Thursday, 28 February 2013

GILA

Assalamualaikum..
   
        Rasa lama tak update content dalam blog ni kan..Lama juga tak mengemas blog ni..Ok la,kita  kadang-kadang ada tengok orang yang berjalan sorang-sorang ditengah panas yang terik lepas tu cakap sorang-sorang,mesti ada yang didalam hati korang tu kata "Mamat ni gila ke apa,cakap sorang-sorang tengah panas terik ni."..Ada tak yang cakapa sebegitu didalam hatinya bila nampak situasi sebegini.Kalau ada sila tolak hidung mak dekat sebelah.


         Gila ni sebenarnya banyak bahagiaan dia.Ingat gila wayar putus je ke,banyak sebenarnya gila ni.Antaranya:

  • Gila atau tidak waras.
  • Gila dunia
  • Gila cinta
  • Gila hiburan
  • Gila maksiat

  1. Gila atau tidak waras

         Gila atau tidak waras ni selalunya terjadi apabila seseorang itu berada dibawah tekanan hidup yang terlalu kuat sehingga menyebabkan dirinya bertindak diluar kawalan manusia.Gila sebegini boleh sembuh dengan kaedah saintifik iaitu ubat-ubatan dan dengan izin Allah juga.


   2.Gila dunia

          Gila dunia ni adalah gila yang paling parah dan kronik sebab tiada kaedah dan ubat-ubatan saintifik yang boleh menyembuhkan penyakit gila ini.Gila dunia ni amat kronik kerana dia hanya sukakan dunia dan membenci akhirat.Hanya ada satu cara yang boleh mengubati gila ini iaitu dengan kaedah spiritual.Terapi Al-Quran dan sunnah amat mujarab untuk mengubati penyakit ini.

3.Gila cinta

             Gila ni ada ubat dia yang tersendiri.Cinta pun ada beberapa bahagian.Antaranya:


  • Cinta manusia 
  • Cinta Allah
  • Cinta Syaitan

Pasal cinta saya dah cerita pada entry blog saya pada suatu ketika dahulu.So,kalau nak tau pegi la cari entry tu balik ye..hee...Ok,gila cinta ni sebenarnya tak teruk sangat condition dia tapi akan teruk kalau tak reti nak handle cinta tu.Ubat dia senang ja,berzikir dan baca Al-Quran terus lega dari penyakit gila ni.Jangan terjebak dengan cinta yang haram ok..

4.Gila hiburan dan maksiat.

                 Gila ni agak parah dan kronik kalau kita tak kuat iman dan tiada pegangan agama yang kukuh.Sekarang ni,banyak sangat kita tengok malah kita sendiri pun lebih utamakan hiburan daripada ambil tahu pasal agama kita. Banyak sangat hiburan pada hari ni,dengan gangnam style nya,dengan K-POP nya..Apa-apa pun jangan sampai lalai daripada ingat Allah.

                  Gila maksiat ni pun satu lagi cerita.Haiyoo!Please don't like that la..Kita ada Allah,Rasul,Al-quran dan sunnah untuk dikuti dan ditaati.Kenapa perlu membuat perkara yang dilarang sama sekali oleh Mah Pencipta kita..Al-quran dah sebut "jangan kamu sesekali menghampiri zina"..Rasulullah disaat kewafatan baginda,apa yang baginda "Ummati..Ummati..Ummati..".Tengok bertapa sayang dan kasihnya Rasulullah pada kita tapi apa yang kita balas pada baginda.Cuba fikir dan renung sedalam-dalamnya..


Cukup la kot noh,saya dah merepek jauh ni..hehe..Apa-apa pun yang baik daripada Allah dan yang kurang daripada diri saya sendiri..Allahuakbar!IM4 Gaza! 




No comments:

Post a Comment