Assalamualaikum...Mungkin ada sesetengah manusia menyimpan rahsia hatinya secara bersendirian dan ada juga yang berkongsi dengan rakan baiknya..Bagi saya,saya rasa lebih senang bila saya kongsikan kata hati saya dengan sahabat yang paling saya percayai..
Dulu ada saya minat seorang mamat ni..Rupa paras tu boleh la tetapi saya terpikat dengan sikap dia..Saya rasa senang bila dekat dengan dia,saya suka dengan attitude dia..Saya buat tindakan yang sangat tidak pandai when I express my feel to him..Tersangatlah malu..
Saya kenal dia masa tingkatan 2 lagi tetapi kami berbeza kelas pada masa tu.Malam tu saya cakap dekat dia kata saya suka dia and untuk esoknya,saya rasa malu sebab cakap macam tu dekat dia.Saya suka dia sampailah saya masuk tingkatan 5.
Masa tingkatan 3,kami satu kelas dan jarak tempat duduk kami tersangatlah dekat.Saya belakang dia depan.Masa tu,saya x expect yang dia akan satu kelas dengan saya.First time,saya rasa kekok juga la sebab ingat balik apa yang saya cakap dekat dia..Dari sejak itulah kami mula rapat(bukan kami berdua sahaja tetapi ada lagi 2 orang).Masa tu saya rasa perasaan saya masih lagi tak boleh buang perasaan sayang tu.
Masa tingkatan 4,kami masih lagi satu kelas yang sama..Saya best sangat masa tu bila tahu dia masuk kelas yang sama dengan saya.Masa tu saya rasa,wow!I'm in heaven..Masa tu perasaan saya mula berbisik..Saya cakap dalam diri "Sampai bila aku nak suka dekat dia.Dia tu kawan aku.Aku tak nak putus sahabat disebabkan perasaan yang tak penting ni."
Masa tingkatan 5,saya mula sedar bahawa dia bukanlah pasanganku didunia dan diakhirat.Saya mula sedar bahawa dia bukan jodoh saya.Saya pada masa itu rasa macam perasaan sayang yang dulunya kuat kian hilang dan menjadikan perasaan kasih terhadap sahabat itu lebih kuat.Pada masa itu,saya mula sedar dan saya kata pada hati"Aku perlu berubah.Berubah kepada yang lebih baik untuk berjaya.".
Now,saya dah berada di tempat yang saya perlu untuk berjuang,berjuang untuk menagmbil kunci untuk membuka pintu kejayaan..Saya rasa, perasaan cinta itu tak perlu hadir sebelum masanya tiba.Cinta pertamaku adalah Allah dan Rasul.Cinta terakhir hanyalah milik insan yang ikhlas memperisterikanku kerana Allah.Cintaku biarlah hingga ke syurga..
Kekuatan cinta yang rakus datangnya daripada hawa nafsu yang membawa kearah kemaksiatan tetapi kekuatan cinta sejati itu hadirnya apabila iman yang memimpinnya..Biarlah kita kawal hati dengan akal dan iman bukannya dengan hawa nafsu..
No comments:
Post a Comment