Sunday, 20 January 2013

Peranan Ibu Bapa!!!

Assalamualaikum...


              Petang yang indah,angin sepoi-sepoi bahasa meniup meredakan kepanasan kemarau..Amboi!Berpuitis pula hari ni...hehe...Nothing la just hati sedang berbunga-bunga.Berbunga-bunga sebab apa?Kata Dato' Siti Nurhaliza Biarlah Rahsia...Ok la,straight to the point,tengok tajuk pun dah tau kan nak cakap pasal apa.Peranan ibu bapa!

       Ibu dan bapa iaitu dua character yang berbeza.Kalau kita kaji sifat ibu dan bapa totally berbeza.Apa yang berbeza antara mereka ni?Mai sini nak habaq bagi:

       IBU:
  • Seorang wanita(mana ada lelaki jadi ibu kan)
  • Seorang yang sangat penyayang
  • Seorang yang sangat lembut hati dan jiwanya
  • Sensitivitinya sangat la tinggi
  • Walaupun garang tapi semua sekejap ja
  • Kalau kita perhatikan,kalau ibu marah kita buat tak tahu ja kan.
  • Dia tak biarkan kita bersendirian menempuh kesusahan.

       BAPA:
  • Of course seorang lelaki
  • Very tough man
  • Seorang pemerhati yang baik dan tepat
  • Seorang yang agak keras jugak la hati dia
  • Seorang yang garang.
  • Kalau ayah kita marah,semua diam kan.Tak ada seorang pun yang akan melawan
  • Dia tak akan tunjukkan kasih sayang dia terang-terangan dekat anak dia.

        Memang banyak perbezaan antara mereka tetapi ada satu persamaan yang kita tak perasan benda tu.Persamaannya adalah mereka telah diberi amanah oleh Allah untuk menjaga umat Muhammad yang lahir daripada hasil persenyawaan benih mereka.


          Ramai pasangan suami isteri yang diuji oleh Allah tidak mendapat zuriat tetapi ramai juga yang diberi nikmat zuriat tetapi ianya mempersiakan amanah Allah itu.Ramai sekarang kita dengar pasal masalah remaja kan.Antaranya:Remaja lari daripada rumah ikut BF.

          Bila perkara ini berlaku,ibu bapa selalunya menyalahkan anak mereka.Marah anak mereka sampai pukul anak,sepak terajang anak.Anak pun jadi tertekan dengan situasi macam tu.Bila kita buat postmortem balik,perkara ni juga bermula daripada ibu bapa sendiri.

           Bukan nak kata semua ibu bapa tu tak bagus tetapi ada sesetengah tu terus salahkan anak-anak.Antara punca anak buat perkara yang dilarang:

  • Ibu bapa sibuk bekerja
  • Ibu bapa kurang luangkan masa untuk anak-anak
  • Kurangnya didikan agama
  • Kurangnya penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak
  • Sikap ibu bapa itu sendiri
  • Bergaduh dihadapan anak-anak
  • Masalah keluarga
  • Ibu bapa terlalu lepas tangan
  • Ibu bapa tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
            Jangan terus salahkan anak-anak dengan apa yang berlaku kerana semua itu bergantung kepada diri ibu bapa masing-masing.Nabi Muhammad pun pernah bersabda bahawa anak-anak ni umpama kain putih yang suci.Ibu bapa yang perlu mencorakkannya.

              Jika kain putih dicorak indah maka indahlah sikapnya tetapi jika kain putih itu dicorak dengan keburukkan maka lainlah jadinya.Islam pun pernah memberi panduan kepada kita cara untuk mendidik anak-anak:

7 tahun pertama:kita bermain dengannya.
7 tahun kedua:kita mendidik dia(masa itulah sesuai untuk dirotan jika kesalah dibuat)
7 tahun seterusnya:kita jadi sahabatnya.

                In shaa Allah jika ikut cara didikan Islam,corak yang terbentuk amatlah indah.

Anak anugerah Allah,
Ibu bapa sebagai pemegang amanah Allah,
Jalankanlah perintahnya
Kerana Islam mengajar erti sabar dan kehidupan yang sebenar..http://www.youtube.com/watch?v=eB3cMV70qSw

Thursday, 17 January 2013

Anugerah Allah....

          Assalamualaikum..........

        Kebelakangan ni asyilk sibuk ja dengan kerja...Kadang-kadang sampai tak sempat nak tahu perkembangan isu semasa negara kita ni..Ok la,I straight to the point.Anugerah Allah ni sebenarnya banyak untuk kita tambah-tambah dekat kaum Hawa ni.Allah sayang kita ni sampai Allah tak bagi langsung kita bersendirian didunia ni.Buktinya:

               Firstly,when we were born,we have parents.Father and mother as our protector in the world but when we were getting married,we have a husband as our leader in our family.This is a miracle of Allah love to women.Have we concious about it??May be we overlooked about this thing but we need to realize that Allah never leave us alone in this world.

            Allah never said that He want you alone in this world.That's why He gave people who can take care of us,human beings can be guided us and the man who can love us.Don't ever give up with Allah Mercy.When we give up,we will drift astray path and guidance will be gone.Our hearts will feel empty with His guidance.Meaning that,we will choose the wrong path in our life.

              That's why,adanya cinta terhalang dan cinta yang perlu dihalang.Ya la,manakan tak kena halang,keluar rumah dengan BF,pergi sebuah taman bunga dengan berpegangan tangan,berpelukan,bercumbuan dan seangkatan dengannya lah.Dah buat perkara yang Allah larang,mahunya cinta tu tak dihalang.Cinta itu amatlah indah jika kita mengikuti syariat Islam itu sendiri.Arahan Allah pun dah boleh langgar,masakan arahan manusia tak boleh dilanggar..Itulah manusia dan itulah kaum Hawa yang selalu saja hanyut dan leka dengan cinta palsu bersulam dusta.Bila dah putus cinta,HAH!Mula la kata "Dunia ni dah  tak ada ertinya lagi buatku.Biarlah aku mati saja.".Tuptup..."Berita hari esok:Seorang remaja perempuan telah didapati membunuh diri sendiri kerana baru lepas putus cinta.".Haiya!Ini manyak susah owh.Kita sebagai orang yang beragama ISLAM,tak akan buat macam tu.Puus cinta dengan manusia,normal la tu tapi kalau putus cinta dengan Allah,itu totally tak normal..

             Kaum hawa,Allah berikan makhkota kesucian untuk dijaga dan dipersembahkan kepada SUAMI bukan untuk TEMAN LELAKI..Ada faham tak..Kita tercipta daripada tulang rusuk bakal imam kita bukan bakal teman lelaki kita.Apabila kita dijodohkan dengan orang yang telah Allah tetapkan kepada kita,bermakna tulang rusuk imam kita yang selama ini hilang entah kemana telahpun dikembalikan dengan seorang makmum yang telah mengambil tulang rusuk itu sebelum ini.

           Tetapi,sayang seribu kali sayang.Kaum hawa sekarang,sesetengahnya senang sangat serahkan jiwa dan raga serta makhkota kesucian mereka kepada lelaki yang belum lagi menjadi yang SAH buat dirinya.Senang sangat macam longgokkan baju bundle ditepi jalan dekat pasar malam.I'm so sorry to say like this but it is a fact.Saya kadang-kadang rasa macam nak aje pegi tampar kaum hawa yang senang je berpegangan tangan dengan BF dia.EH!Tolong la jangan macam ni.Kita tak murah ok dan jangan bagi nampak kita macam murah sangat.Bila perkara yang tak diingini berlaku like pregnant,mula la nak gugurkanlah apa la.Masa buat tak ingat pula dia punya implikasi dekat diri sendiri.

             Anugerah Allah itu janganlah dipersiakan.Jaga diri,hati dan jiwa kita daripada melakukan perkara yang Allah telah larang.Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun.Bertaubatlah sekiranya telah terlanjur melakukan perkara tersebut.For our Muslimah,don't let yourself be a cheaper woman.Allah sayangkan wanita yang solehah dan mengikuti segala suruhanNya..

CINTA ITU ANUGERAH,ISLAM ITU INDAH.
http://www.youtube.com/watch?v=_FKEg3_NStc

               

Tuesday, 8 January 2013

Ujian Demi Ujian

                                                             Assalamualaikum..:)

      Rasanya macam dah lama kan tak jenguk blog ni..Ntah-ntah dah berhabuk dan bersawang ke apa kan blog ni..Ok la,saya sebenarnya lama tak update blog ni sebab terlalu sibuk dengan tugasan.Assignment semakin banyak bila dah masuk semester akhir di matrik ni..Sebut semester akhir disini,banyak sangat ujian yang Allah berikan untuk kuatkan lagi semangat ni.


       First ujian yang saya terima,Allah uji perasaan dengan ingat kembali kenangan silam yang pernah hampir mencampak diri ini kedalam kelalaian yang melampau.Allah menguji dengan Allah mengingatkan saya kembali kepada dia.Kepada lelaki yang belum lagi halal buat diri ini.Ingatkan saya ingat dekat dia sebagai ingat seorang kawan tetapi semua itu berubah apabila diri ini berseorangan.Sekian lama saya melupakan dia tetapi sekarang dia muncul kembali didalam hati kecil ini.Hidup ini macam tak tentu arah apabila nama dia menjelma di kotak fikiran ni.Hari hari yang saya lalui macam dihantui dengan bayangannya.Rimas!Tersangat rimas!

        One day,saya dah tak tahan dengan gangguan tu.Saya cerita dekat sahabat saya yang paling cool dan tenang ja tengok muka dia.

         "Aku tak tahan la wey.Aku rimas!Dia asyik ganggu aku ja.Aku dah jadi macam orang gila.."

         "Siapa yang ganggu kau ni?Mamat tu lagi ka yang ganggu kau?Dia buat apa,dia call kau ke apa?"

          "Mamat tu la.Dia tak call aku tapi aku tak tau la macam mana aku boleh ingat balik dekat dia.Nak kata aku tengok gambar dia,tak tengok pun,nak tengok FB dia memang lagi tak la.Tolong aku wey."

           "Aku rasa kau kena delete number phone dan gambar dia dalam phone dan laptop kau.Kau ingat ni,tiada cinta insani selagi cinta Allah belum kau capai.Tiada yang boleh jaga kita sebaik mana mak ayah kita jaga kita.Kau pergi ambil wudhuk dan solat taubat.Dekatkan diri dengan Allah dan minta ampun dengan Dia.Tiada cinta yang hebat selain cinta Allah."

            "Astaghfirullahal'azim...Syukran jazilan.Aku dah tak tau nak buat apa tadi tapi sekarang aku dah dapat jalannya."

            "Allah Maha Pengampun."

             Selepas sahaja sahabat saya bagi cadangan tu,saya terus buat apa yang disuruh tu.I'm delete all about him in my life.No more him and no more puppy love,Just have miracle of  Allah love in my life.

             Second ujian yang saya terima,Allah ambil apa yang saya sayang.My lovely cat,Mie was passed away.Saya rasa macam tak mahu hidup dah masa tu.Rasa dunia ni dah gelap bila saya call mak;

              "Assalamualaikum..Mak sihat?Abah sihat?"

               "Waalaikumussalam.Alhamdulillah mak dengan abah sihat.Dah makan ke belum?"

                "Dah makan dah tadi.Mie mana mak.Tidur ke ada dekat luar?"

                "Adik,mak habaq ni adik jangan fikir sangat ya.Adik jangan abaikan pelajaran ya."

                 "Kenapa mak?"

                 "Mie dah tak dak.Mie dah mati pagi tadi pukul 5."

                "Astaghfirullahal'azim..Nak buat macam mana mak.Allah sayangkan Mie.Tak apa,Mie boleh jumpa balik dengan arisya dan ayish dekat sana.Mie mesti rindu dekat adik dan kakak dia kan(air mata mula mengalir laju).Adik redha semua tu.Allah ambil apa yang kita sayang tapi Allah gantinya dengan kebahagiaan."

                3 hari saya menangis tanpa henti.Bila saya buat kerja mesti ingatkan Mie.Saya ingat lagi,masa first day SPM,Mie dan arisya ikut abah hantar saya pergi sekolah.Masa saya nak keluar daripada kereta tu,saya seolah-olah boleh membaca apa yang nak Mie katakan kepada saya.Mie macam nak kata "Kakak buat elok-elok tau.Mie doakan kakak berjaya."

                 Masa gap exam SPM sebelaum ke paper akhir,arisya mati kena langgar kereta.Masa tu semangat saya dah down tapi Mie datang kepada saya  dan Mie jilat air mata yang mengalir dan dia tengok mata saya seolah-olah dia kata "Mie dah redha dengan pemergian arisya.Allah dah letakkan dia di syurga.Kakak jangan sedih ya.Mie kan ada lagi.Mie akan teman kakak.".Masa tu saya rasa tenang.

                 Kini semua tu dah hilang.Hilang bersama semangat yang dulu membara untuk mengejar cita.Mie dah bawa sebahagian semangat ini bersamanya.Setelah berfikir,semuanya ujian Allah.Allah tak akan uji hambaNya jika hambaNya tak mampu untuk tempuhi.Allah tahu diri ini kuat untuk tempuhi ujian tu sebab itu Allah ambil Mie daripada saya.Semangat untuk mengejar cita kini kembali bersama semangat juang untuk mengembangkan ilmu Allah.Sedikit kekuatan dibekalkan untuk tempuhi liku-liku kehidupan demi mencapai redha Allah.Ya Allah,terima kasih atas ujian yang Kau berikan.Kini aku lebih kuat.Terima kasih Allah.

p/s:Allah uji kita kerana Allah sayangkan kita..Jangan merungut atau salahkan Allah dengan apa y

Friday, 4 January 2013

Anak Anugerah Allah

                                                                    Assalamualaikum.

         Lama juga diri ini tak menjenguk blog ni kan..Ok.kita straight to the point.Tengok tajuk pun dah tahu kan apa yang ingin dikatakan oleh beta ni(perasaan nak jadi raja la tu).Firstly,kita semua ni adalah anak.Ada tak dekat sini bukan anak..Angkat kaki kejap.Semua pernah jadi anak dan sekarang ni pun dah ada jadi bapa anak dah.

         Ni nak cerita sikit la.Dulu masa kita semua dilahirkan,orang pertama yang mukanya sebelum tu punya la resah dan gelisah tapi bila dengar ja suara kita menangis,dialah yang paling gembira sekali iaitu ayah kita.Ibu kita yang tadi berperang dengan kesakitan untuk melahirkan umat Muhammad seorang lagi kedunia ni,menangis kegembiraan melihat kita.Biarpun kita ni kurang upaya,mereka masih lagi senyum sebab Allah kurniakan anugerah kepada mereka.Subhanallah!Anak ni sangatlah berharga buat mereka.

        Anak juga banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Contohnya,Allah suruh kita jaga ibu bapa kita bila mereka dah tua.Banyak sangat kes yang kita dengar pasal anak hantar parents mereka kerumah jagaan orang2 tua.Sedih sangat bila kita tengok benda ni berlaku.Ada juga yang kejam,binatang pun tak sekejam tu,bunuh parents sendiri sebab tak puas hati.Astaghfirullahal'azim!Berat sangatkah kita nak jaga ibu bapa kita?Susah sangat ke?Kalau susah,kenapa ibu bapa kita boleh jaga kita?Why?Ibu bapa itu umpama kolam pahala buat kita kalau kita buat baik dengan mereka,jaga mereka.Ibu bapa kita jaga macam menatang minyak yang penuh,beri kasih sayang yang cukup kepada kita but we not see it.Boleh fikir tak kalau ibu bapa kita dulu biar ja kita dekat tepi jalan,dekat tong sampah.Pernah fikir tak?


        Tak kurang juga dengan ibu bapa.Ibu bapa yang dikurniakan anak itu,jagalah anak sebaik-baiknya.Jangan kita sia-siakan anak itu sebab ramai lagi pasangan suami isteri yang lain tak dipilih oleh Allah untuk dikurniakan zuriat.Banyak juga kita dengar kes-kes dera,buang bayi,bunuh bayi.Apabila diri telah tewas dengan nafsu,banyak la benda yang jadi antaranya zina.Bila dah berzina,tengok 2-3 bulan lepas tu "Tahniah Puan,Puan mengandung 2 bulan."Masa tu mula la gelabah.Dah buat tanggung sendiri la.Lepas beberapa,seorang bayi perempuan telah dijumpai dalam sebuah tandas di Perhentian Rehat.....Bayi tu tak ada salah apa pun tapi dia dihukum sebegitu oleh manusia yang tak ada hati perut.Masa buat tak ingat bila dah jadi macam ni baru nak gelabah.

        Anak itu anugerah Allah.Jangan pernah sia-siakan mereka.Anak juga jangan biarkan ibu bapa kita merempat  kerana ibu bapa itu adalah manusia yang paling mulia.Doa ibu bapa yang paling makbul..Jangan sampai ibu bapa kita tutup mata tapi kita berstatus anak derhaka..Jadilah ibu bapa dan anak yang terbaik..:)