Assalamualaikum...
Petang yang indah,angin sepoi-sepoi bahasa meniup meredakan kepanasan kemarau..Amboi!Berpuitis pula hari ni...hehe...Nothing la just hati sedang berbunga-bunga.Berbunga-bunga sebab apa?Kata Dato' Siti Nurhaliza Biarlah Rahsia...Ok la,straight to the point,tengok tajuk pun dah tau kan nak cakap pasal apa.Peranan ibu bapa!
Ibu dan bapa iaitu dua character yang berbeza.Kalau kita kaji sifat ibu dan bapa totally berbeza.Apa yang berbeza antara mereka ni?Mai sini nak habaq bagi:
IBU:
- Seorang wanita(mana ada lelaki jadi ibu kan)
- Seorang yang sangat penyayang
- Seorang yang sangat lembut hati dan jiwanya
- Sensitivitinya sangat la tinggi
- Walaupun garang tapi semua sekejap ja
- Kalau kita perhatikan,kalau ibu marah kita buat tak tahu ja kan.
- Dia tak biarkan kita bersendirian menempuh kesusahan.
BAPA:
- Of course seorang lelaki
- Very tough man
- Seorang pemerhati yang baik dan tepat
- Seorang yang agak keras jugak la hati dia
- Seorang yang garang.
- Kalau ayah kita marah,semua diam kan.Tak ada seorang pun yang akan melawan
- Dia tak akan tunjukkan kasih sayang dia terang-terangan dekat anak dia.
Memang banyak perbezaan antara mereka tetapi ada satu persamaan yang kita tak perasan benda tu.Persamaannya adalah mereka telah diberi amanah oleh Allah untuk menjaga umat Muhammad yang lahir daripada hasil persenyawaan benih mereka.
Ramai pasangan suami isteri yang diuji oleh Allah tidak mendapat zuriat tetapi ramai juga yang diberi nikmat zuriat tetapi ianya mempersiakan amanah Allah itu.Ramai sekarang kita dengar pasal masalah remaja kan.Antaranya:Remaja lari daripada rumah ikut BF.
Bila perkara ini berlaku,ibu bapa selalunya menyalahkan anak mereka.Marah anak mereka sampai pukul anak,sepak terajang anak.Anak pun jadi tertekan dengan situasi macam tu.Bila kita buat postmortem balik,perkara ni juga bermula daripada ibu bapa sendiri.
Bukan nak kata semua ibu bapa tu tak bagus tetapi ada sesetengah tu terus salahkan anak-anak.Antara punca anak buat perkara yang dilarang:
- Ibu bapa sibuk bekerja
- Ibu bapa kurang luangkan masa untuk anak-anak
- Kurangnya didikan agama
- Kurangnya penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak
- Sikap ibu bapa itu sendiri
- Bergaduh dihadapan anak-anak
- Masalah keluarga
- Ibu bapa terlalu lepas tangan
- Ibu bapa tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
Jangan terus salahkan anak-anak dengan apa yang berlaku kerana semua itu bergantung kepada diri ibu bapa masing-masing.Nabi Muhammad pun pernah bersabda bahawa anak-anak ni umpama kain putih yang suci.Ibu bapa yang perlu mencorakkannya.
Jika kain putih dicorak indah maka indahlah sikapnya tetapi jika kain putih itu dicorak dengan keburukkan maka lainlah jadinya.Islam pun pernah memberi panduan kepada kita cara untuk mendidik anak-anak:
7 tahun pertama:kita bermain dengannya.
7 tahun kedua:kita mendidik dia(masa itulah sesuai untuk dirotan jika kesalah dibuat)
7 tahun seterusnya:kita jadi sahabatnya.
In shaa Allah jika ikut cara didikan Islam,corak yang terbentuk amatlah indah.
Anak anugerah Allah,
Jalankanlah perintahnya
Kerana Islam mengajar erti sabar dan kehidupan yang sebenar..http://www.youtube.com/watch?v=eB3cMV70qSw
.jpg)
No comments:
Post a Comment