Thursday, 29 November 2012

Why Israel attack Palestine?

                       Kita sekarang ni digemparkan dengan serangan Israel keatas Palestine.Macam-macam Israel buat untuk hancurkan Islam dan menguasai dunia.Matlamat Israel lakanatullah ni satu ja,nak jadikan dunia ni milik mereka dan ingin semua umat manusia ikut ajaran mereka.Ada persoalan timbul dibenak hati ini..

Why Israel attack Palestine?
Why they not attack another country such as Malaysia?

Jawapan untuk first question adalah sebegini:
Palestine sangat terkenal dengan pejuang-pejuang mereka yang sangat taat kepada Allah dan pendirian mereka yang teguh serta tetap.Walaupun mereka disogok dengan kebendaan,ditawarkan nilai dunia,itu semua bukan makanan mereka.Makanan mereka adalah zikir,selawat,solat dan sebagainya.Adakah kita pernah dengar berita sebelum ni:Seorang rakyat Palestine meninggal dunia kerana memandu dibawah  pengaruh alkohol?Adakah sebelum ini kita pernah dengar bahawa Seorang rakyat Palestine telah dimasukkan kedalam pusat serenti kerana menghisap dadah?Ada kita dengar semu itu?

Mereka tak layan la semua kebendaan didunia ni.Kebahagiaan didunia ni hanya sementara yang kekal adalah kebahagiaan diakhirat.Mereka kuat pada pegangan agama.Cukup Allah dan Rasul buat mereka.Mereka tak ada rasa nak melanggar atau mengingkari suruhan Allah.Hati mereka sangat kuat dan tabah melalui semua ni.Mereka tak pernah nak salahkan Allah atas kejadian yang berlaku sekarang.Allah uji mereka kerana Allah sayang sangat dekat mereka.Mereka sanggup pertahankan maruah agama ISLAM walaupun nyawa jadi gantinya.Jika mereka berperang hanya ada 2 sahaja matlamat:

1.Pulang dengan kemenangan.
2.Syahid!

Jawapan untuk second question:
Aih!Sedih sangat tengok rakyat Malaysia sekarang ni.Dah miskin.Tau kenapa saya kata miskin?Ya la,keluar pun bagi yang perempuan pakai baju kain tak cukup.Nak beli baju pakai kain langsir.Ada juga yang pakai baju macam tak pakai baju sebab tak ada duit nak beli kain untuk tutup tempat-tempat yang sepatutnya.Macam-macam la hangpa ni.Allah dah suruh tutup aurat tu sebab kita ni orang perempuan special tau tak.Kalau orang lelaki tengok kita terus cair hati tu.Tak payah nak tunggu tengok lama-lama,lalu nampak bayang pun dah tergedik-gedik dah.Mau Israel tak serang sebab mereka dah berjaya serang psychology kita.Israel tengok memang gelak berguling-guling macam filem hindustan tau.

Ni satu lagi,nama ja Islam tapi cara hidup tak macam orang Islam.Sorry to say but it is real.Cara hidup yang penuh dengan kegelapan.Tengok sebelah kiri pegang botol arak,bila tengok sebelah kanan plak tengah bercumbuan.Malam merdeka,merempit atas jalan raya lepas tu esok keluar la berita:Pelajar tingkatan 5 meninggal kerana lumba moto di atas track haram.Moto tu Jepun buat elok dah tu,bagi tayar dua tapi dok pandai depa tu la,buat tayar satu.Samapi Jepun pun garu kepala macam mana depa naik dengan tayar 1.Kes zina tak payah dok kata la,macam trend plak tu.Saya cakap ni untuk semua..Tak kira la hang raja ka,PM ka,MB ka,Parlimen ka,Adun ka,kita semua sama ja.Manusia yang akhirnya akan menghadap Allah serta kita ni semua hambaNya.Event you are the important people in your country,kita semua adalah sama saja.Yang membezakan kita adalah amalan kita.Faham tu!Tak ada nah,seorang raja buat dosa tapi Allah kata tak apa hang raja aku tak tulis aih dosa hang...Tak dak dalam Al-Quran.Kalau hang buat dosa pun,malaikat akan tulis juga walaupun hang PM.Saya tak kata kat sesiapa but its true.Bukan saya nak kata yang semua yang berjawatan tinggi dalam negara ni semua tak bagus.Kena faham tu.Jangan putar belitkan fakta.

Orang Palestine hilang anak sebab perang tapi orang Malaysia hilang sebab buang.Please back to our Creator.Allah never let His slave alone.His always with us.Kenapa perlu berzina sedangkan yang halal masih ada?Kenapa nak try dulu sedangkan lepas nikah pun ada?

Rakyat Palestine perlukan doa kita untuk terus berjuang..Berdoalah untuk mereka agar Islam terus terpelihara daripa Israel serta sekutunya.

Please save Palestine with our prayer.They need our prayer.Save Palestine and Islam.Allahuakbar!


Friday, 16 November 2012

Haruman Masyitah....


                Di antara mereka yang beriman dengan dakwah dan seruan Nabi Musa a.s. ialah keluarga Masyitah dan suaminya Hazaqil.Hazaqil adalah salah seorang pegawai yang amat dipercayai Fir'aun dan Masyitah pula ialah penyisir rambut anak Fir'aun.Mereka amat taat dan beriman kepada Allah S.W.T..Namun mereka berjaya merahsiakan ketaatan mereka terhadap Allah S.W.T dari pengetahuan Fir'aun.

                  Suatu hari telah berlaku satu perdebatan hebat antara Fir'aun dengan Hazaqil.Ketika itu Fir'aun sedang menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang ahli sihir yang menyatakan  keimanannya terhadap ajaran Nabi Musa a.s. dan Hazaqil telah menetang hukuman itu dengan keras.Fir'aun lantas menjatuhkan hukuman matike atas Hazaqil.Hazaqil menemui ajalnya dengan tangan terikat pada pohon kurma dan tubuhnya penuh ditembusi anak panah.Isterinya,Masyitah,amat sedih di atas kematian suami yang amat dicintainya itu.

                   Setelah kematian suaminya,Masyitah selalu dirundung kesedihan.Tiada lagi tempat untuk dia mengadu nasib kecuali kepada anak-anaknya yang masih kecil.Suatu hari,Masyitah mengadukan nasibnya kepada Asiah.Di akhir perbualan mereka,Asiah menceritakan keadaan dirinya yang sebenarnya,bahawa diapun menyembunyikan ketaatanya dari Fir'aun.Barulah keduanya menyedari bahawa mereka sama-sama beriman kapada Allah SWT dan Nabi Musa a.s.

                     Pada suatu hari,ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir'aun tanpa sengaja sisirnya terjatuh ke lantai.Tanpa disangka-sangka,saat memungutnya Masyitah berkata:"Dengan nama Allah,binasalah Fir'aun."

                     Mendengar ucapan Masyitah itu,puteri Fir'aun merasa amat marah lalu mengancam akan melaporkannya kepada ayahandanya.Masyitah sedikit pun tidak merasa gentar dengan ancaman itu.Akhirnya Masyitah dipanggil oleh Fir'aun.Ketika menghadap Fir'aun,pertanyaan pertama yang diajukan kepadanya ialah "Betulkah kamu telah mengucapkan kata-kata penghinaan terhadapku,sebagaimana yang disampaikan oleh anakku?Dan siapakah Tuhan yang engkau sembah selama ini?" "Betul,Baginda Raja yang zalim.Tiada Tuhan selain Allah yang sesungguhnya menguasai  segala alam dan isinya."Jawab Masyitah dengan berani.

                       Fir'aun menjadi murka.Dia memerintahkan para pengawalnya untuk memanaskan minyak didalam sebuah kuali besar.Ketika minyak itu mendidih,pengawal kerajaan memanggil orang ramai untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan pada Masyitah.Sekali lagi Masyitah dipanggil menghadap Fir'aun.Kemudian Masyitah diberi pilihan.Jika  dia ingin selamat bersama kedua-dua anaknya dia harus menginkari Allah dan mengaku bahawa Fir'aun adalah Tuhan yang patut disembah.Jika Masyitah ingakar dengan suruh Fir'aun itu,maka Masyitah dan kedua-dua anaknya akan dimasukkan ke dalam kuali yang sedang mendidih minyaknya.

                       Masyitah tidak mahu menyerah kalah.Dia tidak akan tunduk dibawah perintah Fir'aun dan tetap akan mempertahankan  imannya.Kemudian Masyitah membawa kedua-dua anaknya menuju ke arah kuali  yang panas itu namu dia kelihatan agak ragu-ragu apabila melihat kedua-dua anaknya itu.Dengan takdir Allah SWT yang Maha Kuasa ,anak yang masih menyusu itu berkata "Jangan bimbang wahai ibuku.Ini kerana kita semua akan memperolehi ganjaran yang hebat daripada Allah SWT.Pintu syurga akan terbuka luas menunggu kedatangan kita."

                         Lantas,tanpa sedikit pun rasa takut,Masyitah terus terjun ke dalam kuali berisikan minyak yang sedang mendidih itu bersama kedua-dua anaknya.Tiada sebarang tangisan atau jeritan yang keluar dari mulut mereka.Tiba-tiba satu keajaiban telah berlaku.Minyak yang sedang mendidih itu telah mengeluarkan haruman yang semerbak.


                         Demikianlah kisah Masyitah.Semoga muslimah sekalian mengambil hikmah dan mengikuti jejak keduanya,meninggal didalam keadaan teguh menggenggam kalimah Tauhid.La ilaha illallah,Muhammad Rasulullah!Allahuakbar!

Tuesday, 13 November 2012

Khaulah...Pejuang Misteri Itu.....Part 3

               Maka Rafik pun memilih 100 tentera berkuda Islam yang gagah berani dan bersiap sedia untuk berangkat.

             Sejurus setelah berita ini sampai kepada pengetahuan Khaulah dengan pantas dia mengambil senjatanya dan menunggang kudanya untuk menemui panglima Khalid bin Al-Walid.Khaulah pun berkata:"Wahai panglima tentera Islam!Aku meminta atas nama Muhammad,penghulu sekalian manusia supaya engkau mengizinkan aku pergi bersama-sama tentrera yang akan berangkat itu."

               Khalid pun memanggil Rafik:"Engkau telah menyaksikan betapa berani pejuang ini walaupun dia seorang wanita.Benarkanlah dia pergi menyertaimu!"Rafik pun bersetuju dan Khaulah pun berangkat menyertai Rafik dan tentera-tenteranya.Mereka telah berkhemah di salah sebuah lembah di negeri Salamiyah bernama Lembah Kehidupan.

               Sedang mereka berehat di situ,terlihat oleh mereka debu-debu dari tapak-tapak kuda yang sedang bergerak tidak jauh.Tentera Islam pun bergegas mengekori mereka dari belakang.Mereka mula menerkam tanpa sedikit pun disangka oleh askar-askar musuh.Berlaku satu pertempuran sengit.Tidak lama kemudian,tentera-tentera Islam telah berjaya membunuh  semua askar-askar musuh itu dan berjaya membebaskan Dhirar bin Al-Azwar yang telah ditawan oleh pihak musuh.betapa gembiranya Khaulah ketika itu.Dia terus memeluk saudaranya itu dan mengucapkan selamat kepadanya sedang dirinya masih berlumuran darah.

                Ada sesetengah riwayat mengatakan bahawa ketika berlakunya pertempuran Sahura di Syam,Khaulah pernah ditawan oleh pihak musuh bersama-sama beberapa orang kaum wanita.Di khemah tawanan,Khaulah telah membina semangat wanita-wanita yang ditawan itu.Suatu hari dia telah berdiri dihadapan wanita-wanita itu dan berkata kepada mereka:"Wahai puteri-puteri Himyar,wahai sisa-sisa Tubbak!Apakah kamu rela diri kamu dipermainkan oleh tentera Rom ini kemudian anak-anak kamu pula dijadikan hamba oleh mereka?Di mana keberanian kamudan dimana kebijaksanaan kamu yang selalu diucapkan oleh suku kaum Arab?Aku dapati kalian sudah tidak punya semangat dan kehormatan diri lagi.Aku rasa mati adalah lebih baik dan lebih kurang bahayanya dari apa yang kamu hadapi sekarang ini kerana kamu akan dijadikan alat untuk berkhidmat kepda tentera Rom yang ganas itu."

                  Setelah itu,seorang wanita bernama Afraa' binti Ghafir Al-Himyariyah telah bangun dan berkata:"Demi Allah,memang benar apa yang kau ucapkan tadi,wahai puteri Al-Azwar!Kita memang telah hilang segala kebneranian dan kepintaran.Kita telah diperdayakan oleh pihak musuh kerana kita tidak punya sebarang senjata."

                   Khaulah berkata lagi:"Wahai puteri-puteri Tubbak!Ambillah kayu-kayu khemah dan tiang-tiangnya.Kita hentamkan mereka orang-orang jahat itu.Semoga Allah akan menolong kita dan kita bebas dari celaan orang-orang Arab."

                    Maka Afraa' binti Ghifar pun berkata:"Demi Allah,apa yang kau syorkan itu adalah paling baik sekali,wahai Khaulah!"

                   Kemudian Afraa' pun mengangkat sebatang kayu dari khemah-khemah itu dan menjerit sekuat hatinya.Khaulah juga turut mengangkat sebatang kayu dan meletakkanya dibelakangnya.Kemudian wanita-wanita yang lain juga turut memegang sebatang kayu seorang.

                     Khaulah berkata kepada mereka:"Kita semua mesti berkumpul dan jangan berpecah.Buat satu bulatan dan jangan keluar dari bulatan itu.Apa yang kita harus lakukan ialah menghancurkan semua senjata musuh dan mematahkan semua pedang-pedang mereka."

                     Khaulah dan wanita-wanita itu semuanya mula menggempur dengan sehebat-hebatnya sehingga mereka terlepas dari tawanan itu.Khaulah binti Al-Azwar telah membuktikan kehebatannya yang luar biasa di dalam pertempuran dan perjuangan.Khaulah telah bersyair setelah selesai pertempuran Sahura itu:

                      Kamilah puteri-puteri Tubbak dan Himyar
                      Peperangan kami dengan kaum itu tidak boleh diingkari
                      Lantaran kami dalam peperangan
                      Laksana lidah api yang bernyala
                      Hari ini kamu akan merasakan seksa yang besar sekali


                     Khaulah tidak berhenti bertempur di sini saja.Malah dia juga bertempur di dalam Peperangan Marj Dabik di mana saudaranya Dhirar sekali lagi menjadi tawanan musuh.Kemudian dia bertempur lagi di dalam peperangan Antakia bersama kaum muslimin sehingga mereka mencapai kemenangan yang gilang gemilang.

                     Seterusnya Khaulah juga turut serta didalam penaklukan Mesir sehingga namanya menjadi terbilang dan disebut-sebut oleh wanita-wanita Arab dan kaum lelakinya.Dia terus menjadi seorang pejuang Islam yang menyertai pelbagai peperangan sehinggalah menemui ajalnya ketika dibawah pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a Khaulah telah meninggalkan nama yang harum mewangi,yang keharumannya akan dapat dirasai oleh kita semua sepanjang zaman.


Riwayat Bidadari Syurga.

       

Khaulah....Pejuang Misteri itu....Part 2

             Kemudian tentera muslim berkumpul dan menggempur sisa-sisa tentera Rom sekali lagi.Amir Tufail telah mengatakan bahawa dia telah berada di kanan Khalid bin Al-Walid sedang Khaulah berada di barisan hadapan sekali.Khaulah telah membantu dengan menghuru-harakan barisan hadapan tentera Rom dengan serangan demi serangan.

            Khaulah terus bertempur diatas kudanya sambil mencuba sesekali menjauhi bulatan pertempuran,menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari saudaranya.Namun setiap kali itu,dia gagal menemui saudaranya.Apabila pertempuran berakhir dan kedua tentera berpisah di antara satu sama lain,Khaulah telah bertanya setiap tentera Islam itu tetapi tiada seorang pun yang terlihat atau terpandang saudaranya itu.

            Khaulah merasa amat kecewa lalu menangis sekuat hatinya dan berkata:"Wahai abangku!Dimanakah kamu berada ketika ini?Di tanah gersang manakah mereka telah meninggalkanmu dan bagaimanakah mereka telah membunuhmu?Wahai abangku!Adikmu telah datang untuk menebusmu!Jika aku tahu dimana,aku akan datang untuk membebaskan kamu dari tangan musuh-musuhmu.Wahai nasib,apakah dapat lagi untukku menatap wajahmu?Apakah kau telah memilih untuk bersama ayahmu yang terbunuh ketika mempertahankan Rasulullah SAW?Kalau benar begitu,aku ucapkan selamat jalan kepadamu dan terimalah salam dariku hingga kita bertemu lagi di hari pertemuan nanti!"

            Mereka yang berada disekelilingnya turut terharu mendengar rayuan Khaulah itu sehingga mengalirkan airmata termasuk Khalid.

          Di dalam keadaan mereka yang sedang berduka itu,kelihatan sepasukan kecil dari tentera Rom sedang menuju ke arah mereka.Tentera Islam pun bergegas ke arah mereka dan mendekati mereka.Setelah mendekati mereka,didapati semua askar-askar Rom itu telah melucutkan peralatan perang mereka.Mereka telah menyerah kalah dan meminta perdamaian daripada panglima Islam Khalid bin Al-Walid.Mereka berasal dari Hims(Lebanon) dan telah melarikan diri dari tentera Rom dibawah pimpinan Wardan.Khalid menjawab bahawa tidak akan berlaku sebarang perdamaian sehingga kaum muslimin dapat menawan negeri mereka.Dia juga telah bertanya sama ada mereka mengetahui tentang seorang tentera Islam yang telah menjadi tawanan Wardan.Tentera Rom itu memberitahu Khalid bahawa tentera Islam itu telah membunuh ramai tentera-tentera Rom dan juga anak kepada panglima mereka dan askar Islam itu sekarang di dalam tawanan Wardan.Dia telah dibawa ke Hims untuk dihadapkan kepada Raja.

         Setelah mendengar kata-kata tentera Rom itu,Khalid telah memanggil Rafik dan berkata kepadanya:"Aku tahu kau adalah orang yang paling memahami tentang perjalanan.Engkau adalah satu-satunya yang bijak dengan tipu helah dan menyusun langkah.Pilihlah siapa saja yang engkau kehendaki dan segeralah engkau mengejar mereka yang sedang pulang ke Hims itu.Semoga engkau dapat menjejaki mereka dan membebaskan tentera kita dari tawanan askar-askar musuh.Kalau engkau berjaya,maka suatu penghormatan besar akan diberikan kepadamu."

                          

             

Sunday, 11 November 2012

Khaulah..Perjuang Misteri Itu Part 1

         Khaulah binti al-Azwar Al-Kindi seorang wanita berani,mempunyai sifat dan semangat pejuang yang tinggi dan cekap menunggang kuda.Ayahnya Al-Azwar adalah seorang pahlawan  yang terbunuh sewaktu mempertahankan Rasulullah SAW.Saudaranya pula ialah Dhirar bin Al-Azwar,seorang penunggang kuda yang terkenal.Khaulah dibesarkan di dalam keluarga mulia yang berani dan berwibawa.Maka tidak hairan jika sifat-sifat ini telah diwarisi oleh Khaulah.

          Suatu hari Khaulah telah keluar bersama saudaranya untuk menyertai tentera kaum Muslimin di bawah pimpinan Panglima Khalid bin Al-Walid.Mereka sedang menuju Syam untuk menakluki negeri itu.Khaulah telah turut serta di dalam pertempuran itu.


          Ketika pertempuran berlaku,panglima Khalid bin Al-Walid sedang memerhatikan seorang tentera berkuda yang tinggi dan cekap menunggang kuda kuda.Orangnya tinggi dan tiada apa kelihatan di wajahnya melainkan kedua matanya sahaja.Dia telah menutupi seluruh tuduhnya dengan kain hitam dan kepalanya terdapat serban hijau yang dilabuhkan hingga ke paras dada.Dia selalu berada di hadapan,bertarung dengan lelaki yang melawan musuh dengan penuh keberanian.Tiada siapa yang menyangka dia seorang wanita.


          Khalid merasa amat kagum dengan pejuang handalan itu.Dia bertanya kepada pejuang-pejuangnya siapa gerangan penunggang kuda yang gagah berani itu.Khalid melihat pejuang berkuda itu menerkam tentera-tentera Rom ibarat api yang sedang membara dan merobohkan pertahanan musuh sehingga tidak tersusun lagi pertahanan mereka.Sejurus kemudian lembaga itu hilang dari pandangan Khalid.Tidak lama selepas itu dia menjelma semula dalam kumpulan yang sedang bertempur itu dengan lembing di tangannya berlumuran darah,melawan terus askar-askar musuh dengan begitu berani dan bersemangat.Khalid merasa kagum melihatnya.Hatinya berkata,entah berapa ramai askar Rom yang terkorban di tangan pejuang berkuda ini.


         Pejuang berkuda ini menarik perhatian ramai.Salah seorang daripadanya ialah seorang pejuang bernama Rafik yang menyangkakan si pejuang berkuda itu ialah panglima Islam,Khalid bin Al-Walid.Lalu Rafik pun bertanya kepada Khalid siapa gerangan pejuang berkuda yang gagah itu.

  
         Berkata Khalid:"Demi Allah,aku pun dari tadi lagi memerhatikan pejuang berkuda itu.Aku sendiri tidak kenal,siapakah dia?Aku sungguh terharu dengan keberaniannya itu."

         Rafik pun berkata:"Sesungguhnya dia itu telah menjerumuskan dirinya ke dalam barisan askar-askar Roman dan terus menikam saja ke kanan dan ke kiri."


        Kemudian Khalid memberi arahan:"Wahai kaum muslimin!Satukan pasukan kamu dan bantulah si pejuang yang mempertahankan agama Allah itu!"


       Dengan pantas tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid itu bergerak untuk membentuk satu pasukan dan mendekati pejuang berkuda itu.Pejuang itu merasa kagum diatas kerjasama yang diberikan dan semakin bersemangat untuk terus menggempur askar-askar musuh itu.Tentera Rom cuba mengejar pejuang itu dari belakang.


       Tiba-tiba,pejuang itu berpatah balik dan menggempur mereka dengan kuat sehingga tentera-tentera Rom itu rebah satu persatu.Khalid dan tenteranya pula muncul dari belakang dan memberi tentangan yang begitu sehingga semua tentera Rom dapat ditewaskan.Pertempuran itu selesai dengan pihak Islam mendapat kemenangan yang besar.


       Apabila pejuang berkuda itu kemabali ke barisan kaum Muslimin dengan seluruh tubuhnya berlumuran darah,Khalid bin Al-Walid segera menyambutnya dengan berkata:"Semoga Allah memberkati susu yang kau minum dari ibumu sebagai seorang pejuang yang mengorbankan dirinya di jalan Allah dan menunjukkan keberaniannya di muka musuh!Siapa kau yang sebenarnya?Bukanlah kain tutup di mukamu!"


       Pejuang itu yang merasa amat malu tidak berkata sepatah apa pun segera memalingkan kudanya.Salah seorang daripada pejuang Islam itu telah mengesyorkan agar pejuang itu memberitahu saja namanya,namun dia tetap mendiamkan diri.Khalid yang telah hilang sabar menerpa di belakang pejuang itu seraya menjerit ke arahnya:"Biadab kau!Kau telah menimbulkan kegelisahan di hati orang ramai dan hatiku pun tidak tahan lagi.Lebih baik kau mengatakan siapa kau sebenarnya?"


       Setelah melihat Khalid seakan-akan marah kepadanya,maka si pejuang berkuda itu pun berkata dari balik hijabnya.Kedengaran oleh semua suara seorang wanita.


       "Aku tidak memalingkan muka daripadamu melainkan kerana terasa malu kepadamu,"kata suara wanita itu."Wahai panglima,kau adalah seorang yang mulia dan besar kedudukan,sedang aku seorang perawan rumahtangga dan aku wanita yang selalu bertutup."


      Khalid hairan mendengar suara wanita itu dan merasa sayu.Dia lalu menyoalnya lagi dengan nada yang lembut:"Namun siapakah kamu ini?"


      Wanita itu menjawab:"Aku Khaulah binti Al-Azwar.Aku sedang bersama sekumpulan wanita,kemudian telah datang kepadaku suatu perkhabaran bahawa saudaraku Dhirar telah ditawan oleh pihak musuh.Maka terus aku menunggang kudaku untuk turut serta di dalam petempuran dan lakukan apa yang telah akulakukan sebentar tadi."


       Khalid merasa kagum dan memuji Khaulah diatas keberaniannya bertempur dan keikhlasannya terhadap saudaranya.Lalu Khalid pun berkata kepada Khaulah:"Kita akan menggempur musuh sekali lagi selepas ini dan aku berharap daripada Allah,agar kita dapat mencari saudaramu supaya kau dapat membebaskannya."

Apa Tujuan Kau?


           "Sebenarnya,apa tujuan kau?Tak cukup lagikah dengan apa yang kau buat dekat aku dulu,"pertanyaan Zulaikha bercampur sedikit kemarahan.


            Siti Nur Zulaikha Jasmine,seorang yang lemah lembut dan berpakaian yang agak serabut.Seorang student Akaun yang sering dibuli oleh rakan-rakannya terutama musuh nombor satunya.Seorang anak nelayan dan mempunyai 5 orang adik-beradik.Student pintar di sekolahnya dan sering menjadi sebutan para guru disitu.

             "Kau ni kan ,selalu buli aku kenapa?Aku tak kacau kau pun,"tanyanya kepada Khushairi.

             "Ala,bukan apa pun..Aku saja ja nak gurau-gurau dengan kau.Lagipun mana ada senduk,aku nak kacau kau kan,"gelak si Khushairi membuatkan Zulaikha bertambah geram kepadanya.

              Hafiz Khushairi Danial,seorang student yang nakal dan sering menjadi buruan setiap wanita di sekolah itu.Dia juga menjadi buruan cikgu disiplin disekolah itu kerana sering membuat masalah.

             "Awak....Awak..Awak nak no fon saya tak?"mula ayat nak masuk jarum.Khushairi sering menjadikan budak-budak junior sebagai mangsanya untuk bersuka-ria.

               "Boleh juga abang Khushairi,"dengan nada yang gatal budak form 2 ni pun menggedik dengan si Khushairi yang dasar buaya darat ni.

                "014-4444444 tekan tekan tak dapat..Kau ingat aku nak bagi ke nombor fon aku dekat kau.Tak nak la aku dekat perempuan gedik macam ni..Geli la aku..Abang(nada mengajuk)...Eeee...Geli aku la.."sambil membuat muka menunjukkan perasaannya yang geli itu.

             Dalam perjalanan ke kelas,Zulaikha yang sedang mencari sesuatu didalam pencil case nya telah di kepung oleh musuh utamanya,Khushairi.

            "Hai!Cari apa tu si rabun?Kau ni kan dah tau rabun tu dah teruk,pegi la tambah power spect tu.Hahaha...."gelak besar.

           "Kau ni selalu kacau aku tau.Aku tak suka la.Aku tak pernah cari pasal pun dengan kau,"mukanya mula menunjukkan meluat dengan sikap Khushairi.

           "Kau ni sombong la..Aku nak kawan dengan kau ja pun.Bukan nak buat apa-apa pun."sambil mengangkat keningnya.

           "Kalau kau nak kawan dengan aku sebab senang la kau nak tiru aku kan.Dah la,tepi sikit aku nakbalik kelas,"tolak Khushairi ke tepi.

          "Eh!Minah ni.Dah la tak padan dengan rabun lepas tu tolak aku plak tu,"rungut Khushairi sambil cekak pinggangnya.

          Selepas SPM,diadakan majlis perpisahan bersama pelajar tingkatan 5 di dewan sekolah mereka.Ramai pelajar hadir ke majlis itu dan mengenakan pakaian yang cantik.Ada yang berpakaian tradisional Melayu tak kurangnya juga dengan yang mengenakan sari.Pelbagai persembahan yang dibuat oleh pelajar tingkatan 5.

        "Kau tengok si rabun tu,macam badut,"gelak Khushairi dan rakan-rakannya.

        "Aku ada satu idea!"kata rakannya sambil menarik Khushairi untuk membisik ke telinganya.

        "Bagus idea tu.Jom kita mulakan,"sambil senyum sinis.

          Khushairi dan rakannya mula mengatur rancangan.

        "Awak..Saya nak cakap sesuatu dengan awak ni,"kata Khushairi dalam nada yang lembut.

       "Apa kau nak cakap dengan aku ni.Cepat la!"meluat dengan Khushairi.

       "Saya cintakan awak"katanya lagi.

       Sambil menghulurkan sekuntum bunga kepada Zulaikha.Baru sahaja Zulaikha ingin mengambil bunga itu,Khushairi melemparkan bunga itu ke muka Zulaikha dan semua pelajar melihat ke arahnya.

      "Hahaha...Kau ingat aku cintakan kau betul-betul ke.Aku tak nak la bini aku nanti serabut macam kau,"gelak besar Khushairi dengan rakan-rakannya terhenti.

       Pang!!!Satu tapak tangan hinggap dipipinya.

      "Aku ada maruah dan harga diri.Aku tak akan pilih lelaki yang perangai macam ni.Aku mungkin serabut,senang nak buli tapi aku punya harga diri tak mudah untuk dicuri oleh lelaki macam kau.Terima kasih sebab buat aku macam ni."kata-katanya teriring dengan air mata dan berlalu pergi.

      Tamparan itu membuatkan Khushairi tersedar kesilapannya .Dia mula menyesali dengan apa yang berlaku dan mengejar kembali Zulaikha yang sudah berlalu pergi.

     Beberapa tahun selepas itu,Zulaikha berjaya menamatkan pelajarannya dalam bidang Pengurusan Perniagaan di UKM dan bekerja di sebuah syarikat yang terkenal.Zulaikha yang bertugas sebagai Eksekutif Pemasaran telah berjaya menaikkan peratus keuntungan syarikat itu dan telah ditemuramah oleh media.Khushairi yang perasan dengan kemunculan wanita itu disidang media telah membuat keputusan untuk bertemu dengannya.

     "Zulaikha!"sapa Khushairi.

     "Khushairi!"agak terkejut dengan kemunculan lelaki itu dan cuba untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu.

     "Zulaikha,tunggu!"memberhentikan langkah Zulaikha.

     "Apa lagi!"tanya Zulaikha.

    "Boleh kita bincang?"tanya lembut Khushairi.

    "Ok!"katanya.

    Mereka keluar untuk mencari tempat yang sesuai berbincang.

      "Sebenarnya,apa tujuan kau?Tak cukup lagikah dengan apa yang kau buat dekat aku dulu,"pertanyaan Zulaikha bercampur sedikit kemarahan.

      "Aku sebenarnya nak minta maaf sebab aku malukan kau malam tu.Aku menyesal sangat dengan apa yang aku buat dekat kau.Aku harap kau boleh maafkan aku,Zulaikha,"mintanya kepada gadis tinggi lampai itu.

       "Kau tau tak.Aku malu sangat malam tu.Kau boleh lafazkan cinta pada hal itu semua palsu.Kau mungkin tak rasa apa-apa sebab bukan kau yang kena.Hati aku hancur bila disaat aku nak maafkan kau,kau buat macam ni dekat aku.Perkara tu memang dah lama tapi masih lagi berdarah luka dia.Aku tak ada hak nak menghukum kerana aku bukan Tuhan untuk hukum dan aku juga tak ada hak untuk tak memaafkan orang lain walaupun sangat pahit untuk aku telan.Aku dah lama maafkan kau."kata Zulaikha.
  
        Khushairi bersyukur kerana maafnya diterima oleh Zulaikha.Mereka sekarang menjadi sahabat dan sering bertukar pendapat.
      


Thursday, 8 November 2012

Sahabat...

      
             
              Bersama menyusuri jalan,
              Para Rasul Nabi junjungan,
              Menuju ke puncak gemilang terbilang,
              Iman didada mengiring langkah.


         
       Satu tekad nyanyian UNIC,mengingatkan kembali perjuangku bersama sahabat-sahabat demi mencari kunci untuk membuka pintu kejayaan.Kenangan-kenangan dulu masih lagi segar dalam ingatanku walaupun sekarang mereka sudah ada kehidupan sendiri,kerjaya sendiri dan ijazah dalam bidang masing-masing.

       Kisah ini bermula disini,di 5 Sains 1.Pelbagai karenah rakan-rakan aku yang sentiasa membuatkan aku terus tersenyum walaupun hati dan perasaan aku berduka.Hilaian tawa rakan-rakanku masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinga.Bila ingat balik,suka,duka,tangis,tawa,jatuh dan bangun kami semua tetap bersama.Haish!Macam-macam dengan hangpa ni.

        "Wey!Hangpa siap tak lagi kerja?"tanya salah seorang daripada rakanku yang baru sampai dan terus menerpa kami yang sedang buat kerja.

         "Tengah buat la ni.Hang siap tak lagi?"tanya salah seorang sahabatku yang happy go lucky tersangat ni.

         "Dak jugak.Wey!Aku nak tiru hang boleh tak?"pertanyaan yang sering keluar apabila tak siap kerja.

         "Mai ja..Aku pun tiru orang ni.Pakat-pakat share la..Sharing is caring,"bila nak tiru baru la kata sharing is caring..Hehe..Macam-macam perangai la hang pa ni..

          Tak kurang juga bila berselisihan faham antara kami semua.Kalau gaduh tu,macam nak runtuh kelas tu.Seorang kata macam ni,seorang lagi kata macam tu.Dah bila jadi macam ni,hmm...mula la nak tinggikan suara..Dah seorang tinggi suara,yang seorang lagipun mula nak angin.

            "Wey!Kenapa hang pa susun macam ni.Aku laki seorang ja tang ni.Yang lainnya semua kaum tak sejenis aku.Tak adil la wey!"protes seorang budak laki kelas aku ni.

             "Kan kita undi tadi.Nasib la sapa yang dapat.Dah hang dapat duduk situ tak pa la..Bukan sapa pun,budak kelas kita jugak.Rileks dah la,"balas salah seorang yang tengah duduk sambil belek buku akaun.

             "Tak pa wey.Aku tukaq dengan salah seorang belah sana.So,hang ada la kawan nanti."sukarelawan untuk bertukar tempat dengan salah seorang budak laki group belakang.

            "Wey!Apa ni?Hang pa memang tak adil la..Aku nak juga laki seorang dalam ni!"jerit si budak ni.

            "La!Kan dia dah tukaq tempat dengan budak tu.Hang nak apa laki?Cukup la tu!"mula la nak naik angin.

            "Aku tak kira!Aku nak hang pa buat balik undian tadi.Memang tak adil la macam ni!"masih lagi tegang..

             Si sukarelawan ni pun mula nak marah sebab dah bagi apa yang dia nak tapi still same..."La ni apa masalah hang(marah)?Aku dah tukaq tempat dah kan.Dok hingaq pa lagi.Kalau tak mau duduk,pi cari tempat lain!"terkeluar juga amarah si sukarelawan ni.

             Kelas jadi diam masa tu sebab terkejut dan ketegangan berlaku antara budak laki tu dengan sukarelawan ni.Masing-masing tengah marah dan kedua-duanya keluar kelas nak cari ketenangan.Bila sejuk baru masuk balik dan minta maaf antara satu sama lain.Biasa la tu darah muda,masing-masing tengah panas maunya tak meletup but at the end,kami semua bersama dalam mengejar cita-cita masing-masing.

             Kami sekarang masih lagi bersama,masih contact antara satu sama lain walaupun seorang duduk selatan seorang lagi duduk utara.Ukhuwah yang terjalin dilandasan kasih dan sayang bertunjangkan niat kerana Allah,Insya Allah tak akan putus ikatannya.

             Nabi Muhammad pernah bersabda 
           "Tidak sempurna iman seseorang muslim sekiranya kamu tidak mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri."

           Jika Al-quran dan sunnah terpahat dihati,ukhuwah yang terjalin akan berbau wangi sekiranya kita mematuhi adab-adabnya.Kelas yang happy go lucky walaupun kena marah,kelas yang tak berhenti dengar ahli-ahli kelas bergelak ketawa dek kerana kelucuan yang ada dalam kelas tersebut.Uniknya kelas 5 Sains 1 ni,ahli kelas yang sangat memahami antara satu sama lain dan berkongsi setiap perkara walaupun ada la sesetengah perkara tu memang tak boleh dikongsi.Aku happy sangat ada sahabat-sahabat macam ni.


            Ukhuwah kita Insya Allah akan berkekalan.Biarlah ukhuwah kita seperti tasbih yang ada awalnya tetapi tiada akhirnya.Dicipta untuk mengingatiNya dan disusun untuk mengharap redhaNya.Ukhuwah fillah untuk berjuang ke jalan Allah yang diredhaiNya.

Wednesday, 7 November 2012

Ku Kejar Cinta Mu...

          "Khadijah,aku nak tell something kat kau ni,"dengan muka yang bersinar-sinar umpama cahaya bulan yang sedang mengambang terpancar diwajah comel Humaira.
          
           "Apa benda kau nak bagitau dekat aku ni.Macam serius je,"balas Khadijah sambil menutup buku Akaunnya.

          "Aku sebenarnya dah jatuh cinta.I fall in love,"senyuman manis di lemparkan buat rakan sebiliknya.

        "Kau jatuh cinta?Dangan siapa?Aku tak tau pun sebelum ni.Tak lama lagi makan nasi minyak la aku kan,"usik Khadijah.

         Nur Aisyah Humaira,22 tahun,seorang pelajar jurusan Aerospace Engineering di Universiti Putra Malaysia (UPM).Mempunyai rupa paras yang comel dan berdarah kacukan Pakistan.Berasal dari Perlis dan menetap di Kelantan.

           Siti Khadijah Balqis,23 tahun.Seorang pelajar jurusan Accounting di UPM dan rakan sebilik Humaira.Seorang yang tegas pendirian dan mempunyai matlamat hidup yang tinggi.Seorang pemidato yang hebat serta salah seorang pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajarannya di UK.

          "Kau dah pegi check nama kau dah dekat notice board?"tanya Khadijah kepada Humaira.

            Humaira yang sedang mencari-cari kertas kerjanya untuk meminta kebenaran menganjurkan Pameran Inovasi Aeroangkasa terkejut dengan pertanyaan rakannya "Check nama?Untuk apa?"

            "Untuk anugerah dekan.Aku tak sempat nak tengok nama kau tadi.Ramai sangat yang tengah tengok tadi.Kau pegi la.May be nama kau tersenarai dapat anugerah dekan ke.."balas Khadijah.

            "After aku hantar kertas kerja dekat pihak atasan,aku pegi tengok.Kau dapat anugerah dekan?"tanya Humaira sambil melemparkan senyuman kepada rakannya itu.Khadijah hanya mengangguk menandakan dia dapat anugerah tersebut.

             Dalam perjalanan ingin bertemu pihak atasan,Humaira telah berlanggar dengan seorang pelajar yang baru sahaja keluar dari bilik salah seorang pegawai disitu.

              "Maaf,saya tak sengaja,"berselerak buku dan kertas diatas lantai.

             "Its ok.Maaf juga ya,saya tak perasan awak tadi.Awak nak pegi mana?"balas pelajar tersebut.

              "Saya nak pegi bilik dekan.Kenapa?"balas Humaira.

                   "Dekan tak ada.Dia meeting tadi.Boleh saya tau nama awak?"balasnya.

             "Saya Humaira."sambil menunjukkan tag namanya yang tergantung di lehernya.

             "Saya Raiqal.Salam perkenalan."balas Raiqal.Mohd Adi Raiqal,seorang pelajar jurusan Multimedia.Seorang yang tinggi lampai dan rupa paras ala-ala Korea.
             
              Sejak perkenalan yang singkat tapi padat itu,mereka mula rapat dan berkawan.Humaira menganggap Raiqal sebagai kawan karibnya tetapi sebaliknya yang dirasakan oleh Raiqal.Raiqal merasakan bahawa Humaira ini adalah jodoh buatnya.Sayangnya kepada Humaira lebih daripada sayang seorang sahabat.

               Hari demi hari,detik demi detik,hubungan mereka semakin akrab.Perasaan Raiqal semakin kuat mencintai Humaira.Dia tertarik dengan kelembutan serta ketegasan yang ada pada Humaira.Hatinya semakin hari semakin meronta-ronta untuk meluahkan hasrat yang terbuku lama sejak perkenalan itu.

                Pada petang yang indah,cuaca pun baik,tak panas dan tak sejuk.Selepas sahaja solat Asar,Humaira menerima satu panggilan telefon yang sudah dijangka olehnya.

               "Assalamualaikum.Ada apa Raiqal awak telefon saya ni?Awak ada masalah ke?"lembut suara sambutan Humaira membuatkan Raiqal terdiam sejenak."Raiqal,awak ok?"

                 "Waalaikumussalam..Maaf,saya ok.Awak petang ni boleh tak kita berjumpa  dekat taman depan Fakulti Sains?Ada hal saya nak bincang dengan awak,"balas Raiqal.

                  "Insya Allah.Nanti saya pegi sana ok."jawab Humaira yang agak kehairanan dengan sikap Raiqal.

                   Masa yang ditunggu oleh Raiqal akhirnya muncul jua.Hatinya mula tak keruan,nafasnya mula naik turun,jantungnya berdegup tanpa rentak.

                  "Assalamualaikum.Ada apa awak nak jumpa saya ni?Bunyi macam serius je."sapaan Humaira mengejutkan Raiqal yang sedang berdebar itu.

                   "Waalaikumussalam.Saya nak cakap sesuatu tetapi awak jangan marah dan terkejut ok."balasnya dalam keadaan tenang.

                   "Cakap la..Saya dengar.Insya Allah saya tak akan marah awak."balasnya dalam senyuman.

                  Nafas mula ditarik panjang untuk meluahkan hasratnya.."Awak,sejak saya kenal awak,saya dah mula rasa sesuatu antara kita.Saya sayang dekat awak."

                 "Saya pun sayang awak juga sebagai seorang sahabat saya."kata Humaira yang agak hairan dengan perubahan sikap Raiqal.

                  "Saya sayang awak lebih daripada itu.Saya cintakan awak,Nur Aisyah Humaira.Sudikah awak terima saya?"rasa debaran itu reda sedikit selepas meluahkan rahsia hatinya yang selama ini terpendam.

                  Dengan tenang Humaira menyusun kata untuk dilafazkan "Mohd Adi Raiqal,tujuan kita ke sini untuk belajar bukan untuk bercinta.Saya harap awak faham apa yang saya maksudkan.Saya tak boleh terima awak lebih daripada seorang sahabat.Awak percayalah,saya tak layak untuk awak.Awak terlalu baik untuk saya terima.Jika Allah telah tetapkan jodoh kita berdua bersama,Allah tak akan mungkiri janji itu.Yakinlah dengan ketentuanNya.Kita boleh jadi sahabat kan.Maafkan saya."jawab Humaira dengan nada yang lembut.

                   "Saya tunggu awak Nur Aisyah Humaira.Saya yakin dengan ketentuan Allah dan hati saya yakin bahawa awaklah jodoh saya.Seandainya kita bertemu kembali selepas berpisah bertahun lamanya,adakah awak akan terima saya?"tanya Raiqal.

                    "Hanya tuhan yang tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.Saya tak boleh nak beri jawapan itu sekarang."Humaira berlalu meninggalkan Raiqal bersendirian disitu.
         
                     Selepas mereka tamat pengajian dalam bidang masing-masing dan bekerja di bidang yang diceburi,pihak UPM telah menganjurkan satu majlis untuk meraikan bekas pelajar mereka.Humaira mendapat jemputan ke majlis tersebut.Rasa rindunya kepada rakan-rakan tak boleh digambarkan lagi.

                    Malam yang dinantikan pun tiba.humaira mengenakan Jubah berwarna biru laut dan stylenya ala-ala Heliza.Setelah bertemu dengan rakan-rakannya,mereka berbual panjang sambil bertanya khabar.Hampir kesemuanya sudah mendirikan mahligai mereka sendiri bersama pasangan masing-masing.Tiba-tiba....

                    "Assalamualaikum."satu suara yang datang dari belakangnya.

                     "Waalaikumussalam,"jawab salamnya membuatkan dia terkejut dengan pemberi salam tadi.

                    "Nur Aisyah Humaira,awak masih ingat saya lagi?"pertanyaan itu membuatkan dia tergamam.

                   "Mohd Adi Raiqal."hanya nama itu yang terlafaz dari bibirnya.

                   "Awak masih ingat apa yang saya kata dulu.Ketika saya melafazkan cinta saya pada awak.Adakah awak terima saya untuk menjadi khalifah awak?"

                  "Apa yang membuatkan awak mencintai saya?"tanya Humaira.

                  "Sesungguhnya saya mencintai awak kerana Allah telah menetapkan rasa cinta ini hanyalah untuk bakal bidadari saya.Allah telah melahirkan rasa cinta ini untukNya dan kekasihNya serta untuk awak,Nur Aisyah Humaira,"jawapan yang membuatkan Humaira terkedu.

                   "Jika begitu.Jangan awak minta kepada saya tetapi minta kepada ibu bapa saya kerana mereka yang memberi restu."jawab Humaira.Raiqal melahirkan rasa syukur kerana cintanya sudah berbalas dan Allah telah melahirkan cinta antara mereka.

                    
                    "Kau ni macam tau-tau je kan.A'ah,aku dah nak nikah Khadijah.Kau nak tau tak dengan sape?"sambil mengangkat keningnya kepada rakan sebiliknya dulu.

                     "Dengan sape?Kau tak pernah bagitau aku pun sebelum ni."balasnya..

                     "Kau ingat tak aku pernah citer dekat kau pasal lelaki yang melamar aku masa dekat U dulu."tanya Humaira untuk mendapat kepastian daripada rakannya.

                     "Aku ingat.Raiqal kan nama dia?"mengimbas kembali apa yang diceritakan oleh Humaira dulu.

                      "Yup.Dengan dia la aku nikah.Dia melamar aku sekali lagi masa majlis bekas pelajar hari tu."jawabnya sambil tersenyum.

                   Setelah 3 bulan,Mohd Adi Raiqal dan Nur Aisyah Humaira pun diijab qabulkan."Adakah awak mencintai saya kerana rupa?"tanya Humaira.

                  "Tidak sama sekali.Saya mencintai awak kerana Allah telah menetapkan rasa cinta ini hanyalah untuk isteri saya."jawapan yang dinantikan oleh Humaira.

                 Rasa syukurnya tidak terkata dan rasa bertuah kerana mempersuamikan seorang yang  mencintainya kerana Allah.Ya Allah terima kasih kerana kau lahirkan cintaMu didalam mahligai kasih yang telah ku bina.Sesungguhnya aku mencintaiMu lebih daripada segalanya.Alhamdulillah..

                    

Tuesday, 6 November 2012

Aku Terlanjur Mencintai Mu...

     "Aku dah terlanjur,Aziah."kata-kata Nur Alia Sofia,seorang student jurusan Aeronautic Engineering di Universiti Teknologi Malaysia itu sedikit sebanyak memeranjatkan sahabat karibnya dari bangku sekolah lagi.


      "Apa kau kata?Kau dah terlanjur?Dengan siapa Sofia?Kau tak takut ke kalau mak ayah kau tau nanti,habis la kau.Kau ni kalau nak buat something tu tak nak fikir dulu..Tengok dah jadi macam ni.Berzina namanya.Berdosa kau tau tak!"riak muka Aziah bertukar menjadi garang apabila sahabatnya memberitahu perkara tersebut.Sedikit sebanyak terpancar kemarahan di wajah mulus student Nuclear Engineering itu.

       
        Nur Alia Sofia,24 tahun,student tahun akhir di Universiti Teknologi Malaysia,Johor..Seorang yang peramah dan ringan tulang..Dia juga seorang pelajar yang pintar dan menjadi rebutan ramai jejaka di UTM kerana kecantikkan wajah,tubuh badan gaya model dan senyuman yang manis membuatkan ramai hati jejaka lentok dengannya.


         Nur Aziah Safiyyah,student tahun akhir dalam jurusan Nuclear Engineering di universiti yang sama.Seorang yang lemah lembut,darah kacukan Melayu-Arab,wajah yang comel dan kecil moleh orangnya.Dia juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar di situ.Dia juga seorang ahli debat dan setiap patah katanya boleh mematahkan idea pihak lawan.


          Sofia telah berkenalan dengan seorang lelaki Melayu,Mohd Fakhrul Rafiz,seorang student Software Engineering yang tinggi lampai,berwajah ala-ala Arab dan sentiasa mendapat anugerah dekan.Sofia telah berkenalan Rafiz didalam sebuah majlis universiti ketika mereka bekerjasama menjayakan majlis tersebut.

           
           Mereka semakin rapat.Kemana-mana pun mesti berdua sehingga ada yang mengatakan mereka ini bercinta.Aziah yang perasan dengan perubahan Sofia menegur dengan cara yang paling lembut dan halus sekali.

           "Kau sekarang semakin rapat dengan Rafiz aku tengok.Ada apa-apa ke?",soalan itu sedikit sebanyak menyentap hati gadis yang berasal dari Kedah itu.

  
            "Mana ada la.Aku kawan je dengan Rafiz tu..Tak lebih daripada tu pun.Jangan risau,aku tau nak jaga diri aku."balas Sofia sambil melemparkan senyum manisnya kepada Aziah.


            "Aku tau,sahabat aku ni pandai jaga diri tetapi jangan sampai tak terjaga sudah lah.Rabiatul Adawiyah pernah berkata "Ramai lelaki pandai boleh ditewaskan oleh wanita yang bodoh,tetapi tak ramai wanita yang pandai boleh ditewaskan oleh lelaki yang bodoh".Aku tak nak la kau jadi wanita yang boleh ditewaskan oleh lelaki dan kau kena ingat,kalau berdua,mesti ada yang ketiga iaitu iblis dan syaitan."kata Aziah sambil menepuk bahu sahabatnya itu.


             Diam sejenak..."Aku pegang nasihat tu."balasnya.


            Pada pagi yang indah,terukir senyuman pertama diwajah Sofia apabila dia ditawarkan untuk menyambung pelajarannya dalam Master of Aeronutic Engineering di Rusia.Hatinya berbunga dan senyuman tak lekang diwajahnya.


            "Aku dapat tawaran sambung belajar dekat Rusia,"sambil memeluk Aziah.


            "Alhamdulillah.Bila kau pegi sana?Kalau dah ada dekat sana jangan la lupa aku plak ye."gurau Aziah sambil mencuit hidung sahabatnya itu.


             "Aku pegi tahun depan..Aku tak lupa kau la.Mana boleh aku lupa kembar tak sebapa dan seibu aku ni,"usik Sofia.


            "Untung la kan kau.Boleh sambung belajar dekat negara orang.Aku plak tinggal je dekat sini..Insya Allah aku pun akan terbang pergi tahun depan ke Jepun."sambil senyum dan mengankat keningnya yang lebat itu.

   
             "Kau pun dapat tawaran juga ke?"tanya Sofia.Aziah memberi isyarat bahawa jawapannya "Ya"."Alhamdulillah.Kita pegi sama-sama ok.Aku ke Barat,kau ke Timur.."sambil memeluk sahabatnya itu..

              "Ok la,aku nak pegi jumpa Rafiz.Nak bagitau hal ni."Sofia pun berlalu meninggalkan Aziah..


              Ketika dalam perjalanan untuk bertemu dangan Rafiz,dia terserempak dengan sesusuk tubuh seakan Rafiz.Dia cuba mendekati lelaki itu dan ternyata ia adalah Rafiz.Dia ingin menyapa Rafiz tetapi di terdengar perbualan telefon Rafiz dengan seseorang yang agak serius bunyinya.


              "Kau dah buat apa yang aku suruh buat tu?Kau jangan nak main-main dengan aku.Dia tu aset kita..Boleh buat duit banyak dengan perempuan tu.Lombok emas buat kita kau tau tak."kata penelefon itu.

   
             "Kau sabar boleh tak.Si Sofia tu susah sikit nak makan pujuk rayu aku ni.Nanti kalau dah kena,baru aku bagitau kau.Kau ingat aku nak kawan dengan dia tu betul-betul ke.Just for fun ok..hahaha...."hilaian tawa Rafiz itu membuatkan Sofia berasa marah dan terus meninggalkan Rafiz begitu.


             "Awak!"Rafiz melambai Sofia dari kejauhan.Sofia yang perasan lelaki itu sedang mendekatinya tetapi dibuat tak endahnya."Awak dah makan ke?Kalau belum jom la kita pegi makan."pertanyaan Rafiz tak terjawab."Awak kenapa ni?"


              "Kau jangan buat tak tau ek.Aku dah tau agenda kau kawan dengan aku.Kau just nak fun dengan aku je kan.Kau nak jual aku dekat sendikit untuk kepuasan nafsu kau kan.Hey!Kau boleh nak tipu perempuan lain tetapi dengan aku tak payah nak tipu.Aku dah tau semuanya..I don't need your explaination anymore.Assalamualaikum.."mukanya yang kemerahan itu membuatkan Rafiz tersentak dan terkejut dengan pernyataan Sofia itu.


              "Aziah,sejak aku kenal Dia,aku tak pernah nak mendekatkan diri aku dengan Dia.Aku menjauhkan diri aku dengan Dia padahal Dia selalu bersama aku dikala susah dan senang aku.Aku tak pernah nak hargai Dia.Aku abaikan Dia.Tetapi selepas aku tau yang Rafiz cuba nak jual aku,aku baru sedar semua tu.Aku rasa berdosa dengan Dia.Walaupun aku dah banyak buat salah dengan Dia,Dia tetap maafkan aku.Selalu terima aku kembali bersamaNya.Aku sekarang dah terlanjur mencintai Dia.Aku dah tak boleh berpisah dengan Dia.Aku dah tak boleh nak berjauhan dengan Dia walaupun sesaat.Dia dah membuka mata aku untuk melihat kedustaan dunia ni.Aku sangat mencintai Dia.Dia tiada duanya.Aku terlanjur mencintai Mu,Ya Allah.Sambutlah cintaku."aliran air mata keinsafan Sofia membuatkan Aziah juga turut menitiskan mutiaranya dan melafazkan rasa syukur kerana Allah telah kembalikan sahabatnya kejalan yang benar.


               "Ya Allah,sambutlah cintaku.Aku mencintaiMu setulus hatiku.Kau tiada duanya dihati ku.Ibadahku,solatku,hidup dan matiku hanyalah untukMu.Ya Allah,sesungguhnya aku telah terlanjur mencintaiMu."lafaz Sofia dalam doanya...

Monday, 5 November 2012

Remaja!

     Semua manusia melakukan kesilapan dan kesalahan..Ada yang sedar dan ada yang tak sedar tetapi ada juga yang buat-buat tak sedar..Manusia ni penuh dengan kelekaan dan kealpaan kerana tertipu dengan keindahan dunia yang hanyalah sementara.Mereka merasai dunialah segalanya buat mereka..

     Bermacam-macam kita dengar sekarang,kerosakkan akhlak para remaja kita,kes-kes jenayah meningkat dan pelbagai lagi tentang remaja..Kemana remaja yang sentiasa bersama agama Allah..Kemana akhlakmua wahai remaja..Saya pun masih lagi remaja umur pun berkemungkinan ada yang sama dengan remaja sekarang.Wahai remaja,tidakkah kau sayang pada agamamu?Tidakkah kau sayang kepada Allah?Tidakkah kau sayang kepada Rasulmu?Tidakkah kau sayang kepada kedua ibu bapamu?Tidakkah kau sayang semua itu?

       Saya sedih melihat remaja yang seusia dengan saya hanyut tergelam oleh lautan dusta dunia..Remaja yang telah hanyut jauh meninggalkan agama Allah.Yang palin sedaih adalah apabila remaja Islam sendiri permainkan hukum Allah..Apakah kau tidak sedar itu semua wahai remaja?Kamu adalah aset agama yang bernilai.Rasulullah sendiri menyayangimu wahai remaja..Kenapa kau tak sedar itu semua?Kemana peganganmu sebagai seorang Islam?Kemana janjimu saat kau melafazkan kalimah syahadah?Mana itu semua?

        Banyak perkara tentang remaja yang sangat menyedihkan dan mengguris hati seluruh masyarakat.Salah satu,kes pembungan bayi yang melibatkan para remaja yang majoritinya adalah REMAJA ISLAM.Pernah terfikir tak bagaamana perasaan bayi yang dikandung yang dia tahu bahawa dia akan ditarik nyawa oleh ibu kandungnya sendiri yang sudah hilang keperikemanusiaan?Apakah anda wahai remaja sekali rasa jika ibumu sendiri yang buat sebegini kepada anda?Sedih atau happy?Adakah anda tidak berasa bersalah dan berdosa kerana melakukan sedemikian?Islam tidak mengajarmu untuk melakukan zina tetapi Islam suruh kamu bernikah...Nikah itu indah jika kita faham dan ikut cara-cara Islam..

         Tidak kurang juga dengan kes mempersendakan Islam dan malah ada juga yang mempermainkan nama Allah.Allah itu tuhan yang Esa dan tiada yang disembah melainkan Dia tetapi kenapa masih ada lagi manusia yang mempermainkan Allah?Tidak takutkah kamu dengan azab-azabNya?Ada juga yang mencemarkan Al-Quran dengan kencing,langkah,pijak,sepak dan bermacam-macam lagi.Kamu telah mempersendakan kalam Allah yang suci.Ada juga yang menghina Nabi Muhammad S.A.W..Nabi S.A.W. sangat sayangkan remaja kerana masa baginda berdakwah,remaja yang paling banyak memberi sokongan kepada baginda.BUT NOW!Dah tak sama kerana remaja sekarang dah buta dan dihijab hatinya dengan perkara keduniaan.What is this?

          Wahai remaja,ayuh kita bersama bangun dari mimpi yang buruk dan penuh dengan ketakutan ini.Kembalilah kepada jalan yang benar iaitu kembalilah kepada Allah sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih.Allah tidak pernah menolak taubat hambaNya dan Allah itu Maha luas pintu pengampunanNya...Kembalilah wahai remaja,kembalilah kepada kebahagiaan yang hakiki.Dunia hanya sementera yang kekal abadi adalah alam akhirat sana..Kembalilah wahai ramaja yang dikasih Rasulullah.Jangan cemarkan kasih itu dengan kekotoran yang penuh dengan kegelapan..Bangunlah dari lena yang panjang wahai remaja sekalian....

    Open your eyes and change our mind..Islam is beautiful..Allah is The One....