Saturday, 29 June 2013

Ramadhan!Tunggu Aku Datang!

Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada seorang hamba pun yang berpuasa sekalipun satu hari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dirinya dari seksa api neraka sebanyak tujuh puluh kharif (tujuh puluh kharif maksudnya adalah sejauh perjalanan yang menghabiskan masa tujuh puluh tahun)” (HR. Bukhari Muslim).

Assalamualaikum semua,
       
 Pejam celik,pejam celik dah nak sampai bulan yang paling mulia dimana semua pintu neraka ditutup dan semua pintu syurga terbuka luas bagi insan yang berpuasa pada bulan ini,iaitu bulan Ramadhan.Bulan yang penuh dengan rahmat Allah,penuh dengan keampunan daripada Allah dan semua syaitan dan iblis diikat dan dipasung serta ditempatkan dibawah perut bumi yang kita sendiri tak tahu dekat mana.Bulan Ramadhan juga,solat terawih yang tak pernah kita buat pada bulan-bulan yang lain,kita buat pada bulan Ramadhan..Pada bulan Ramadhan ni juga,budak-budak memang suka sangat..Nak tahu kenapa?Sebabnya,budak-budak ni boleh pergi bazaar Ramadhan dan memilih makanan yang mereka suka.

            Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi..Tinggal berapa hari ja lagi nak masuk bulan Ramadhan,kita tanya balik diri kita..Adakah aku dah bersedia untuk masuk bulan Ramadhan?Apa aku dah prepare untuk menghadapi bulan Ramadhan?Recheck balik apa yang kita dah lakukan dan sediakan untuk menghadapi bulan mulia ini.

            
Rasulullah saw bersabda: “Puasa dan (rajin membaca) al-Qur’an, kelak pada hari Kiamat dapat memberikan syafaat (pertolongan) kepada hamba. Puasa kelak akan berkata: “Ya Allah, ia telah menahan dirinya dari makanan dan hawa nafsunya, maka jadikanlah saya sebagai penolongnya”. Al-Qur’an juga kelak akan berkata: “Ya Allah, ia telah rela meluangkan waktunya untuk tidak tidur pada malam hari (karena membaca al-Qur’an), maka jadikanlah saya sebagai penolongnya (pemberi syafa’at)”. Lalu puasa dan al-Qur’an pun, berkat idzinNya, menjadi penolong bagi hamba tersebut” (HR. Ahmad dan Hakim).


             Pada bulan Ramadhan ni juga,amalan kita digandakan pahalanya.Memang bestlah bila bertemu dengan bulan Ramadhan lagi.Nikmat berpuasa tu sendiri dah terlalu best!Nikmat mengerjakan ibadah-ibadah lain memang rasa terlalu dekat dengan Allah..Bukan nak kata bulan-bulan lain kita tak dekat dengan Allah tapi pada bulan Ramadhan ini juga kita banyak membaca al-quran,kalamullah,kita banyak lakukan ibadah-ibadah sunat dan lain-lain amal kebajikan.Ni lah nikmat kita menjadi orang yang beragama Islam,berpuasa pada bulan Ramadhan itu adalah salah satu nikmat yang Allah bagi dekat kita sebagai orang Islam.

             
Rasulullah saw bersabda: “Seluruh amal perbuatan Ibn Adam akan dilipatkan pahalanya. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan bahkan dapat sampai tujuh ratus kali lipat. Allah berfirman: “Kecuali puasa, ia itu khusus bagiKu dan Aku lah yang akan membalasnya secara langsung. Ia meninggalkan syahwatnya, makanannya semata-mata karenaKu. Orang yang berpuasa itu akan memperoleh dua kebahagiaan: Kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika ia berjumpa dengan Tuhannya kelak. Bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah, lebih wangi dari pada wanginya minyak kasturi” (HR. Muslim).

              Rasa hati dah tak sabar nak sambut bulan Ramadhan yang mulia.Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan..Semoga kita semua dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini...Ramadhan!Tunggu Aku Datang!In Shaa Allah..

Sunday, 23 June 2013

Biarkan Ku Pergi......Part 5!

Assalamualaikum..


Sambil berjalan nak menuju ke kafe yang berdekatan dengan dataran pelajar,satu kelibat yang telah mencuri perhatian Salim dan rakan-rakannya.

"Lim,kau nampak tak apa yang aku nampak ni?Johan aku mimpi ke ni?(Johan menampar muka Azizan).Betul aku tak mimpi.."

"Ain dengan Adi ada apa-apa ke wey?"soal Johan..

"Mana aku tau..Adi tu kan baru ja masuk..Aku mana sempat nak pergi interview budak tu lagi."jawab Salim..

Sambil bersembang dengan Ain,Adi perasan bahawa mereka sedang diperhati oleh seseorang..

"Kenapa dengan awak Adi?Ada apa-apa yang tak kena ke?"tanya Ain yang agak kehairanan.

"Tak saya perasan ada orang yang sedang perhatikan kita dari jauh."jawab Adi yang mencari siapa yang memerhati mereka..

Ain mengalihkan pandangannya kearah dataran dan matanya menangkap satu kelibat yang sangat dia kenali..Salim and the gang..Ain sudah mengagak bahawa memang mereka yang memerhatikan perbualan dia dan Adi.

"Adi jom kita pergi daripada sini..Kita pergi sambung perbincangan kita di tempat lain..."ajak Ain.

"Ok!Jomlah!"Adi mengemaskan barang-barangnya dan beredar pergi bersama Ain.

Didalam dewan kuliah,Prof Nelly memberitahu tentang malam Insirasi Cinta yang akan berlansung pada malam nanti.

"Malam ni jangan lupa untuk hadir ke Malam Inspirasi Cinta ye..Make sure pakaian kamu semua kemas dan sopan.."pesanan prof Nelly..

Malam Inspirasi Cinta berlangsung dengan lancar dan gemilangnya.

"Kau cari siapa,Lim?"tanya Zizan kepada Salim yang mencari-cari sesuatu.

"Aku cari Ain la..Aku tak nampak dia lagi ni.Adi pun aku tak nampak kelibat lagi ni..Ntah-ntah dia pergi menggatal dengan Ain ke tak tau la."jawab Salim yang agak kebengangan itu.

"Lim,tu bukan Adi dengan Ain ke?Fuyoo!Siap pegang tangan lagi tu..Romantik gila."kata Johan.

Adi mendekati mereka yang sedang berdiri di tepi tempat persediaan makanan.

"Assalamualaikum..Lama tunggu ke?Sorry lambat sikit tadi ada hal."Adi bersalaman dengan Salim dan rakannya..

"Waalaikumussalam..Tak apa,kami tak kisah pun.."jawab Zizan..

"Lupa aku nak kenalkan dekat korang..Ni Nur Ain Balqis,isteri aku..Kami baru ja nikah bulan lepas."Adi memperkenalkan Ain kepada mereka..

"Assalamualaikum!"hulur salam Ain kepada Salim dan rakannya.

"Waalaikumussalam."jawab Salim dalam keadaan yang kecewa..

"Ok la!Aku nak kena balik dulu sebab ada hal dekat luar..BTW,congratulation!Semoga berbahagia hingga ke syurga."Salim meminta diri untuk menenangkan diri.

Kereta  Salim meluncur laju keluar dari kolej untuk mencari ketenangan hati yang sedang kecewa..Tiba-tiba....

"Adi!Adi!Adi!"jerit Zizan dari jauh yang dalam keadaan cemas..

"Ye!Kenapa ni Zizan?Kenapa cemas ni?"tanya Adi sambil menenangkan Zizan.

"Salim!"

"Kenapa dengan Salim?"tanya Adi.

"Salim dah meninggal dunia..Arwah accident semalam masa balik dari event."Zizan menyampaikan berita itu dan dalam masa yang sama Adi terkejut dengan berita kematian itu..

"Innalillah wainnalillahiraji'un..Ya Allah!"Adi  tergamam..

Mereka pergi menziarahi keluarga arwah Salim.Mereka redha dengan apa yang terjadi  dengan Salim kerana apa yang terjadi ada hikmahnya..

......................................................................

"Mungkin jodohku bukan dengan dia.Mungkin jodohku dengan wanita lain..Aku pasrah dengan ketentuanMu Ya Allah.Biarkan aku pergi dari hidupnya tapi jangan biarkan aku pergi dariMu  Ya Rabbi.Hanya padaMu aku mengadu segalanya..Biarkan ku pergi dari hatinya Ya Allah..Aamiin Ya Robbal'alamin."rintihan Salim dalam doanya.

Salim pergi meninggalkan segalanya untuk mengembara mencari cinta Allah yang sekian lama dia lupakan.Hanya keluarga yang tahu bahawa dia masih lagi bernyawa.Salim mengembara ke kota suci dan menetap disana..Salim sudah mendapat cinta yang dia cari iaitu cinta Allah dan Rasul..Cinta yang dulu dia damba,dia biarkan pergi buat selamanya..

TAMAT!

Tuesday, 9 April 2013

Biarkan Ku Pergi...Part 4.....

Assalamualaikum....

"Oit!Aku dah tau name dia.Pergh!Sedap giler  bro..Nur Ain Balqis name dia.Dah la nama sedap,lembut plak tu kau."cerita Salim yang amat teruja dengan Balqis.

"Pergh!Sedap giler name dia.Lembut plak tu,memang sesuailah jadi bakal isteri aku.Tapi..kalau dengan kau Lim memang macam pinang di belah 10.Tak sesuai langsung dengan kau Lim."jawab si Johan.

"Kau ni nak potong line aku ni.Argh!Apa aku peduli,aku yang cakap dengan dia.Kau ade?"terkeluar gelak jahat si Salim.

"Ek..eleh mamat ni.Baru pegi tanya name dah angau lebih..Help la,jangan perasan ok.Dia cakap dengan kau pun tak bermakna dia suka dekat kau.Berangan lebih la mamat ni."balas Johan.

"Dont say any word!!Korang ni kan,si Balqis tu tak tau ape-ape pun,korang je yang lebih-lebih apasal.Jangan sampai makan hati plak nanti.Kau tu Johan,si Nazmidah tu kau nak letak mana?Si Salim ni plak,kau punya spare part tyre kau tu nak letak mane?Tak habis-habis la korang ni.Dah exam nak dekat dah ni,jangan nak berangan boleh tak."Azizan bersuara..

"Baiklah Ustaz Azizan..Kami janji tak buat lagi.."jawab Johan dan Salim serentak.

Pada suatu pagi,saat pelajar sedang sibuk berborak didalam dewan kuliah sementara menunggu Prof. Nasriah masuk.

"Assalamualaikum semua."Prof. Nasriah memberi salam.

"Waalaikumussalam Prof."

"Before I start this lecture,I want to introduce new student.Name dia Mohd Adi Haziq.Dia baru sahaja bertukar ke kolej ini.I hope,you all akan beri kerjasama dengan dia ok.Please take your place Adi."kata Prof.Nasriah..

"Thanks Prof.."balas Adi disertakan senyuman manis.

"Hai,aku Salim.Boleh panggil Lim je.Ni kawan-kawan aku,azizan and johan.Salam perkenalan."tegur Salim sambil berjabat tangan dengan Adi.

"Saya Adi.Salam perkenalan."jawab Adi.

Kuliah berjalan dengan lancar tanpa ada sedetik suara pun yang berbunyi.Masing-masing menumpukan perhatian kepada kuliah yang disampaikan.

.................................................................

Wednesday, 3 April 2013

Biarkan Ku Pergi...Part 3...

Assalamualaikum..

Dalam perjalanan ke dataran pelajar,Salim,Johan dan Azizan berborak-borak..Tiba-tiba.....

"Hai you!You pegi mana tadi?I call you,you tak jawab and I masej you,you tak reply.You tak sayang I lagi ke?"minah rambut karat,Katty menerpa kearah Salim.

"Oh,ye ke!Sorry la sayang,I tak perasan plak phone I tadi.Jangan la cakap macam tu,I sayang you sorang je tau."Salim membalas dengan meluat.

Katty mengajak Salim untuk pegi bersamanya tapi Salim enggan dan memberi alasan dia ada discussion dengan Johan dan Azizan.Katty berlalu pergi dan membuat janji untuk bertemu pada malam nanti.

"Bukan main miang lagi minah tu kan..Aku tengok pun meluat and geli sangat.Macam mane la si Lim ni boleh tahan dengan minah tu.Tak faham aku."bisik Johan kepada Azizan..

"Kau macam tak tau plak perangai si Lim tu.Dia tu kan buaya darat plus buaya laut.Mesti la tahan dengan minah-minah perangai macam tu."balas Azizan..

"Oi!Korang kutuk aku ek!Dah,jom! Kita pegi dataran..Lagi lama aku dekat sini,boleh masuk tanjung rambutan aku ni.."sergah Salim..

Tiba di dataran mereka bertiga berborak kosong sambil bertanyakan tentang pelajaran..

"Lim,tu bukan budak tadi ke?"tanya Johan..

"Mane?"tanya Salim.

"Tu dekat pintu keluar library tu."jawab Johan sambil mengarahkan jarinya ke pintu library.

"Ye la..Korang tunggu sini.Aku nak pegi jumpa dia kejap."Salim meletakkan bukunya dan terus berlari kearah wanita itu.

"Hai awak!"tegur Salim..

"Assalamualaikum.Kita sebagai orang Islam haruslah memberi salam kepada saudara sesama Islam.Tak perlu mengikut budaya barat."jawab wanita itu,Balqis.

"(Alamak!Terlupa plak aku)..Waalaikumussalam..Awak,boleh tak saya nak kenal awak.Awak name ape ye."malu dengan kelakuannya tadi,Salim.

"In Shaa Allah..Nama Nur Ain Balqis..Panggil saje Balqis.Maaflah saye ada kelas.Saya minta diri dulu.Assalamualaikum."Balqis terus berlalu tanpa melihat wajah Salim.

"Waalaikumussalam.Sedapnya nama dia."Salim syok sendiri.

Salim pun kembali kepada rakannya dan bercerita kepada mereka.

...............................

Tuesday, 2 April 2013

Biarkan ku pergi...Part 2....

Assalamualaikum..

"Maafkan saya..Saya tak sengaja tadi.Awak ok ke?"kata Salim.

"Tak ape,saya ok..Saya minta maaf sebab tak nampak awak tadi..Maafkan saya.Saya minta diri dulu..Assalamualaikum."balas wanita itu.

Wanita itu berlalu tanpa mengangkat pandangannya kepada Salim.

"Salim..Salim..SALIM!"Azizan memanggil Salim yang terpesona.

"Ya,ya ade ape kau ni?Kau panggil aku macam aku ada dekat atas bukit je.Apa hal?"tersedar dari lamunannya..

"Kau kalau boleh tengok perempuan tak berkelip mata tu.Kau syok dekat minah tudung labuh tu ek?"serkap Johan.

"Kalau ye pun,kenapa?Tak boleh ke?"tanya Salim.

"Bukan tak boleh tapi tak layak untuk kau.Kau tu bukan setakat buaya darat,buaya laut pun kau sapu."kata Azizan.

"Aku bukan apa,bila aku tengok minah tu tadi,terasa tenang plak.Suci je muka dia aku tengok..Dia guna produk ape ek yang boleh suci je muka dia?"balas Salim sambil merenung jauh..

"Kau ni kan,nak kata tak belajar agama,belajar.SPM agama kau A kan?Itulah berkat air wudhuk.Kau ni kan memang aku tampar jugak nanti."sindir Johan.

"A'ha la kau ni,berkat air wudhuk tu boleh memberi cahaya kepada wajah kita.Kau ni tu la,asyik melayan minah rambut karat tu ja,sampai fadhilat air wudhuk pun kau tak tau.Bawa-bawa la bertaubat Lim.Kita ni makin lama,makin tua bukannya makin muda Lim oi."nasihat Azizan..

"Kau ni macam mak aku plak ceramah kan.Hahaha..Aku tau tu..Saja aku test korang tadi.."gelak Salim.

"Ye la tu..Dah,jom kita pegi lepak dekat dataran.Boleh jugak aku buat keje and menenangkan fikiran dekat situ."ajak Johan..

"Jom!Boleh la aku meng'usha' cikaro dekat situ."jawab Salim.

"Kau ni memang dasar mata keranjang betul la.Baru aku cakap tadi,dah buat balik perangai buaya dia tu.."tepuk dahi si Johan.

......................


Friday, 29 March 2013

Biarkan ku Pergi...Part 1...

Assalamualaikum!!!

Kring!!!Kring!!!Kring!!!

"Bisinglah jam ni!Aku tengah mimpi nak kahwin dengan Nora Danish ni!Kacau betul la!"

Selepas 30 minit kemudian...

"Good morning world!Pukul berapa sekarang ni?HAH!Aku dah lambat nak pegi kelas ni!Adoi!Yang aku mimpi kahwin dengan Nora Danish tu kenapa,kan dah lambat ni.Mandi cowboy je la,tak sempat dah ni."

Salim bergegas ke kolejnya dengan menunggang laju motosikal Kawasaki Ninja nya tanpa menghiraukan orang sekelilingnya.

Setelah tiba di kolej 'kesayangannya',dia terus ke dewan kuliah.

"Lim,kau nak kemana tu?"tegur Azizan.

"Kelas la apa lagi!Kai tak masuk kelas ek?Ponteng la ni!"Lim menjawab dengan penuh kekalutan.

"Kelas Prof.Mazilah cancle la..Kau tak baca email ek?Aku dah send email dekat kau semalam kan.Tu la,asyik dengan Nora Danish kau tu ja.Sampai kelas cancle kau tak tau." sampuk Johan.

"Ye ke!Adoi!Dah separuh nyawa aku tadi!Kenapa korang tak call aku?"nada kesal tak berguna lagi Salim.

"Macam mana aku nak cal kau.Setiap kali aku call je masuk mail box.Asyik aku call je minah Maxis angkat.Mana aku nak call kau nya.Asyik2 bergayut je dengan minah rambut karat tu."jawab Azizan yang agak geram.

"Heee....Sorry la Zan,Johan!Lain kali aku tak buat lagi ye..Jangan la merajuk.Tak comel la awak merajuk macam ni"pujuk Salim.

"Eee..Geli aku tau..Kau ingat aku ni awek kau ke nak pujuk macam tu..Meremang bulu roma aku..Janji tinggal janji je kau tu..Dulu pun sam je.Lain kali aku tak buat lagi(Johan meniru suara Salim).Dah naik muak aku dengan janji kau."Johon membidas..

"Ok.aku promise aku tak buat dah macam tu..Please forgive me!"rayu Salim.

"Ok,aku forgive kan kau tapi lain kali kau buat siap kau aku keje kan. Ak panggil Jackie Chan belasah kau."balas Azizan.

"Jom kita pegi makan..Aku belanja korang ok."kata Salim.

"Itu yang aku nak dengar..Jom!"balas Johan.

Dalam perjalan ke kafe.

"Maafkan saya,saya tak sengaja tadi.Awak ok ke?"..

........................

Thursday, 28 February 2013

GILA

Assalamualaikum..
   
        Rasa lama tak update content dalam blog ni kan..Lama juga tak mengemas blog ni..Ok la,kita  kadang-kadang ada tengok orang yang berjalan sorang-sorang ditengah panas yang terik lepas tu cakap sorang-sorang,mesti ada yang didalam hati korang tu kata "Mamat ni gila ke apa,cakap sorang-sorang tengah panas terik ni."..Ada tak yang cakapa sebegitu didalam hatinya bila nampak situasi sebegini.Kalau ada sila tolak hidung mak dekat sebelah.


         Gila ni sebenarnya banyak bahagiaan dia.Ingat gila wayar putus je ke,banyak sebenarnya gila ni.Antaranya:

  • Gila atau tidak waras.
  • Gila dunia
  • Gila cinta
  • Gila hiburan
  • Gila maksiat

  1. Gila atau tidak waras

         Gila atau tidak waras ni selalunya terjadi apabila seseorang itu berada dibawah tekanan hidup yang terlalu kuat sehingga menyebabkan dirinya bertindak diluar kawalan manusia.Gila sebegini boleh sembuh dengan kaedah saintifik iaitu ubat-ubatan dan dengan izin Allah juga.


   2.Gila dunia

          Gila dunia ni adalah gila yang paling parah dan kronik sebab tiada kaedah dan ubat-ubatan saintifik yang boleh menyembuhkan penyakit gila ini.Gila dunia ni amat kronik kerana dia hanya sukakan dunia dan membenci akhirat.Hanya ada satu cara yang boleh mengubati gila ini iaitu dengan kaedah spiritual.Terapi Al-Quran dan sunnah amat mujarab untuk mengubati penyakit ini.

3.Gila cinta

             Gila ni ada ubat dia yang tersendiri.Cinta pun ada beberapa bahagian.Antaranya:


  • Cinta manusia 
  • Cinta Allah
  • Cinta Syaitan

Pasal cinta saya dah cerita pada entry blog saya pada suatu ketika dahulu.So,kalau nak tau pegi la cari entry tu balik ye..hee...Ok,gila cinta ni sebenarnya tak teruk sangat condition dia tapi akan teruk kalau tak reti nak handle cinta tu.Ubat dia senang ja,berzikir dan baca Al-Quran terus lega dari penyakit gila ni.Jangan terjebak dengan cinta yang haram ok..

4.Gila hiburan dan maksiat.

                 Gila ni agak parah dan kronik kalau kita tak kuat iman dan tiada pegangan agama yang kukuh.Sekarang ni,banyak sangat kita tengok malah kita sendiri pun lebih utamakan hiburan daripada ambil tahu pasal agama kita. Banyak sangat hiburan pada hari ni,dengan gangnam style nya,dengan K-POP nya..Apa-apa pun jangan sampai lalai daripada ingat Allah.

                  Gila maksiat ni pun satu lagi cerita.Haiyoo!Please don't like that la..Kita ada Allah,Rasul,Al-quran dan sunnah untuk dikuti dan ditaati.Kenapa perlu membuat perkara yang dilarang sama sekali oleh Mah Pencipta kita..Al-quran dah sebut "jangan kamu sesekali menghampiri zina"..Rasulullah disaat kewafatan baginda,apa yang baginda "Ummati..Ummati..Ummati..".Tengok bertapa sayang dan kasihnya Rasulullah pada kita tapi apa yang kita balas pada baginda.Cuba fikir dan renung sedalam-dalamnya..


Cukup la kot noh,saya dah merepek jauh ni..hehe..Apa-apa pun yang baik daripada Allah dan yang kurang daripada diri saya sendiri..Allahuakbar!IM4 Gaza! 




Sunday, 20 January 2013

Peranan Ibu Bapa!!!

Assalamualaikum...


              Petang yang indah,angin sepoi-sepoi bahasa meniup meredakan kepanasan kemarau..Amboi!Berpuitis pula hari ni...hehe...Nothing la just hati sedang berbunga-bunga.Berbunga-bunga sebab apa?Kata Dato' Siti Nurhaliza Biarlah Rahsia...Ok la,straight to the point,tengok tajuk pun dah tau kan nak cakap pasal apa.Peranan ibu bapa!

       Ibu dan bapa iaitu dua character yang berbeza.Kalau kita kaji sifat ibu dan bapa totally berbeza.Apa yang berbeza antara mereka ni?Mai sini nak habaq bagi:

       IBU:
  • Seorang wanita(mana ada lelaki jadi ibu kan)
  • Seorang yang sangat penyayang
  • Seorang yang sangat lembut hati dan jiwanya
  • Sensitivitinya sangat la tinggi
  • Walaupun garang tapi semua sekejap ja
  • Kalau kita perhatikan,kalau ibu marah kita buat tak tahu ja kan.
  • Dia tak biarkan kita bersendirian menempuh kesusahan.

       BAPA:
  • Of course seorang lelaki
  • Very tough man
  • Seorang pemerhati yang baik dan tepat
  • Seorang yang agak keras jugak la hati dia
  • Seorang yang garang.
  • Kalau ayah kita marah,semua diam kan.Tak ada seorang pun yang akan melawan
  • Dia tak akan tunjukkan kasih sayang dia terang-terangan dekat anak dia.

        Memang banyak perbezaan antara mereka tetapi ada satu persamaan yang kita tak perasan benda tu.Persamaannya adalah mereka telah diberi amanah oleh Allah untuk menjaga umat Muhammad yang lahir daripada hasil persenyawaan benih mereka.


          Ramai pasangan suami isteri yang diuji oleh Allah tidak mendapat zuriat tetapi ramai juga yang diberi nikmat zuriat tetapi ianya mempersiakan amanah Allah itu.Ramai sekarang kita dengar pasal masalah remaja kan.Antaranya:Remaja lari daripada rumah ikut BF.

          Bila perkara ini berlaku,ibu bapa selalunya menyalahkan anak mereka.Marah anak mereka sampai pukul anak,sepak terajang anak.Anak pun jadi tertekan dengan situasi macam tu.Bila kita buat postmortem balik,perkara ni juga bermula daripada ibu bapa sendiri.

           Bukan nak kata semua ibu bapa tu tak bagus tetapi ada sesetengah tu terus salahkan anak-anak.Antara punca anak buat perkara yang dilarang:

  • Ibu bapa sibuk bekerja
  • Ibu bapa kurang luangkan masa untuk anak-anak
  • Kurangnya didikan agama
  • Kurangnya penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak
  • Sikap ibu bapa itu sendiri
  • Bergaduh dihadapan anak-anak
  • Masalah keluarga
  • Ibu bapa terlalu lepas tangan
  • Ibu bapa tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
            Jangan terus salahkan anak-anak dengan apa yang berlaku kerana semua itu bergantung kepada diri ibu bapa masing-masing.Nabi Muhammad pun pernah bersabda bahawa anak-anak ni umpama kain putih yang suci.Ibu bapa yang perlu mencorakkannya.

              Jika kain putih dicorak indah maka indahlah sikapnya tetapi jika kain putih itu dicorak dengan keburukkan maka lainlah jadinya.Islam pun pernah memberi panduan kepada kita cara untuk mendidik anak-anak:

7 tahun pertama:kita bermain dengannya.
7 tahun kedua:kita mendidik dia(masa itulah sesuai untuk dirotan jika kesalah dibuat)
7 tahun seterusnya:kita jadi sahabatnya.

                In shaa Allah jika ikut cara didikan Islam,corak yang terbentuk amatlah indah.

Anak anugerah Allah,
Ibu bapa sebagai pemegang amanah Allah,
Jalankanlah perintahnya
Kerana Islam mengajar erti sabar dan kehidupan yang sebenar..http://www.youtube.com/watch?v=eB3cMV70qSw

Thursday, 17 January 2013

Anugerah Allah....

          Assalamualaikum..........

        Kebelakangan ni asyilk sibuk ja dengan kerja...Kadang-kadang sampai tak sempat nak tahu perkembangan isu semasa negara kita ni..Ok la,I straight to the point.Anugerah Allah ni sebenarnya banyak untuk kita tambah-tambah dekat kaum Hawa ni.Allah sayang kita ni sampai Allah tak bagi langsung kita bersendirian didunia ni.Buktinya:

               Firstly,when we were born,we have parents.Father and mother as our protector in the world but when we were getting married,we have a husband as our leader in our family.This is a miracle of Allah love to women.Have we concious about it??May be we overlooked about this thing but we need to realize that Allah never leave us alone in this world.

            Allah never said that He want you alone in this world.That's why He gave people who can take care of us,human beings can be guided us and the man who can love us.Don't ever give up with Allah Mercy.When we give up,we will drift astray path and guidance will be gone.Our hearts will feel empty with His guidance.Meaning that,we will choose the wrong path in our life.

              That's why,adanya cinta terhalang dan cinta yang perlu dihalang.Ya la,manakan tak kena halang,keluar rumah dengan BF,pergi sebuah taman bunga dengan berpegangan tangan,berpelukan,bercumbuan dan seangkatan dengannya lah.Dah buat perkara yang Allah larang,mahunya cinta tu tak dihalang.Cinta itu amatlah indah jika kita mengikuti syariat Islam itu sendiri.Arahan Allah pun dah boleh langgar,masakan arahan manusia tak boleh dilanggar..Itulah manusia dan itulah kaum Hawa yang selalu saja hanyut dan leka dengan cinta palsu bersulam dusta.Bila dah putus cinta,HAH!Mula la kata "Dunia ni dah  tak ada ertinya lagi buatku.Biarlah aku mati saja.".Tuptup..."Berita hari esok:Seorang remaja perempuan telah didapati membunuh diri sendiri kerana baru lepas putus cinta.".Haiya!Ini manyak susah owh.Kita sebagai orang yang beragama ISLAM,tak akan buat macam tu.Puus cinta dengan manusia,normal la tu tapi kalau putus cinta dengan Allah,itu totally tak normal..

             Kaum hawa,Allah berikan makhkota kesucian untuk dijaga dan dipersembahkan kepada SUAMI bukan untuk TEMAN LELAKI..Ada faham tak..Kita tercipta daripada tulang rusuk bakal imam kita bukan bakal teman lelaki kita.Apabila kita dijodohkan dengan orang yang telah Allah tetapkan kepada kita,bermakna tulang rusuk imam kita yang selama ini hilang entah kemana telahpun dikembalikan dengan seorang makmum yang telah mengambil tulang rusuk itu sebelum ini.

           Tetapi,sayang seribu kali sayang.Kaum hawa sekarang,sesetengahnya senang sangat serahkan jiwa dan raga serta makhkota kesucian mereka kepada lelaki yang belum lagi menjadi yang SAH buat dirinya.Senang sangat macam longgokkan baju bundle ditepi jalan dekat pasar malam.I'm so sorry to say like this but it is a fact.Saya kadang-kadang rasa macam nak aje pegi tampar kaum hawa yang senang je berpegangan tangan dengan BF dia.EH!Tolong la jangan macam ni.Kita tak murah ok dan jangan bagi nampak kita macam murah sangat.Bila perkara yang tak diingini berlaku like pregnant,mula la nak gugurkanlah apa la.Masa buat tak ingat pula dia punya implikasi dekat diri sendiri.

             Anugerah Allah itu janganlah dipersiakan.Jaga diri,hati dan jiwa kita daripada melakukan perkara yang Allah telah larang.Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun.Bertaubatlah sekiranya telah terlanjur melakukan perkara tersebut.For our Muslimah,don't let yourself be a cheaper woman.Allah sayangkan wanita yang solehah dan mengikuti segala suruhanNya..

CINTA ITU ANUGERAH,ISLAM ITU INDAH.
http://www.youtube.com/watch?v=_FKEg3_NStc

               

Tuesday, 8 January 2013

Ujian Demi Ujian

                                                             Assalamualaikum..:)

      Rasanya macam dah lama kan tak jenguk blog ni..Ntah-ntah dah berhabuk dan bersawang ke apa kan blog ni..Ok la,saya sebenarnya lama tak update blog ni sebab terlalu sibuk dengan tugasan.Assignment semakin banyak bila dah masuk semester akhir di matrik ni..Sebut semester akhir disini,banyak sangat ujian yang Allah berikan untuk kuatkan lagi semangat ni.


       First ujian yang saya terima,Allah uji perasaan dengan ingat kembali kenangan silam yang pernah hampir mencampak diri ini kedalam kelalaian yang melampau.Allah menguji dengan Allah mengingatkan saya kembali kepada dia.Kepada lelaki yang belum lagi halal buat diri ini.Ingatkan saya ingat dekat dia sebagai ingat seorang kawan tetapi semua itu berubah apabila diri ini berseorangan.Sekian lama saya melupakan dia tetapi sekarang dia muncul kembali didalam hati kecil ini.Hidup ini macam tak tentu arah apabila nama dia menjelma di kotak fikiran ni.Hari hari yang saya lalui macam dihantui dengan bayangannya.Rimas!Tersangat rimas!

        One day,saya dah tak tahan dengan gangguan tu.Saya cerita dekat sahabat saya yang paling cool dan tenang ja tengok muka dia.

         "Aku tak tahan la wey.Aku rimas!Dia asyik ganggu aku ja.Aku dah jadi macam orang gila.."

         "Siapa yang ganggu kau ni?Mamat tu lagi ka yang ganggu kau?Dia buat apa,dia call kau ke apa?"

          "Mamat tu la.Dia tak call aku tapi aku tak tau la macam mana aku boleh ingat balik dekat dia.Nak kata aku tengok gambar dia,tak tengok pun,nak tengok FB dia memang lagi tak la.Tolong aku wey."

           "Aku rasa kau kena delete number phone dan gambar dia dalam phone dan laptop kau.Kau ingat ni,tiada cinta insani selagi cinta Allah belum kau capai.Tiada yang boleh jaga kita sebaik mana mak ayah kita jaga kita.Kau pergi ambil wudhuk dan solat taubat.Dekatkan diri dengan Allah dan minta ampun dengan Dia.Tiada cinta yang hebat selain cinta Allah."

            "Astaghfirullahal'azim...Syukran jazilan.Aku dah tak tau nak buat apa tadi tapi sekarang aku dah dapat jalannya."

            "Allah Maha Pengampun."

             Selepas sahaja sahabat saya bagi cadangan tu,saya terus buat apa yang disuruh tu.I'm delete all about him in my life.No more him and no more puppy love,Just have miracle of  Allah love in my life.

             Second ujian yang saya terima,Allah ambil apa yang saya sayang.My lovely cat,Mie was passed away.Saya rasa macam tak mahu hidup dah masa tu.Rasa dunia ni dah gelap bila saya call mak;

              "Assalamualaikum..Mak sihat?Abah sihat?"

               "Waalaikumussalam.Alhamdulillah mak dengan abah sihat.Dah makan ke belum?"

                "Dah makan dah tadi.Mie mana mak.Tidur ke ada dekat luar?"

                "Adik,mak habaq ni adik jangan fikir sangat ya.Adik jangan abaikan pelajaran ya."

                 "Kenapa mak?"

                 "Mie dah tak dak.Mie dah mati pagi tadi pukul 5."

                "Astaghfirullahal'azim..Nak buat macam mana mak.Allah sayangkan Mie.Tak apa,Mie boleh jumpa balik dengan arisya dan ayish dekat sana.Mie mesti rindu dekat adik dan kakak dia kan(air mata mula mengalir laju).Adik redha semua tu.Allah ambil apa yang kita sayang tapi Allah gantinya dengan kebahagiaan."

                3 hari saya menangis tanpa henti.Bila saya buat kerja mesti ingatkan Mie.Saya ingat lagi,masa first day SPM,Mie dan arisya ikut abah hantar saya pergi sekolah.Masa saya nak keluar daripada kereta tu,saya seolah-olah boleh membaca apa yang nak Mie katakan kepada saya.Mie macam nak kata "Kakak buat elok-elok tau.Mie doakan kakak berjaya."

                 Masa gap exam SPM sebelaum ke paper akhir,arisya mati kena langgar kereta.Masa tu semangat saya dah down tapi Mie datang kepada saya  dan Mie jilat air mata yang mengalir dan dia tengok mata saya seolah-olah dia kata "Mie dah redha dengan pemergian arisya.Allah dah letakkan dia di syurga.Kakak jangan sedih ya.Mie kan ada lagi.Mie akan teman kakak.".Masa tu saya rasa tenang.

                 Kini semua tu dah hilang.Hilang bersama semangat yang dulu membara untuk mengejar cita.Mie dah bawa sebahagian semangat ini bersamanya.Setelah berfikir,semuanya ujian Allah.Allah tak akan uji hambaNya jika hambaNya tak mampu untuk tempuhi.Allah tahu diri ini kuat untuk tempuhi ujian tu sebab itu Allah ambil Mie daripada saya.Semangat untuk mengejar cita kini kembali bersama semangat juang untuk mengembangkan ilmu Allah.Sedikit kekuatan dibekalkan untuk tempuhi liku-liku kehidupan demi mencapai redha Allah.Ya Allah,terima kasih atas ujian yang Kau berikan.Kini aku lebih kuat.Terima kasih Allah.

p/s:Allah uji kita kerana Allah sayangkan kita..Jangan merungut atau salahkan Allah dengan apa y

Friday, 4 January 2013

Anak Anugerah Allah

                                                                    Assalamualaikum.

         Lama juga diri ini tak menjenguk blog ni kan..Ok.kita straight to the point.Tengok tajuk pun dah tahu kan apa yang ingin dikatakan oleh beta ni(perasaan nak jadi raja la tu).Firstly,kita semua ni adalah anak.Ada tak dekat sini bukan anak..Angkat kaki kejap.Semua pernah jadi anak dan sekarang ni pun dah ada jadi bapa anak dah.

         Ni nak cerita sikit la.Dulu masa kita semua dilahirkan,orang pertama yang mukanya sebelum tu punya la resah dan gelisah tapi bila dengar ja suara kita menangis,dialah yang paling gembira sekali iaitu ayah kita.Ibu kita yang tadi berperang dengan kesakitan untuk melahirkan umat Muhammad seorang lagi kedunia ni,menangis kegembiraan melihat kita.Biarpun kita ni kurang upaya,mereka masih lagi senyum sebab Allah kurniakan anugerah kepada mereka.Subhanallah!Anak ni sangatlah berharga buat mereka.

        Anak juga banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Contohnya,Allah suruh kita jaga ibu bapa kita bila mereka dah tua.Banyak sangat kes yang kita dengar pasal anak hantar parents mereka kerumah jagaan orang2 tua.Sedih sangat bila kita tengok benda ni berlaku.Ada juga yang kejam,binatang pun tak sekejam tu,bunuh parents sendiri sebab tak puas hati.Astaghfirullahal'azim!Berat sangatkah kita nak jaga ibu bapa kita?Susah sangat ke?Kalau susah,kenapa ibu bapa kita boleh jaga kita?Why?Ibu bapa itu umpama kolam pahala buat kita kalau kita buat baik dengan mereka,jaga mereka.Ibu bapa kita jaga macam menatang minyak yang penuh,beri kasih sayang yang cukup kepada kita but we not see it.Boleh fikir tak kalau ibu bapa kita dulu biar ja kita dekat tepi jalan,dekat tong sampah.Pernah fikir tak?


        Tak kurang juga dengan ibu bapa.Ibu bapa yang dikurniakan anak itu,jagalah anak sebaik-baiknya.Jangan kita sia-siakan anak itu sebab ramai lagi pasangan suami isteri yang lain tak dipilih oleh Allah untuk dikurniakan zuriat.Banyak juga kita dengar kes-kes dera,buang bayi,bunuh bayi.Apabila diri telah tewas dengan nafsu,banyak la benda yang jadi antaranya zina.Bila dah berzina,tengok 2-3 bulan lepas tu "Tahniah Puan,Puan mengandung 2 bulan."Masa tu mula la gelabah.Dah buat tanggung sendiri la.Lepas beberapa,seorang bayi perempuan telah dijumpai dalam sebuah tandas di Perhentian Rehat.....Bayi tu tak ada salah apa pun tapi dia dihukum sebegitu oleh manusia yang tak ada hati perut.Masa buat tak ingat bila dah jadi macam ni baru nak gelabah.

        Anak itu anugerah Allah.Jangan pernah sia-siakan mereka.Anak juga jangan biarkan ibu bapa kita merempat  kerana ibu bapa itu adalah manusia yang paling mulia.Doa ibu bapa yang paling makbul..Jangan sampai ibu bapa kita tutup mata tapi kita berstatus anak derhaka..Jadilah ibu bapa dan anak yang terbaik..:)