Friday, 7 September 2012
Helaan Nafasku Hanya AdaMu
Aku tak pernah merasai sebegini.Hati mula gundah bercampur resah apabila badai mula melanda di setiap kebahagiaan yang datang menerjah.Aku mulai sedar bahawa diriku mulai berjauhan dengan kekasih hati.Aku mulai bangun dari lena ku yang membuatkan aku melupakan Dia seketika..Sesungguhnya,disetiap denyutan nadiku hanya adaMu..Di setiap helaan nafasku hanya adaMu yang menguasai setiap nafas dan denyutan jantungku.Aku merinduiMu,aku mencintaiMu..Inginku serahkan seluruh jiwa dan ragaku padaMu.Tiada siapa yang boleh memisahkan Kau dan aku lagi.Peganglah aku,peluklah hatiku dan dakaplah jiwaku disetiap masa dan ketika.Kekuatan cinta kita tiada lagi tandingannya.Kesaktian cinta kita dapat meruntuhkan tembok keresahan.Ya Allah,setiap helaan nafasku hanya adaMu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment