Tuesday, 28 August 2012

Jiwa Yang Tenteram

Jiwa yang tenang dan tenteram adalah jiwa yang sentiasa dibersihkan dengan istighfar serta zikir-zikir untuk terapi diri dan hati.Hati yang bersih daripada prasangka buruk dan rasa negatif akan sentiasa berasa tenang dan lebih-lebih lagi kalau kita sentiasa mengingati Allah S.W.T. dalam setiap perbuatan,percakapan dan sentiasa memuji-muji Allah.La ilaha illallah muhammad rasulullah:Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Ungkapan syahadah yang sentiasa mengingatkan kita tentang kebesaran Allah serta secara automatiknya kita juga akan jatuh cinta pandang pertama dengan Kekasih Allah,Nabi Muhammad S.A.W..Tips untuk mendapat jiwa yang tenang:


  1. Sentiasa membersihkan diri dengan wudhuk.
  2. Sentiasa membersihkan hati dengan beristighfar dan berzikir kepada Allah.
  3. Menjaga hati daripada berprasangka buruk terhadap orang lain serta sentiasa berprasangka baik terhadap ujian yang diberikan kepada kita.
  4. Jaga solat kerana solat itu tiang agama.Jika tiang agama kita tidak jaga maka benteng diri akan runtuh pada bila-bila masa.
  5. Cuba menjaga hubungan antara manusia serta makhluk yang lain(e.g:haiwan,tumbuhan dan sebagainya).
  6. Cuba minta maaf dengan orang lain serta memaafkan orang lain..
  7. Bersedekah.
  8. Jangan riak dan sombong kerana boleh memakan diri.
  9. Tanamkan rasa cinta yang dalam terhadap keluarga.
  10. Yang paling penting sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah dan Rasul...


Jiwa yang tenteram adalah jiwa yang sentiasa gembira serta redha dengan ketentuan Allah keatas dirinya..Subhanallah,Alhamdulillah,La ilaha illallah,Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment