Assalamualaikum..
"Maafkan saya..Saya tak sengaja tadi.Awak ok ke?"kata Salim.
"Tak ape,saya ok..Saya minta maaf sebab tak nampak awak tadi..Maafkan saya.Saya minta diri dulu..Assalamualaikum."balas wanita itu.
Wanita itu berlalu tanpa mengangkat pandangannya kepada Salim.
"Salim..Salim..SALIM!"Azizan memanggil Salim yang terpesona.
"Ya,ya ade ape kau ni?Kau panggil aku macam aku ada dekat atas bukit je.Apa hal?"tersedar dari lamunannya..
"Kau kalau boleh tengok perempuan tak berkelip mata tu.Kau syok dekat minah tudung labuh tu ek?"serkap Johan.
"Kalau ye pun,kenapa?Tak boleh ke?"tanya Salim.
"Bukan tak boleh tapi tak layak untuk kau.Kau tu bukan setakat buaya darat,buaya laut pun kau sapu."kata Azizan.
"Aku bukan apa,bila aku tengok minah tu tadi,terasa tenang plak.Suci je muka dia aku tengok..Dia guna produk ape ek yang boleh suci je muka dia?"balas Salim sambil merenung jauh..
"Kau ni kan,nak kata tak belajar agama,belajar.SPM agama kau A kan?Itulah berkat air wudhuk.Kau ni kan memang aku tampar jugak nanti."sindir Johan.
"A'ha la kau ni,berkat air wudhuk tu boleh memberi cahaya kepada wajah kita.Kau ni tu la,asyik melayan minah rambut karat tu ja,sampai fadhilat air wudhuk pun kau tak tau.Bawa-bawa la bertaubat Lim.Kita ni makin lama,makin tua bukannya makin muda Lim oi."nasihat Azizan..
"Kau ni macam mak aku plak ceramah kan.Hahaha..Aku tau tu..Saja aku test korang tadi.."gelak Salim.
"Ye la tu..Dah,jom kita pegi lepak dekat dataran.Boleh jugak aku buat keje and menenangkan fikiran dekat situ."ajak Johan..
"Jom!Boleh la aku meng'usha' cikaro dekat situ."jawab Salim.
"Kau ni memang dasar mata keranjang betul la.Baru aku cakap tadi,dah buat balik perangai buaya dia tu.."tepuk dahi si Johan.
......................
No comments:
Post a Comment