Tuesday, 6 November 2012

Aku Terlanjur Mencintai Mu...

     "Aku dah terlanjur,Aziah."kata-kata Nur Alia Sofia,seorang student jurusan Aeronautic Engineering di Universiti Teknologi Malaysia itu sedikit sebanyak memeranjatkan sahabat karibnya dari bangku sekolah lagi.


      "Apa kau kata?Kau dah terlanjur?Dengan siapa Sofia?Kau tak takut ke kalau mak ayah kau tau nanti,habis la kau.Kau ni kalau nak buat something tu tak nak fikir dulu..Tengok dah jadi macam ni.Berzina namanya.Berdosa kau tau tak!"riak muka Aziah bertukar menjadi garang apabila sahabatnya memberitahu perkara tersebut.Sedikit sebanyak terpancar kemarahan di wajah mulus student Nuclear Engineering itu.

       
        Nur Alia Sofia,24 tahun,student tahun akhir di Universiti Teknologi Malaysia,Johor..Seorang yang peramah dan ringan tulang..Dia juga seorang pelajar yang pintar dan menjadi rebutan ramai jejaka di UTM kerana kecantikkan wajah,tubuh badan gaya model dan senyuman yang manis membuatkan ramai hati jejaka lentok dengannya.


         Nur Aziah Safiyyah,student tahun akhir dalam jurusan Nuclear Engineering di universiti yang sama.Seorang yang lemah lembut,darah kacukan Melayu-Arab,wajah yang comel dan kecil moleh orangnya.Dia juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar di situ.Dia juga seorang ahli debat dan setiap patah katanya boleh mematahkan idea pihak lawan.


          Sofia telah berkenalan dengan seorang lelaki Melayu,Mohd Fakhrul Rafiz,seorang student Software Engineering yang tinggi lampai,berwajah ala-ala Arab dan sentiasa mendapat anugerah dekan.Sofia telah berkenalan Rafiz didalam sebuah majlis universiti ketika mereka bekerjasama menjayakan majlis tersebut.

           
           Mereka semakin rapat.Kemana-mana pun mesti berdua sehingga ada yang mengatakan mereka ini bercinta.Aziah yang perasan dengan perubahan Sofia menegur dengan cara yang paling lembut dan halus sekali.

           "Kau sekarang semakin rapat dengan Rafiz aku tengok.Ada apa-apa ke?",soalan itu sedikit sebanyak menyentap hati gadis yang berasal dari Kedah itu.

  
            "Mana ada la.Aku kawan je dengan Rafiz tu..Tak lebih daripada tu pun.Jangan risau,aku tau nak jaga diri aku."balas Sofia sambil melemparkan senyum manisnya kepada Aziah.


            "Aku tau,sahabat aku ni pandai jaga diri tetapi jangan sampai tak terjaga sudah lah.Rabiatul Adawiyah pernah berkata "Ramai lelaki pandai boleh ditewaskan oleh wanita yang bodoh,tetapi tak ramai wanita yang pandai boleh ditewaskan oleh lelaki yang bodoh".Aku tak nak la kau jadi wanita yang boleh ditewaskan oleh lelaki dan kau kena ingat,kalau berdua,mesti ada yang ketiga iaitu iblis dan syaitan."kata Aziah sambil menepuk bahu sahabatnya itu.


             Diam sejenak..."Aku pegang nasihat tu."balasnya.


            Pada pagi yang indah,terukir senyuman pertama diwajah Sofia apabila dia ditawarkan untuk menyambung pelajarannya dalam Master of Aeronutic Engineering di Rusia.Hatinya berbunga dan senyuman tak lekang diwajahnya.


            "Aku dapat tawaran sambung belajar dekat Rusia,"sambil memeluk Aziah.


            "Alhamdulillah.Bila kau pegi sana?Kalau dah ada dekat sana jangan la lupa aku plak ye."gurau Aziah sambil mencuit hidung sahabatnya itu.


             "Aku pegi tahun depan..Aku tak lupa kau la.Mana boleh aku lupa kembar tak sebapa dan seibu aku ni,"usik Sofia.


            "Untung la kan kau.Boleh sambung belajar dekat negara orang.Aku plak tinggal je dekat sini..Insya Allah aku pun akan terbang pergi tahun depan ke Jepun."sambil senyum dan mengankat keningnya yang lebat itu.

   
             "Kau pun dapat tawaran juga ke?"tanya Sofia.Aziah memberi isyarat bahawa jawapannya "Ya"."Alhamdulillah.Kita pegi sama-sama ok.Aku ke Barat,kau ke Timur.."sambil memeluk sahabatnya itu..

              "Ok la,aku nak pegi jumpa Rafiz.Nak bagitau hal ni."Sofia pun berlalu meninggalkan Aziah..


              Ketika dalam perjalanan untuk bertemu dangan Rafiz,dia terserempak dengan sesusuk tubuh seakan Rafiz.Dia cuba mendekati lelaki itu dan ternyata ia adalah Rafiz.Dia ingin menyapa Rafiz tetapi di terdengar perbualan telefon Rafiz dengan seseorang yang agak serius bunyinya.


              "Kau dah buat apa yang aku suruh buat tu?Kau jangan nak main-main dengan aku.Dia tu aset kita..Boleh buat duit banyak dengan perempuan tu.Lombok emas buat kita kau tau tak."kata penelefon itu.

   
             "Kau sabar boleh tak.Si Sofia tu susah sikit nak makan pujuk rayu aku ni.Nanti kalau dah kena,baru aku bagitau kau.Kau ingat aku nak kawan dengan dia tu betul-betul ke.Just for fun ok..hahaha...."hilaian tawa Rafiz itu membuatkan Sofia berasa marah dan terus meninggalkan Rafiz begitu.


             "Awak!"Rafiz melambai Sofia dari kejauhan.Sofia yang perasan lelaki itu sedang mendekatinya tetapi dibuat tak endahnya."Awak dah makan ke?Kalau belum jom la kita pegi makan."pertanyaan Rafiz tak terjawab."Awak kenapa ni?"


              "Kau jangan buat tak tau ek.Aku dah tau agenda kau kawan dengan aku.Kau just nak fun dengan aku je kan.Kau nak jual aku dekat sendikit untuk kepuasan nafsu kau kan.Hey!Kau boleh nak tipu perempuan lain tetapi dengan aku tak payah nak tipu.Aku dah tau semuanya..I don't need your explaination anymore.Assalamualaikum.."mukanya yang kemerahan itu membuatkan Rafiz tersentak dan terkejut dengan pernyataan Sofia itu.


              "Aziah,sejak aku kenal Dia,aku tak pernah nak mendekatkan diri aku dengan Dia.Aku menjauhkan diri aku dengan Dia padahal Dia selalu bersama aku dikala susah dan senang aku.Aku tak pernah nak hargai Dia.Aku abaikan Dia.Tetapi selepas aku tau yang Rafiz cuba nak jual aku,aku baru sedar semua tu.Aku rasa berdosa dengan Dia.Walaupun aku dah banyak buat salah dengan Dia,Dia tetap maafkan aku.Selalu terima aku kembali bersamaNya.Aku sekarang dah terlanjur mencintai Dia.Aku dah tak boleh berpisah dengan Dia.Aku dah tak boleh nak berjauhan dengan Dia walaupun sesaat.Dia dah membuka mata aku untuk melihat kedustaan dunia ni.Aku sangat mencintai Dia.Dia tiada duanya.Aku terlanjur mencintai Mu,Ya Allah.Sambutlah cintaku."aliran air mata keinsafan Sofia membuatkan Aziah juga turut menitiskan mutiaranya dan melafazkan rasa syukur kerana Allah telah kembalikan sahabatnya kejalan yang benar.


               "Ya Allah,sambutlah cintaku.Aku mencintaiMu setulus hatiku.Kau tiada duanya dihati ku.Ibadahku,solatku,hidup dan matiku hanyalah untukMu.Ya Allah,sesungguhnya aku telah terlanjur mencintaiMu."lafaz Sofia dalam doanya...

No comments:

Post a Comment