperang melahirkan kita diatas dunia.Ibu kita betarung nyawa melawan kesakitan yang dihadapi demi melahirkan kita.Dengan susah payahnya ibu mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa benci langsung kepada kita.Ibu melalui bermacam-macam saat mengandungkan kita,ibu bersabar.Ibu senyum!Ibu belai kita dalam kandungan!Ibu bawa kita kemana saja dia pergi!Ibu membesarkan kita!Ibu berikan kasih sayangnya!Apa lagi yang kita tak dapat daripada ibu?Semuanya kita dah dapat tetapi adakah dia meminta itu semua daripada kita?TAK!TAK!TAK!Ibu tak pernah minta itu semua daripada kita.Ibu tak pernah kata "TAK!" dekat kita tetapi adakah kita pernah katakan YA kepada mereka?Tepuk dada tanya iman masing-masing.

             Kita mesti bersyukur kerana dilahirkan didalam keluarga Islam,dilahirkan didalam keluarga yang bahagia.Pernah tak kita fikir bagaimana seorang mualaf ingin  memeluk Islam sedangkan mereka ditentang habis-habisan oleh keluarga mereka?Mereka berhabis-habisan mempertahankan pendirian mereka untuk memeluk agama Allah,sanggup tinggalkan segala kemewahan dunia untuk mengejar kebahagiaan diakhirat sana.Mereka dibuang oleh keluarga kerana meninggalkan agama nenek moyang mereka,mereka di cerca,di hina,di maki dan berbagai lagi halangan yang diharungi.

             Kita juga mesti bersyukur kerana negara kita aman dan damai tanpa ada sedikit peperangan..Pernah tak kita fikir bagaimana anak-anak kecil di Palestine,di Gaza,di Syiria,di Mesir dan negara-negara bergolak mengharungi kehidupan mereka TANPA KEDUA IBU BAPA mereka?Pernah kita terfikir apakah perasaan mereka disaat jenazah ibu mereka jenazah bapa mereka terkaku dihadapan mereka? Ada otak kita fikir,ada akal kita nilai.

              Bila dah mabuk tahi telinga bercinta,ibu bapa pun kita lupa.Tanggungjawab kita kepada mereka pun kita abaikan.Sekian lama mereka membersarkan,mendidik dan memberi kasih sayang secukupnya kepada kita,kita denga  slamba ja hilangkan diri ikut lelaki lain.

               Andailah kita bergaduh dengan ibu bapa kita,kita keluar rumah tak balik berhari-hari,katanya bawa diri.Tiba-tiba kita balik,orang ramai depan rumah.Dengan van jenazah lagi.Kita masuk tengok,sekujur badan terbaring kaku,apabila dilihat,jenazah itu ibu atau ayah kita.Kita tak sempat nak minta maaf dengan mereka.Masa tu menyesal pun dah tak guna kerana ibu dan ayah kita dah tak ada lagi dekat dunia ni.Berfikirlah sebelum kita bertindak.Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada guna lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=QOUPSXHhYX4



No comments:

Post a Comment