Menghitung hari,
Detik demi detik..
Waktu berlalu terlalu pantas..Sedar tak sedar kita dah berada di hujung tahun Masihi..Rasa baru je semalam masuk tahun ni kan..Putaran bumi semakin laju sehingga kita sendiri pun tak merasai bahawa masa telah berlalu dengan banyak sekali.Kita pun tak sedar berapa banyak masa kita habis untuk melakukan hal-hal keduniaan sehingga lupa dan alpa untuk menguruskan perkara-perkara akhirat...
Cuba kita fikir balik,berapa banyak masa kita habiskan untuk menguruskan perkara-perkara keduniaan?Cuba renung kembali,adakah cukup amalan aku sepanjang tahun ini,berapa banyak masa kita habiskan untuk mengabdikan diri kepada Allah?Cukupkah?
Hari demi hari,berjalan tanpa henti(Devotees).Adakah kita rasa bahawa kematian itu adalah perkara yang paling dekat dengan kita?Kematian semakin hari semakin dekat kerana umur kita semakin lama semakin bertambah.Ada kita dengar yang seseorang itu umurnya semakin lama semakin muda..Hari ni 56 tahun dan tahun depan 28 tahun.
Kita masih lagi terleka melakukan perkara yang dilarang Allah sedangkan jangka masa kita dengan kematian semakin dekat..Pekara yang jauh itu adalah masa lalu dan perkara yang dekat adalah kematian.Pernah dengarkan ungkapan itu?
Allah Maha menerima taubat hambaNya walaupun hambaNya telah beribu-ribu kali melakukan dosa yang sama.Allah Maha mengasihi seluruh hambaNya.Allah beri nikmat kepada kita untuk kita senang dan bersyukur kepadaNya.Allah tidak meminta untuk bayar kembali segala nikmat yang Dia telah berikan hanya perlu taat segala perintahNya.
Don't let you ruin because of yourself..Allah always love us and never let us alone but we go far from Him.Please take your time to think.Saya minta maaf jika kata-kata saya ada menyentuh sesiapa.Niat dihati untuk memperingatkan sesama saudara seIslam dan kepada diri sendiri juga.Semoga kita sentiasa dibawah rahmatNya.Ya Allah ampuni segala dosa-dosaku yang tersurat mahupun tersirat.Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah lagi hina...
Open your eyes and change your mind..Insya Allah..
No comments:
Post a Comment