Friday, 16 November 2012
Haruman Masyitah....
Di antara mereka yang beriman dengan dakwah dan seruan Nabi Musa a.s. ialah keluarga Masyitah dan suaminya Hazaqil.Hazaqil adalah salah seorang pegawai yang amat dipercayai Fir'aun dan Masyitah pula ialah penyisir rambut anak Fir'aun.Mereka amat taat dan beriman kepada Allah S.W.T..Namun mereka berjaya merahsiakan ketaatan mereka terhadap Allah S.W.T dari pengetahuan Fir'aun.
Suatu hari telah berlaku satu perdebatan hebat antara Fir'aun dengan Hazaqil.Ketika itu Fir'aun sedang menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang ahli sihir yang menyatakan keimanannya terhadap ajaran Nabi Musa a.s. dan Hazaqil telah menetang hukuman itu dengan keras.Fir'aun lantas menjatuhkan hukuman matike atas Hazaqil.Hazaqil menemui ajalnya dengan tangan terikat pada pohon kurma dan tubuhnya penuh ditembusi anak panah.Isterinya,Masyitah,amat sedih di atas kematian suami yang amat dicintainya itu.
Setelah kematian suaminya,Masyitah selalu dirundung kesedihan.Tiada lagi tempat untuk dia mengadu nasib kecuali kepada anak-anaknya yang masih kecil.Suatu hari,Masyitah mengadukan nasibnya kepada Asiah.Di akhir perbualan mereka,Asiah menceritakan keadaan dirinya yang sebenarnya,bahawa diapun menyembunyikan ketaatanya dari Fir'aun.Barulah keduanya menyedari bahawa mereka sama-sama beriman kapada Allah SWT dan Nabi Musa a.s.
Pada suatu hari,ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir'aun tanpa sengaja sisirnya terjatuh ke lantai.Tanpa disangka-sangka,saat memungutnya Masyitah berkata:"Dengan nama Allah,binasalah Fir'aun."
Mendengar ucapan Masyitah itu,puteri Fir'aun merasa amat marah lalu mengancam akan melaporkannya kepada ayahandanya.Masyitah sedikit pun tidak merasa gentar dengan ancaman itu.Akhirnya Masyitah dipanggil oleh Fir'aun.Ketika menghadap Fir'aun,pertanyaan pertama yang diajukan kepadanya ialah "Betulkah kamu telah mengucapkan kata-kata penghinaan terhadapku,sebagaimana yang disampaikan oleh anakku?Dan siapakah Tuhan yang engkau sembah selama ini?" "Betul,Baginda Raja yang zalim.Tiada Tuhan selain Allah yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya."Jawab Masyitah dengan berani.
Fir'aun menjadi murka.Dia memerintahkan para pengawalnya untuk memanaskan minyak didalam sebuah kuali besar.Ketika minyak itu mendidih,pengawal kerajaan memanggil orang ramai untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan pada Masyitah.Sekali lagi Masyitah dipanggil menghadap Fir'aun.Kemudian Masyitah diberi pilihan.Jika dia ingin selamat bersama kedua-dua anaknya dia harus menginkari Allah dan mengaku bahawa Fir'aun adalah Tuhan yang patut disembah.Jika Masyitah ingakar dengan suruh Fir'aun itu,maka Masyitah dan kedua-dua anaknya akan dimasukkan ke dalam kuali yang sedang mendidih minyaknya.
Masyitah tidak mahu menyerah kalah.Dia tidak akan tunduk dibawah perintah Fir'aun dan tetap akan mempertahankan imannya.Kemudian Masyitah membawa kedua-dua anaknya menuju ke arah kuali yang panas itu namu dia kelihatan agak ragu-ragu apabila melihat kedua-dua anaknya itu.Dengan takdir Allah SWT yang Maha Kuasa ,anak yang masih menyusu itu berkata "Jangan bimbang wahai ibuku.Ini kerana kita semua akan memperolehi ganjaran yang hebat daripada Allah SWT.Pintu syurga akan terbuka luas menunggu kedatangan kita."
Lantas,tanpa sedikit pun rasa takut,Masyitah terus terjun ke dalam kuali berisikan minyak yang sedang mendidih itu bersama kedua-dua anaknya.Tiada sebarang tangisan atau jeritan yang keluar dari mulut mereka.Tiba-tiba satu keajaiban telah berlaku.Minyak yang sedang mendidih itu telah mengeluarkan haruman yang semerbak.
Demikianlah kisah Masyitah.Semoga muslimah sekalian mengambil hikmah dan mengikuti jejak keduanya,meninggal didalam keadaan teguh menggenggam kalimah Tauhid.La ilaha illallah,Muhammad Rasulullah!Allahuakbar!
Labels:
Sirah Pejuang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment