Tuesday, 13 November 2012

Khaulah...Pejuang Misteri Itu.....Part 3

               Maka Rafik pun memilih 100 tentera berkuda Islam yang gagah berani dan bersiap sedia untuk berangkat.

             Sejurus setelah berita ini sampai kepada pengetahuan Khaulah dengan pantas dia mengambil senjatanya dan menunggang kudanya untuk menemui panglima Khalid bin Al-Walid.Khaulah pun berkata:"Wahai panglima tentera Islam!Aku meminta atas nama Muhammad,penghulu sekalian manusia supaya engkau mengizinkan aku pergi bersama-sama tentrera yang akan berangkat itu."

               Khalid pun memanggil Rafik:"Engkau telah menyaksikan betapa berani pejuang ini walaupun dia seorang wanita.Benarkanlah dia pergi menyertaimu!"Rafik pun bersetuju dan Khaulah pun berangkat menyertai Rafik dan tentera-tenteranya.Mereka telah berkhemah di salah sebuah lembah di negeri Salamiyah bernama Lembah Kehidupan.

               Sedang mereka berehat di situ,terlihat oleh mereka debu-debu dari tapak-tapak kuda yang sedang bergerak tidak jauh.Tentera Islam pun bergegas mengekori mereka dari belakang.Mereka mula menerkam tanpa sedikit pun disangka oleh askar-askar musuh.Berlaku satu pertempuran sengit.Tidak lama kemudian,tentera-tentera Islam telah berjaya membunuh  semua askar-askar musuh itu dan berjaya membebaskan Dhirar bin Al-Azwar yang telah ditawan oleh pihak musuh.betapa gembiranya Khaulah ketika itu.Dia terus memeluk saudaranya itu dan mengucapkan selamat kepadanya sedang dirinya masih berlumuran darah.

                Ada sesetengah riwayat mengatakan bahawa ketika berlakunya pertempuran Sahura di Syam,Khaulah pernah ditawan oleh pihak musuh bersama-sama beberapa orang kaum wanita.Di khemah tawanan,Khaulah telah membina semangat wanita-wanita yang ditawan itu.Suatu hari dia telah berdiri dihadapan wanita-wanita itu dan berkata kepada mereka:"Wahai puteri-puteri Himyar,wahai sisa-sisa Tubbak!Apakah kamu rela diri kamu dipermainkan oleh tentera Rom ini kemudian anak-anak kamu pula dijadikan hamba oleh mereka?Di mana keberanian kamudan dimana kebijaksanaan kamu yang selalu diucapkan oleh suku kaum Arab?Aku dapati kalian sudah tidak punya semangat dan kehormatan diri lagi.Aku rasa mati adalah lebih baik dan lebih kurang bahayanya dari apa yang kamu hadapi sekarang ini kerana kamu akan dijadikan alat untuk berkhidmat kepda tentera Rom yang ganas itu."

                  Setelah itu,seorang wanita bernama Afraa' binti Ghafir Al-Himyariyah telah bangun dan berkata:"Demi Allah,memang benar apa yang kau ucapkan tadi,wahai puteri Al-Azwar!Kita memang telah hilang segala kebneranian dan kepintaran.Kita telah diperdayakan oleh pihak musuh kerana kita tidak punya sebarang senjata."

                   Khaulah berkata lagi:"Wahai puteri-puteri Tubbak!Ambillah kayu-kayu khemah dan tiang-tiangnya.Kita hentamkan mereka orang-orang jahat itu.Semoga Allah akan menolong kita dan kita bebas dari celaan orang-orang Arab."

                    Maka Afraa' binti Ghifar pun berkata:"Demi Allah,apa yang kau syorkan itu adalah paling baik sekali,wahai Khaulah!"

                   Kemudian Afraa' pun mengangkat sebatang kayu dari khemah-khemah itu dan menjerit sekuat hatinya.Khaulah juga turut mengangkat sebatang kayu dan meletakkanya dibelakangnya.Kemudian wanita-wanita yang lain juga turut memegang sebatang kayu seorang.

                     Khaulah berkata kepada mereka:"Kita semua mesti berkumpul dan jangan berpecah.Buat satu bulatan dan jangan keluar dari bulatan itu.Apa yang kita harus lakukan ialah menghancurkan semua senjata musuh dan mematahkan semua pedang-pedang mereka."

                     Khaulah dan wanita-wanita itu semuanya mula menggempur dengan sehebat-hebatnya sehingga mereka terlepas dari tawanan itu.Khaulah binti Al-Azwar telah membuktikan kehebatannya yang luar biasa di dalam pertempuran dan perjuangan.Khaulah telah bersyair setelah selesai pertempuran Sahura itu:

                      Kamilah puteri-puteri Tubbak dan Himyar
                      Peperangan kami dengan kaum itu tidak boleh diingkari
                      Lantaran kami dalam peperangan
                      Laksana lidah api yang bernyala
                      Hari ini kamu akan merasakan seksa yang besar sekali


                     Khaulah tidak berhenti bertempur di sini saja.Malah dia juga bertempur di dalam Peperangan Marj Dabik di mana saudaranya Dhirar sekali lagi menjadi tawanan musuh.Kemudian dia bertempur lagi di dalam peperangan Antakia bersama kaum muslimin sehingga mereka mencapai kemenangan yang gilang gemilang.

                     Seterusnya Khaulah juga turut serta didalam penaklukan Mesir sehingga namanya menjadi terbilang dan disebut-sebut oleh wanita-wanita Arab dan kaum lelakinya.Dia terus menjadi seorang pejuang Islam yang menyertai pelbagai peperangan sehinggalah menemui ajalnya ketika dibawah pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a Khaulah telah meninggalkan nama yang harum mewangi,yang keharumannya akan dapat dirasai oleh kita semua sepanjang zaman.


Riwayat Bidadari Syurga.

       

No comments:

Post a Comment