Assalamualaikum..:)
Rasanya macam dah lama kan tak jenguk blog ni..Ntah-ntah dah berhabuk dan bersawang ke apa kan blog ni..Ok la,saya sebenarnya lama tak update blog ni sebab terlalu sibuk dengan tugasan.Assignment semakin banyak bila dah masuk semester akhir di matrik ni..Sebut semester akhir disini,banyak sangat ujian yang Allah berikan untuk kuatkan lagi semangat ni.
First ujian yang saya terima,Allah uji perasaan dengan ingat kembali kenangan silam yang pernah hampir mencampak diri ini kedalam kelalaian yang melampau.Allah menguji dengan Allah mengingatkan saya kembali kepada dia.Kepada lelaki yang belum lagi halal buat diri ini.Ingatkan saya ingat dekat dia sebagai ingat seorang kawan tetapi semua itu berubah apabila diri ini berseorangan.Sekian lama saya melupakan dia tetapi sekarang dia muncul kembali didalam hati kecil ini.Hidup ini macam tak tentu arah apabila nama dia menjelma di kotak fikiran ni.Hari hari yang saya lalui macam dihantui dengan bayangannya.Rimas!Tersangat rimas!
One day,saya dah tak tahan dengan gangguan tu.Saya cerita dekat sahabat saya yang paling cool dan tenang ja tengok muka dia.
"Aku tak tahan la wey.Aku rimas!Dia asyik ganggu aku ja.Aku dah jadi macam orang gila.."
"Siapa yang ganggu kau ni?Mamat tu lagi ka yang ganggu kau?Dia buat apa,dia call kau ke apa?"
"Mamat tu la.Dia tak call aku tapi aku tak tau la macam mana aku boleh ingat balik dekat dia.Nak kata aku tengok gambar dia,tak tengok pun,nak tengok FB dia memang lagi tak la.Tolong aku wey."
"Aku rasa kau kena delete number phone dan gambar dia dalam phone dan laptop kau.Kau ingat ni,tiada cinta insani selagi cinta Allah belum kau capai.Tiada yang boleh jaga kita sebaik mana mak ayah kita jaga kita.Kau pergi ambil wudhuk dan solat taubat.Dekatkan diri dengan Allah dan minta ampun dengan Dia.Tiada cinta yang hebat selain cinta Allah."
"Astaghfirullahal'azim...Syukran jazilan.Aku dah tak tau nak buat apa tadi tapi sekarang aku dah dapat jalannya."
"Allah Maha Pengampun."
Selepas sahaja sahabat saya bagi cadangan tu,saya terus buat apa yang disuruh tu.I'm delete all about him in my life.No more him and no more puppy love,Just have miracle of Allah love in my life.
Second ujian yang saya terima,Allah ambil apa yang saya sayang.My lovely cat,Mie was passed away.Saya rasa macam tak mahu hidup dah masa tu.Rasa dunia ni dah gelap bila saya call mak;
"Assalamualaikum..Mak sihat?Abah sihat?"
"Waalaikumussalam.Alhamdulillah mak dengan abah sihat.Dah makan ke belum?"
"Dah makan dah tadi.Mie mana mak.Tidur ke ada dekat luar?"
"Adik,mak habaq ni adik jangan fikir sangat ya.Adik jangan abaikan pelajaran ya."
"Kenapa mak?"
"Mie dah tak dak.Mie dah mati pagi tadi pukul 5."
"Astaghfirullahal'azim..Nak buat macam mana mak.Allah sayangkan Mie.Tak apa,Mie boleh jumpa balik dengan arisya dan ayish dekat sana.Mie mesti rindu dekat adik dan kakak dia kan(air mata mula mengalir laju).Adik redha semua tu.Allah ambil apa yang kita sayang tapi Allah gantinya dengan kebahagiaan."
3 hari saya menangis tanpa henti.Bila saya buat kerja mesti ingatkan Mie.Saya ingat lagi,masa first day SPM,Mie dan arisya ikut abah hantar saya pergi sekolah.Masa saya nak keluar daripada kereta tu,saya seolah-olah boleh membaca apa yang nak Mie katakan kepada saya.Mie macam nak kata "Kakak buat elok-elok tau.Mie doakan kakak berjaya."
Masa gap exam SPM sebelaum ke paper akhir,arisya mati kena langgar kereta.Masa tu semangat saya dah down tapi Mie datang kepada saya dan Mie jilat air mata yang mengalir dan dia tengok mata saya seolah-olah dia kata "Mie dah redha dengan pemergian arisya.Allah dah letakkan dia di syurga.Kakak jangan sedih ya.Mie kan ada lagi.Mie akan teman kakak.".Masa tu saya rasa tenang.
Kini semua tu dah hilang.Hilang bersama semangat yang dulu membara untuk mengejar cita.Mie dah bawa sebahagian semangat ini bersamanya.Setelah berfikir,semuanya ujian Allah.Allah tak akan uji hambaNya jika hambaNya tak mampu untuk tempuhi.Allah tahu diri ini kuat untuk tempuhi ujian tu sebab itu Allah ambil Mie daripada saya.Semangat untuk mengejar cita kini kembali bersama semangat juang untuk mengembangkan ilmu Allah.Sedikit kekuatan dibekalkan untuk tempuhi liku-liku kehidupan demi mencapai redha Allah.Ya Allah,terima kasih atas ujian yang Kau berikan.Kini aku lebih kuat.Terima kasih Allah.
p/s:Allah uji kita kerana Allah sayangkan kita..Jangan merungut atau salahkan Allah dengan apa y
No comments:
Post a Comment