Tuesday, 13 November 2012

Khaulah....Pejuang Misteri itu....Part 2

             Kemudian tentera muslim berkumpul dan menggempur sisa-sisa tentera Rom sekali lagi.Amir Tufail telah mengatakan bahawa dia telah berada di kanan Khalid bin Al-Walid sedang Khaulah berada di barisan hadapan sekali.Khaulah telah membantu dengan menghuru-harakan barisan hadapan tentera Rom dengan serangan demi serangan.

            Khaulah terus bertempur diatas kudanya sambil mencuba sesekali menjauhi bulatan pertempuran,menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari saudaranya.Namun setiap kali itu,dia gagal menemui saudaranya.Apabila pertempuran berakhir dan kedua tentera berpisah di antara satu sama lain,Khaulah telah bertanya setiap tentera Islam itu tetapi tiada seorang pun yang terlihat atau terpandang saudaranya itu.

            Khaulah merasa amat kecewa lalu menangis sekuat hatinya dan berkata:"Wahai abangku!Dimanakah kamu berada ketika ini?Di tanah gersang manakah mereka telah meninggalkanmu dan bagaimanakah mereka telah membunuhmu?Wahai abangku!Adikmu telah datang untuk menebusmu!Jika aku tahu dimana,aku akan datang untuk membebaskan kamu dari tangan musuh-musuhmu.Wahai nasib,apakah dapat lagi untukku menatap wajahmu?Apakah kau telah memilih untuk bersama ayahmu yang terbunuh ketika mempertahankan Rasulullah SAW?Kalau benar begitu,aku ucapkan selamat jalan kepadamu dan terimalah salam dariku hingga kita bertemu lagi di hari pertemuan nanti!"

            Mereka yang berada disekelilingnya turut terharu mendengar rayuan Khaulah itu sehingga mengalirkan airmata termasuk Khalid.

          Di dalam keadaan mereka yang sedang berduka itu,kelihatan sepasukan kecil dari tentera Rom sedang menuju ke arah mereka.Tentera Islam pun bergegas ke arah mereka dan mendekati mereka.Setelah mendekati mereka,didapati semua askar-askar Rom itu telah melucutkan peralatan perang mereka.Mereka telah menyerah kalah dan meminta perdamaian daripada panglima Islam Khalid bin Al-Walid.Mereka berasal dari Hims(Lebanon) dan telah melarikan diri dari tentera Rom dibawah pimpinan Wardan.Khalid menjawab bahawa tidak akan berlaku sebarang perdamaian sehingga kaum muslimin dapat menawan negeri mereka.Dia juga telah bertanya sama ada mereka mengetahui tentang seorang tentera Islam yang telah menjadi tawanan Wardan.Tentera Rom itu memberitahu Khalid bahawa tentera Islam itu telah membunuh ramai tentera-tentera Rom dan juga anak kepada panglima mereka dan askar Islam itu sekarang di dalam tawanan Wardan.Dia telah dibawa ke Hims untuk dihadapkan kepada Raja.

         Setelah mendengar kata-kata tentera Rom itu,Khalid telah memanggil Rafik dan berkata kepadanya:"Aku tahu kau adalah orang yang paling memahami tentang perjalanan.Engkau adalah satu-satunya yang bijak dengan tipu helah dan menyusun langkah.Pilihlah siapa saja yang engkau kehendaki dan segeralah engkau mengejar mereka yang sedang pulang ke Hims itu.Semoga engkau dapat menjejaki mereka dan membebaskan tentera kita dari tawanan askar-askar musuh.Kalau engkau berjaya,maka suatu penghormatan besar akan diberikan kepadamu."

                          

             

No comments:

Post a Comment